Followers

Sunday, January 23, 2011

LAILAHAILLALLAH


Lailahaillallah, iman dan dakwah..

Dakwah terbahagi kepada 2, yg pertama adalah dakwah kepada orang2 kafir dan yg kedua adalah dakwah untuk orang2 islam yg telah pun beriman. Bezanya ialah dakwah kepada orang kafir dipanggil dakwah kalimah iaitu mendakwahkan kalimah Lailahaillallah, dakwah supaya beriman kepada Allah. Dakwah kepada orang yg telah memeluk islam pula dipanggil dakwah iman dimana mendakwahkan perkara2 yg dapat meningkatkan iman seperti bercakap tentang kebesaran Allah, bercerita tentang bantuan Allah terhadap para sahabat, tanda2 ahli syurga serta menafikan makhluk dan membesarkan Allah.
Nabi Muhammad SAW meyeru agar semua umat islam berdakwah tidak kira pada sesiapapun, namun Nabi lebih menekankan agar kita berdakwah kepada sesama islam agar iman akan sentiasa meningkat dan mudah untuk melaksanakan amal ibadah.
Dakwah iman sangat2 penting kerana iman adalah sesuatu perkara yang tidak dapat kita tampung dengan amal ibadah yang lain contohnya jika sembahyang fardhu kita ada cacat cela maka akan ditampung oleh sembahyang2 sunat, begitu juga dengan puasa,zakat dan amal yg lain2. Semuanya boleh ditampung oleh amal yg lain tetapi tidak bagi iman.
Allah menuntut kita beriman 100% hanya kepada Allah. Jikalau iman kita sebesar gunung uhud tetapi ada sedikit syirik kepada Allah maka iman kita terbatal, iman kita xkan dipandang langsung oleh Allah.
Tetapi jika iman kita sempurna kepada Allah biarpun hanya sekecil debu maka iman itu akan diterima oleh Allah. Jangan pandang rendah pada masalah iman ini, Allah mahukan kita beriman 100% bukan 99.9% bukan 50%.. Allah mahukan kita semua hanya beriman kepada Allah.
Jadi masalahnya macam mana nak dapat iman 100% ney?  Jawapannya, dakwah iman.
Dakwah iman.
Pertama sekali untuk berdakwah kita tidak digalakkan bercerita tentang azab dan perkara yang menakutkan, peringatan dan azab hanyalah untuk diri sendiri tidak digalakkan untuk dijadikan bahan dakwah.
PERTAMA::  Nafi makhluk dan Menisbatkan Allah SWT. Kalimah Lailahaillallah itu sendiri telah menunjukkan Nafi makhluk dan menisbatkan Allah SWT. Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.
Kita kena nafikan semua kekuasaan makhluk contohnya ubat xboleh bg sembuh,makanan tidak boleh bagi kenyang, kayu kokka xboleh datangkan apa2 manfaat, kerja xboleh berikan rezeki,gula xboleh bagi manis, garam xboleh bagi masin. Seterusnya Kita menisbatkan Allah hanya Allah yg berkuasa Allah yg bg manis,masin dan pelbagai rasa lagi, Allah yg berikan kesembuhan,Allah yg berikan kita kenyang,berikan rezeki dan segala2nya datang dari Allah.
Semuanya datang dari Allah tetapi kita jangan salah faham contohnya "oh aku xnak makan nasi la, sebab bukan nasi yg bagi kenyang, oh aku xnak makan ubat la sebab bukan ubat yg bg kita sembuh,".. Ini jahil namanya!!
Kita tetap kena makan nasi, tetap kena makan ubat tetapi jangan yakin yg makanan 2 bg kenyang dan jangan yakin ubat yg bagi sembuh sebaliknya yakinlah Allah yg berikan kenyang dan kesembuhan. contohnya 2 orang pesakit dengan penyakit yang sama jumpa doktor yg sama dapat ubat yang sama tetapi seorang sembuh dan seorang lagi mati.. sebab apa keputusan berlainan? sebab ubat nk bg sembuh hanya dengan izin Allah, jika Allah xizinkan maka ubat 2 xblh beri kesan apa2.
KEDUA::   Perbanyakkan bercerita tentang kebesaran Allah. Allah xperlukan bantuan  dari sesiapapun untuk cipta dunia ni, Allah ciptakan cakerawala, Allah ciptakan semua planet2, Allah ciptakan bulan dan matahari tanpa bantuan dari sesiapa pun. Allah jadikan bermacam2 rasa didunia ni, rasa manis rambutan,manis tembikai, manis madu, manis susu semuanya Allah jadikan berlainan. Itu baru manis macam mana dengan rasa masam,masin,tawar,kelat,pahit dan macam2 lg rasa. Subahanallah mampu ke manusia untuk mencipta rasa??
Allah cipta lautan luas terbentang,Allah cipta padang pasir, Allah cipta gunung ganang, Allah cipta rumput2 dan tumbuh-tumbuhan, Allah cipta haiwan2, Allah cipta manusia dari setitis air!! Manusia walaumacam mana cerdik pun xdapat cipta setitis air,xdapat cipta sebutir pasir, xdapat cipta batu batuan, xdapat cipta hatta sehelai daun pun. Lemahnya kita..
Buah-buahan apabila masak akan bertukar warna, dari hijau ke kuning,merah,hitam dan sebagainya, semua ni menandakan kekuasaan Allah.. xde org pun pergi cat buah pisang jadi kuning,buah rambutan jadi merah, semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah.. Banyak lagi bukti kebesaran Allah SWT Insya-Allah nanti sy akan buat tajuk khas untuk bab ni.
KETIGA::  Bantuan Allah kepada para sahabat. Disini cukup saya mengambil contoh peperangan Badar, dimana 313 orang melawan seribu orang kafir Quraisy. 313 orang islam tanpa senjata yang lengkap dan bilangan yang sedikit melawan 1000 orang kafir lengkap dengan senjata.
Pada asalnya jemaah dibentuk untuk menghalang rombongan Abu sufian yg membawa barang dagangan serta senjata ke Mekah, tetapi orang kafir telah mengetahui rancangan ini dan menghantar 1000 orang tentera lengkap bersenjata untuk memerangi Nabi Muhammad SAW.
Di malam sebelum peperangan Badar Nabi telah berdoa dengan doa yg sangat2 sedih. sy xingat doa 2. Merintih dan meminta pertolongan dari Allah. Keesokkan harinya Nabi mengumpul semua 313 ahli Badar dan bersiap sedia menghadapi kafir Quraisy yang ingin manghancurkan seluruh umat islam yg ada pada ketika itu.
Ahli-ahli Badar pun berkumpul lalu mengambil pelepah2 tamar untuk dijadikan senjata, pedang2 patah dikumpulkan dan talam2 tempat mereka makan dijadikan perisai. Keadaan tentera islam ketika itu sangat2 daif tetapi hati-hati mereka penuh dengan keyakinan terhadap Nabi Muhammad SAW dan janji2 Allah SWT. Iman mereka ketika itu telah pun sempurna.
Doa Nabi Muhammad SAW dimakbulkan, Allah SWT menurunkan ribuan malaikat untuk membantu Nabi. Ketika itu pelepah tamar menjadi senjata yg sangat2 ampuh, kepala tentera Quraisy dengan sendirinya terpancung seolah2 ada sesuatu yang memancungnya, perisai2 tidak tembus dengan senjata tentera kafir. Allah mencampakkan ketakutan di hati-hati musuh islam dan Allah semarakkan keberanian kepada ahli2 Badar.
Akhirnya tentera islam menang melawan kafir Quraisy dan peristiwa itu menjadi kenangan pahit kaum kafir Quraisy.
Banyak lagi kisah2 bantuan Allah kepada para sahabat. Insya_Allah sy akan menulis lagi tentang kisah para Sahabat pd masa akan datang. Kisah-kisah sahabat adalah kisah benar dan kita akan dapat banyak pengajaran dari kisah Sahabt.
KEEMPAT:: Tanda-tanda ahli syurga.. Diantara tanda2 ahli syurga ialah mencintai ilmu, sukakan kelebihan,banyak menangis kerana takutkan Allah, banyak amal ibadahnya. Cintakan Nabi Cintakan Allah, berakhlak mulia, tidak menyakiti sahabat,tidak menyekutukan Allah, sentiasa berlapang dada sesama manusia dan banyak lagi.
Jadi inilah perkara yang perlu kita sampaikan dan menjadi topik perbualan kita sehari-harian. Iman akan meningkat bila kita banyak bercakap tentang perkara ni. Dengan bercakap tentang kebesaran serta bantuan Allah terhadap sahabat akan mewujudkan ketakjuban serta kekaguman akan kekuasaan Allah.
Inilah yang kita nak masukkan dalam hati kita, yakin terhadap Allah supaya di akhir kalam kita dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Kalimah syahadah ni amat2 senang dihafal tetapi dapatkah kita mengucapkan kalimah ini ketika kita semua hampir mati??
Semua ini bergantung kepada keyakinan kita dan apa yg berada di hati kita pada saat2 kematian. Jika iman yg berada di hati maka senanglah untuk mengucap 2 kalimah syahadah tetapi jika kebesaran makhluk yg berada di hati maka susahlah untuk mengucap 2kalimah syahadah.
Pada ketika ini hati bergantung pada apa yg kita sering ingat dan sering kita lakukan semasa kita hidup di dunia. Jikalau kita sering ingat tentang kerja maka kalimah kerja yg berada dihati kita, jikalau kita sering mengingati bola maka kalimah bola yg berada di hati kita, jika kita sering mengingati kekasih kita maka nama kekasih kitalah yg berada di hati kita.. Tetapi jikalau kita sentiasa mengingati Allah maka Allah lah yg berada di hati kita dan Insya-Allah mudah untuk kita mengucap 2 kalimah syahadah.

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails