Followers

Saturday, November 5, 2011

SALAM EIDUL ADHA

assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh..

penulis sekarang berada di rumah sempena cuti pertengahan semester..
ikutkan tak lah berapa ramai pelajar-pelajar yang berasal dari semenanjung balik..
tidak lain tidak bukan kerana harga tiket..
tapi alhamdulillah rezeki penulis murah, dapat tiket pegi balik RM 100 je..
lagi berbaloi dengan jaraknye yang jauh dan masa yang singkat..
contoh tiket murah


adakalanya kami terpaksa balik dengan bayar harga tiket mahal,sampai tiga ratus ke empat ratus sekali jalan..(penulis sekali kena mahal itupun masa first-first datang sini untuk pendaftaran)..
sekarang penulis kalau nak balik paling mahal kena dalam bawah RM 50 je..

semasa mesyurat halqah kampus penulis selasa hari tu, takaza ada dibentangkan untuk keluar sempena cuti pertengahan semester ni,,(3 hari)

seperti semester-semester sebelumnya, penulis berkelapangan melapangkan masa 3 hari semasa cuti pertengahan semester, kami satu bentuk 1 jemaah dari kolej kami sendiri dibantu oleh beberapa orang awam seterusnya kami bergerak ke route luar halqah kami (sepanggar) ke route yang agak jauh sikit (tuaran dan kota belud) jarak dalam 60 km.
ni lah pintu masuknya




ni gmart tuaran,tempat kawan selalu beli barang taam



memandangkan penulis adalah orang semenanjung, saya merasakan banyak faedah baik apabila kami melapangkan masa keluar di jalan Allah di bumi Sabah ini. (paling seronok keluar di pulau-pulau dan kawasan pedalman)

sepanjang 3 tahun penulis di sini, penulis lazim keluar dan membuat usaha bersama pak cik- pak cik berketurunan bajau. jadi penulis sedikit sebanyak banyak didedahkan dengan bahasa dan adat resam mereka.

kuih penyaram
penulis juga tertarik dengan kuih tradisional mereka yang kat atas tu, biasa penulis beli sampai 3 ringgit sekali makan dekat pekan Kota Belud. kalau seringgit da 4 biji, 3 ringgit da 12 biji. tapi agaklah tak semua penulis makan, kita kena ikram orang bro.

Juga tidak dilupakan bagaimana jemaah penulis 'diganggu' penunggu di sebuah masjid lama. Pada mulanya penulis pelik kenapa orang kampung seperti susah untuk datang ke masjid tunaikan solat berjemaah akhirnya tahu juga kenapa..(bersangka baik kepada saudara seislam adalah hakikat ikramul muslimin yang paling tertinggi so jangan la kita andaikan apa-apa yang buruk pada orang yang tak mahu dengar dakwah kita).

nak cerita memang panjang, tapi kesimpulannya kita kena banyak isbatkan Allah nafikan makhluk.
Barulah takut hilang, berani datang..hantu pun makhluk bah..

oleh kerana cuti kali ni penulis tak dapat keluar 3 hari pasal nak balik beraya,
(dah 4 tahun beraya aji di perantauan ,2 kali time kuar 40 hari, sekali di masjid sri petaling,sekali kat dalam bilik..senget)







1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails