Followers

Tuesday, May 24, 2011

MEE RUMPAI LAUT SABAH



ni ha dr pat!!tahniah!
Feather algae, Caulerpa sertularioides at 11 m...Image via Wikipedia

Ok, kali ini kawan post entry terakhir sebelum kawan gerak ke s.p malam ni,,esok da boleh bentuk jemaah da..entry tentang mee rumpai laut yang sememangnya dipelopori oleh pensyarah kawan sendiri, Dr Patricia Metanjun..(beliau ajar subjek food bioprocess sem ni). artikel di bawah ni kawan saje je copy dari kosmo bertarikh 23 april 2011 kat part varia..menurut cerita beliau,beliau da merantau ke beberapa negara dalam usaha membuat researh tantang rumpai laut nih..kalau tak silap south africa la..kalau salah sorry dr pat..haaa, punyer semangat..jadi, sebagai food tech student, kawan memang appreciate la usaha dr pat ni kan..(bukan bodek nak markah   
tinggi tau)..dan sebagai pembaca, anda semua bolehlah mengambil tahu secara lebih dekat lagi tentang rumpai laut dan beberapa kebaikan dia dalam aspek kesihatan..sekian!

ada juga link dari iluvislam..

MI sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.
Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.
“Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja,” kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.
Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut daripada jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.
“Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi,” katanya.
Kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega-3 sebagai asid lemak yang penting boleh membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Ia juga boleh bertindak sebagai antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah.
Kajian juga menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Pensyarah kanan Teknologi Makanan dan Bioproses di UMS, Patricia Matanjum berkata, mi sayur yang dihasilkan penyelidik universiti itu tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.
Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada nilai antioksidanya yang tinggi.
“Antioksida seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan antioksida di dalamnya meningkat selepas dididih. Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas,” demikian menurut Matanjun. – Bernama



Enhanced by Zemanta

Saturday, May 14, 2011

SIMPANG MENGAYAU KUDAT

 
Khamis 21 april 2011, kawan join satu lawatan makan angin anjuran sekteriat jawatankuasa kolej,owang da ajak..kita pergi je la kan..masa ni kawan tengah study week..

Jadi,ni semua antara gambar ketika kawan berada di simpang mengayau Kudat, kira-kira 200 km perjalanan dai Kota Kinabalu..ia dikenali sebagai tips of Borneo..ataupun senang cerita 'telinga anjing' buat pulau Borneo..bila korang tengok,korang kene puji siapa yang mencipta keindahannya..dan kalo nak rasai sendiri,datang la sini..

Hurm, ni la tempat percutian or honeymoon keluar bermujahadah yang santai kalau dipikir-pikirkan..

Dimana kami berada sekarang?

scene cam bukit melawati











subhanallah...

Wednesday, May 11, 2011

SUBUH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU


Di kala subuh itu,
Hati ini bening digalau waktu,
Namun angin dingin menyapa diriku,
Sepoi- sepoi bahasa meninggalkan aku,
Badan yang hangat menjadi sedingin salju,
Dahan dan pohon meliuk- liuk seperti memahami isi hatiku,
Di kala awan malam diganti langit biru,
Masih ramai lagi yang meninggalkan kewajipan Mu,
Aku juga begitu,
Namun aku ingin berubah daripada terus terlena di buai waktu,
Di kala fajar menguncupkan dirinya di horizon rindu,
Aku terkaku,
Memikirkan keindahan ciptaan Tuhan yang satu,
Betapa ruginya diriku,
Kerana selama ini aku terlena dalam mimpi palsu,
Hidup bertunjangkan hawa nafsu,
Dikala cahaya mentari menerangi ciptaan Mu,
Aku tetap di situ,
Memikirkan masa silam dan depanku,
Burung- burung yang ber kicauan menggamit aku,
Hidup perlu diteruskan tak tahu apa yang berlaku,
Dan meletakkan Yang Maha Esa di hatiku..


Arif Yusof,
Subuh di Puncak Gunung Kinabalu,
Febuari 2011..



P/S: kebesaran Allah terasa..

Thursday, May 5, 2011

CUTI BAKAL TIBA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

setelah 3 bulan menyepi dari dunia blogging, hari ni kawan saje-saje tergatal tangan nak update..setelah di sound  oleh fikrman uitm kat fb..hah baru perasan ekk..

Perkembangan terbaru kawan?

sekarang kawan dalam exam mood lagi..tinggal 3 paper tinggal..management,entrepeneuor dengan meat and seafood technology (subjek major)..

insyaallah 17 mei ni kawan terbang balik johor..

rilek-rilek rumah jap..pas tu 21 mei insyaallahutaala ke markaz s.ptaling..

untuk jalan-jalan sekitar KL..ceh mane ade..untuk kluar la kan..

da isi borang tafakud??

dah..kawan da jumpe syura markaz K.K  ni ha 2 minggu lepas..

mulenye azam nak pulun 4 bulan sampai september..tp mungkin bukan kali ni..cuti kami tak cukup compare dengan member-member UKM,USM ..dyorang alhamdulillah da dekat markaz sekarang..flight mungkin esok luse..

bersame rudaini food science (ex smap kajang) semase fist year (x de motif gamba ni)
tak pe..kawan azam negare jiran insyaallah..ade masa 2013 barula kawan ke indopak sane..

hurm,mase cepat berlalu..sekang da sem 4..sem depan sem 5 da third year..insyaallah cari junior baru !hah!

kepada kalian yg juge pelajar ipt yg tak de ape-ape nak buat time cuti 4 bulan panjang ni..make cari-carilah kerja..kerja-kerja yang bermanfaat,,jangan habiskan beras negare je kat umah..ok.salam. jumpe lagi...

dari kawan,

misbahulmunir..
kota kinabalu sabah..
6 mei 2011..11.38 pagi.

p/s: walaupun blogkawan da bersawang abes,tp follower tetap bertambah..korang ni memang la..tak yah la follow kalo cam ni..hehe..

ha lagi satu,kepada muslimat-muslimat or masturat-masturat di luar sane yg byk menyuruh kawan update blog ni utk membaca artikel2 menarik. .lupekan saje lah..korang gi la kat blog-blog hebat cam keretamyat ke,blogserius ke..heh..or kalo ske sangat ngan politik...ermmmm...






ko carilah sendiri!

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails