Followers

Tuesday, May 24, 2011

MEE RUMPAI LAUT SABAH



ni ha dr pat!!tahniah!
Feather algae, Caulerpa sertularioides at 11 m...Image via Wikipedia

Ok, kali ini kawan post entry terakhir sebelum kawan gerak ke s.p malam ni,,esok da boleh bentuk jemaah da..entry tentang mee rumpai laut yang sememangnya dipelopori oleh pensyarah kawan sendiri, Dr Patricia Metanjun..(beliau ajar subjek food bioprocess sem ni). artikel di bawah ni kawan saje je copy dari kosmo bertarikh 23 april 2011 kat part varia..menurut cerita beliau,beliau da merantau ke beberapa negara dalam usaha membuat researh tantang rumpai laut nih..kalau tak silap south africa la..kalau salah sorry dr pat..haaa, punyer semangat..jadi, sebagai food tech student, kawan memang appreciate la usaha dr pat ni kan..(bukan bodek nak markah   
tinggi tau)..dan sebagai pembaca, anda semua bolehlah mengambil tahu secara lebih dekat lagi tentang rumpai laut dan beberapa kebaikan dia dalam aspek kesihatan..sekian!

ada juga link dari iluvislam..

MI sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.
Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.
“Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja,” kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.
Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut daripada jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.
“Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi,” katanya.
Kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega-3 sebagai asid lemak yang penting boleh membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Ia juga boleh bertindak sebagai antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah.
Kajian juga menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Pensyarah kanan Teknologi Makanan dan Bioproses di UMS, Patricia Matanjum berkata, mi sayur yang dihasilkan penyelidik universiti itu tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.
Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada nilai antioksidanya yang tinggi.
“Antioksida seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan antioksida di dalamnya meningkat selepas dididih. Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas,” demikian menurut Matanjun. – Bernama



Enhanced by Zemanta

1 comment:

abu zarim said...

pengalaman,,,,,insyaAllah

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails