Followers

Thursday, August 25, 2011

. SAHABAT CAKAP “KAMI BELAJAR IMAN DAHULU BARULAH KAMI BELAJAR QURAN”.







                     Selingan:  tuan haji syahrul nizam junaini,seorang motivator  dari UNIMAS yang kadang- kadang kita jumpa di Program motivasi pagi TV3 (BLOG BELIAU) .. di awal pagi rancangan ni kawan terlopong di depan kaca TV bila tengok seorang motivator memberi bayan tentang 6 sifat sahabat yang unggul..terkesima.fuh,simple dan padat. Sebab apa ?6 sifat sahabat yang digali oleh ulama adalah lengkap. Wallahi, inilah motivasi yang bermakna untuk semua ummat Nabi SAW.


Assalamulaikum semua. iman sihat? 

Tidak syak lagi korang semua dah biasa dengar ayat kat tajuk di atas  dalam beberapa penerangan yang menitikberatkan pentingnya iman dan amal. Jadi seperti kawan juga selalu dengar ayat ni. Hinggalah satu hari kawan terbaca dalam himpunan bayan (penerangan) tentang usaha dakwah yang disampaikan oleh ulama yang menghabiskan masa mereka di jalan Allah. Dan kawan berasa penting supaya apa perkataan sahabat dapat kawan dan seluruh ummat nabi Saw amalkan.  Tak kira la parti apepon..
  • Dakwah iman bukan untuk orang lain. Dakwah iman kepada orang lain juga. 
  • Orang lain diseru kepada Islam .  Kita dakwah Islam kepada orang bukan Islam kepada orang lain bilamana Islam masuk secara  keseluruhannya dalam diri orang Islam sendiri.
  •  Maka barulah orang kafir akan datang kepada orang Islam.
  •  Orang lain akan datang kepada Islam bilamana iman orang beriman telah sempurna. Islam adalah tempat zahir Iman. Kalau iman tiada , maka Islam pun tiada. Iman dulu barulah Islam. 
  • Sahabat kata “KAMI BELAJAR IMAN DAHULU BARULAH KAMI BELAJAR QURAN”.
  • Dalam istilah Quran , alim adalah yakin, ‘ahlul ilm’  ahlul yakin, dalam Quran ada ayat mengatakan tentang perkara ini.
  •  Orang Islam pada zaman dahulu pernah berkata , “kalaulah kami dapat harta seperti  Qarun” . 
  • Dalam ayat ini maksud orang yang berilmu adalah orang yang ada yakin. Umar telah terfikir “Kalaulah kita dapat seperti Kaisar dan Kisra”. 
  • Maka Nabi SAW telah marah. “wahai anak Khattab , adakah kamu masih menaruh perasaan syak lagi, Allah SWT telah jadikan dunia untuk mereka tetapi kita Allah SWT telah sediakan akhirat.
  • Dalam istilah Quran, ahli Ilm adalah ahli yakin.  “KAMI BELAJAR IMAN DAHULU BARULAH KAMI BELAJAR QURAN” bukannya maksud mereka tidak belajar langsung baca  Quran , mereka boleh baca Quran tetapi yang hendak dimaksudkan adalah bagaimana hendak yakin dengan janji –janji Allah dalam Quran.
  •  Mengharamkan apa yang haram dalam Quran dan menghalalkan apa yang dihalalkan dalam Quran. Menganggap apa yang haram dalam Quran adalah haram.  Inilah yang dimaksudkan dengan ‘ taklamanal Quran’. Sekarang ini kita faham apa yang terkandung dalam Al- Quran adalah kitabullah . Dalam rukun Iman, kita telah iqrar bahawa Quran adalah kitabullah
  • Dalam rukun iman kita iqrar tentang kewujudan Malaikat . Dengan kita ikrar perkara ini barulah boleh jadi orang Islam . 
  • Baru jadi Islam sahaja . Dengan ikrar perkara ini baru kita anggap seseorang itu sudah jadi orang Islam iaitu beriman kepada Allah , beriman pada Malaikat, beriman kepada kitab- kitab,beriman pada rasaul, beriman kepada  hari Qiamat dan beriman kepada Qada dan Qadar. 
  • Bertentangan dengan orang –orang kafir, mereka mengingkari kewujudan malaikat, merelka tidak percaya qada dan qadar. 
  • Maksud daripada ikrar ini adalah yang terima perkara ini telah beriman kepada Allah ,beriman kepada rasul .
  •  Sekarang ini kita hanya terima sahaja , Allah ada? Ada..Malaikat ada? Ada . beriman kepada Quran sebenarnya kita  ialah segala apa yang diharamkan dalam Quran  adalah haram.
  •  Oleh sebab telah haram maka kita hendaklah menghindarkan diri daripada perkara itu. Inilah baru dianggap kita telah beriman kepada Quran.
         (Hadrat Maulana Saad Damat Barkatohum, Mesyuarat Malaysia 2000)


3 comments:

penchacaiz said...

"nata'alam al-iman qobla nata'alam al-quran"

karkun ke pakcik tu tuan?

memang sah la, tn la otai ums. hehe

misbah sobah said...

haha,,dia mai dah..dia mai dah..benar tu tuan..nata'alam al-iman qobla nata'alam al-quran..karkun tu tuan..saye otai ums? x la tuan..sy bese2 je..sahabat2 nabi lagi otai..datang ums call saye..sy bawak tuan pergi khususi ke setiap kolej..

jumardi salim said...

otai or pekerja agama yg kuat bah nie d kmpg e ums.......

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails