Followers

Sunday, November 27, 2011

IMAN SEMUT DI ZAMAN NABI SULAIMAN




Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah  Sulaiman 


nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan 


bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah- tengah padang pasir 


yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau 


yakin ada makanan cukup untuk kamu?" Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku 


percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini 


ada rezeki untukku."






Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?

Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum

sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong." Nabi Allah Sulaiman pun

mengambil satu bekas, angkat   semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian 

diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian  
                                                                
Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji

gandum selama satu bulan. Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat

gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh

semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada 

aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah

sebulan tapi kamu makan setengah sahaja." Jawab semut, "Aku tidak

berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makanan apapun 


sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri

dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu

masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan

aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua 

bulan. Aku takut kamu lupa." Itulah Iman Semut!!!


IMAN MANUSIA???


Pada zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang 


mati. Kerja korek kubur untuk orang mati bukan kerja yang ganjil. Bila ada orang mati, mayat 


terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini 


ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, 


waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini 


datang ke kubur untuk korek balik kubur tersebut.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah


di"INTERVIEW" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50


kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada


Imam Suffian dan bertanya kepadanya, "Ya Imam,


kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di


dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah


beralih ke belakang?" Jawab Imam Suffian," Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang 


percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan 


Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, 


biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia!!!


Kata Saidina Ali kepada Kamil, " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA
DIBELANJAKAN."


Saturday, November 5, 2011

SALAM EIDUL ADHA

assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh..

penulis sekarang berada di rumah sempena cuti pertengahan semester..
ikutkan tak lah berapa ramai pelajar-pelajar yang berasal dari semenanjung balik..
tidak lain tidak bukan kerana harga tiket..
tapi alhamdulillah rezeki penulis murah, dapat tiket pegi balik RM 100 je..
lagi berbaloi dengan jaraknye yang jauh dan masa yang singkat..
contoh tiket murah


adakalanya kami terpaksa balik dengan bayar harga tiket mahal,sampai tiga ratus ke empat ratus sekali jalan..(penulis sekali kena mahal itupun masa first-first datang sini untuk pendaftaran)..
sekarang penulis kalau nak balik paling mahal kena dalam bawah RM 50 je..

semasa mesyurat halqah kampus penulis selasa hari tu, takaza ada dibentangkan untuk keluar sempena cuti pertengahan semester ni,,(3 hari)

seperti semester-semester sebelumnya, penulis berkelapangan melapangkan masa 3 hari semasa cuti pertengahan semester, kami satu bentuk 1 jemaah dari kolej kami sendiri dibantu oleh beberapa orang awam seterusnya kami bergerak ke route luar halqah kami (sepanggar) ke route yang agak jauh sikit (tuaran dan kota belud) jarak dalam 60 km.
ni lah pintu masuknya




ni gmart tuaran,tempat kawan selalu beli barang taam



memandangkan penulis adalah orang semenanjung, saya merasakan banyak faedah baik apabila kami melapangkan masa keluar di jalan Allah di bumi Sabah ini. (paling seronok keluar di pulau-pulau dan kawasan pedalman)

sepanjang 3 tahun penulis di sini, penulis lazim keluar dan membuat usaha bersama pak cik- pak cik berketurunan bajau. jadi penulis sedikit sebanyak banyak didedahkan dengan bahasa dan adat resam mereka.

kuih penyaram
penulis juga tertarik dengan kuih tradisional mereka yang kat atas tu, biasa penulis beli sampai 3 ringgit sekali makan dekat pekan Kota Belud. kalau seringgit da 4 biji, 3 ringgit da 12 biji. tapi agaklah tak semua penulis makan, kita kena ikram orang bro.

Juga tidak dilupakan bagaimana jemaah penulis 'diganggu' penunggu di sebuah masjid lama. Pada mulanya penulis pelik kenapa orang kampung seperti susah untuk datang ke masjid tunaikan solat berjemaah akhirnya tahu juga kenapa..(bersangka baik kepada saudara seislam adalah hakikat ikramul muslimin yang paling tertinggi so jangan la kita andaikan apa-apa yang buruk pada orang yang tak mahu dengar dakwah kita).

nak cerita memang panjang, tapi kesimpulannya kita kena banyak isbatkan Allah nafikan makhluk.
Barulah takut hilang, berani datang..hantu pun makhluk bah..

oleh kerana cuti kali ni penulis tak dapat keluar 3 hari pasal nak balik beraya,
(dah 4 tahun beraya aji di perantauan ,2 kali time kuar 40 hari, sekali di masjid sri petaling,sekali kat dalam bilik..senget)







ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails