Followers

Wednesday, April 25, 2012

TAKAZA BANYAK WEI !!

Assalamualaikum warahmatullah..

Banyak-banyak cerita yang wujud dalam dunia ni, berapa peratus kita boleh yakin ianya betul?

semenjak 6 tahun lalu, penulis ketika ini yakin dengan sebulat-bulatnya cerita para anbia, auliya' dan sahabat RA dan menjadikan kisah-kisah ini sebagai motivasi dalam hidup.

Jika selama ini, penulis lebih suka ataupun taksub dengan mana-mana cerita tokoh yang mengubah arus pemodenan dunia, maka dari titik inilah penulis ditarbiyah untuk menjadikan cerita orang-orang terdahulu yang disebut dalam Al- Quran sebagai cerita pedoman yang wajar disampaikan kepada orang yang kita jumpa seharian.
( bukan tolak terus cerita tokoh-tokoh terkemudian, tapi top priority mustilah cerita sahabat dan  nabi dalam carta hati)

 INSYAALLAH KITA AZAM.

jadi rakan-rakan,
ape yang nabi dan sahabat-sahabat lakukan di Makkah  Madina satu masa dahulu?
nabi kita telah menggerakkan satu usaha dakwah.

Natijah hasil dari usaha yang dibuat oleh Nabi SAW dengan menggerakkan para sahabat lelaki dan wanita selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah boleh dilihat pada dua kesan yang utama menurut  Prof Abd. Halim ;

Pertama telah wujud agama yang sempurna dalam kehidupan ummat. Keseluruhan agama dapat hidup dalam kehidupan para Sahabat Radiyallahuanhum dari segi imaniyat, akhlak, muamalat, muasyyarat dan ibadat. Tidak kira samada lelaki mahupun wanita, miskin atau kaya, berpangkat dan tidak berpangkat.

Kedua, telah wujud dalam diri sahabat perasaan bahawa kami adalah orang yang anugerahkan kerja kenabian, kami diberi tanggungjawab menjalankan kerja Nabi. setiap para sahabat telah faham untuk kerja ini.. " Allah telah beri kepada kami diri dan hanya kami untuk kerja ini " mereka menyempurnakan usaha dan menyediakan orang lain untuk membuat usaha ini.

Usaha Baginda Nabi saw yang lebih dikenali sebagai usaha tabligh ini ada 2 usaha;

pertama ialah keluar di jalan  Allah
kedua ialah semasa kita berada di tempatan

dan usaha tempatan ini ada dua keadaan;

pertama usaha tempatan sebagaimana yang dikehendaki
kedua ada usaha tempatan sekadar ada sahaja.

kesimpulannya sahabat-sahabat kesinambungan usaha yang telah nabi junjungan besar kita wariskan kepada kita, masih wujud dan bergerak di sekitar muka alam ini. Terpulang kepada kita sahaja untuk bangkit mahupun tidur dan terus nyenyak tidur.

ijtimak da dekat bro..
wassalam

nota: semua warga Johor dan Singapura dijemput hadir ke madrasah Tahfiz aL-quran Kg Sinaran Baru, Kempas pada 12,13,14 jun ini.
malam tadi aku pergi mesyuarat JB.  takaza banyak..hurmm..doa pada allah supaya kita dipilih untuk jayakan takaza agama..
lecturer Utm Dr Mazlan banyak zihin dengan bagi pikir kat aku..huhu. josh pulak aku semenjak dok halqah Skudai ni..

ape?
tak paham maksud takaza?
so nak tahu belilah komik takaza di pasaran..

aku belikan adik kecik aku komik ni pakai baucer 1M.
dia suke pulak aihh, maklum la da biasa keluar dari kecik


errr..mesti amilin yg owner dy ni..
halal cap ayam kot.
haha barang lah!
kat perth an.



ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails