Followers

Sunday, January 23, 2011

LAILAHAILLALLAH 2


Disaat kita menghadapi sakaratul maut syaitan akan berusaha 100% untuk menyesatkan kita berbanding dengan hari2 biasa syaitan hanya menggoda kita sebanyak 10% je. 10% ni pun dah banyak menyesatkan manusia dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka jahanam jd bagaiman dengan usaha 100% syaitan? pasti lebih dahsyat lagi.
Syaitan akan menjelma menjadi orang yg kita sayang,orang yang kita sanjung, binatang ternakan kita serta ap2 sahaja yg kita sayang sepanjang hidup kita. Syaitan akan menggoda dengan sedahsyat-dahsyatnya sehingga kita mati tanpa iman. Nauzubillah. Ketika ini hanya kuasa Allah sahaja yg dapat membantu kita. Hanya orang2 yg dipilih sahaja akan dapat mati di dalam iman.
Ganjaran orang2 yg mati di dalam iman adalah syurga yang penuh nikmat. Sesiapa yg datang bertemu dengan Allah dengan membawa iman walaupun sebesar zarah maka Allah akan mengganjarkannya dengan syurga sebesar 10 kali ganda dunia. itu untuk iman sebesar zarah, jika iman lagi besar maka semakin besarlah syurga kita.
Syurga adalah satu tempat yg kita xdapat bayangkan,xpernah terlintas difikiran dan nikmatnya xpernah kita rasa. Kita cuba bayangkan 1 tempat yg indah seperti hawaii,borneo serta tempat2 pelancongan yg cantik2, semuanya tidak setanding dengan syurga ciptaan Allah SWT.
Didalam syurga mengalir sungai susu,sungai arak, lumpur2nya berbau kasturi, lantainya dihiasi batu2 permata dengan nyanyian2 yg indah xpernah kita dengar didunia, buah-buahan tumbuh mekar dengan rasa yg berlainan.. Didalam syurga kelak ada seorang hamba yg makan pisang sehinggakan kulit2 pisang bertimbun setinggi gunung. setiap kali suapan kesedapan akan bertambah sebanyak 70kali ganda. Ahli2 syurga akan terpegun di pintu syurga selama 40 tahun kerana indahnya pintu syurga.
Nikmat yang paling besar di syurga ialah ahli syurga dapat melihat wajah Allah SWT. Di dalam syurga kita minta apa2 sahaja pasti terkabul, jika kita nak makan burung maka burung yang beterbangan akan jatuh di hadapan kita dengan cara hidangan yang kita inginkan. Jika kita inginkan hiburan maka pokok2,burung2, segala hidupan di dalam syurga akan turut menyanyi.
Apabila Nabi Daud mula membaca Quran, seluruh penduduk syurga akan terpegun, air sungai akan berhenti mengalir,pokok2 beralun menunduk ke bawah, burung2 berhenti beterbangan, semuanya terpegun dengan bacaan yg merdu dan mendayu2.
Banyak lagi nikmat yg disediakan untuk ahli syurga, nikmat yg tak dapat kita gmbarkan di dunia. Untuk mendapat ganjaran syurga kita semua mesti buat usaha atas iman, usahakan iman kita sehingga iman kita betul hanya kepada Allah dan semakin besar iman maka semakin besar syurga kita kelak. Syurga yang paling besar adalah syurga Abu Bakar As-Siddiq r.ahu.
Satu hari malaikat Jibril meminta izin dari Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, Allah mengizinkan dan menambahkan sayap malaikat Jibril, 300 sayap sebelah kanan dan 300 sayap sebelah kiri.
Semasa Nabi Yusuf dicampak kedalam perigi Allah memerintahkan malaikat JIbril menyambut Nabi Yusuf, Malaikat Jibril dengan sepantas kilat menyambut Nabi Yusuf tetapi Malaikat Jibril lupa cara nak menyambut Nabi Yusuf maka dilepaskan semula Nabi Yusuf dan Malaikat Jibril bertemu dengan Allah semula. Apabila sudah mengetahui cara untuk menyambut Nabi Yusuf maka terus Malaikat JIbril menyambut kembali Nabi Yusuf. Ketika itu Nabi Yusuf xsampai lg ke dasar perigi, lihatlah betapa pantasnya Malaikat Jibril dengan sayapnya yg sedia ada belum ditambah dengan 300 sayap kanan dan 300 sayap sebelah kiri.
Malaikat Jibril pun terbang ingin memasuki Syurga Abu Bakar, 500 tahun terbang masih xsampai lagi maka Malaikat Jibril berhenti sekejap rehat, 500 tahun lagi Jibril terbang masih lagi xnampak pintu masuk kesyurga Abu Bakar, Malaikat Jibril terbang lagi mencari2 pintu Syurga Abu Bakar, terbang,terbang dan terbang. Akhirnya Malaikat Jibril terjatuh keletihan sambil menangis-nangis.
Bidadari yg berada di syurga Abu Bakar terdengar tangisan yg sangat2 dahsyat, maka mereka beramai2 keluar mencari punca tangisan itu dan akhirnya bertemu dengan Malaikat Jibril. Bidadari itu pun bertanya kepada Malaikat Jibril.
"Wahai Jibril kenapa kamu menangis?"
"Aku meminta kepada Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, tetapi sampai sekarang aku belum lagi menemui pintu masuk ke syurga Abu Bakar,"
"Kembalilah kamu wahai Jibril, kamu sekarang masih lagi berada di halaman pertama syurga Abu Bakar... Pintu Syurga Abu Bakar tidak akn tercapai olehmu,"
Malaikat Jibril pun kembali dengan kehampaan.
Lihatlah betapa besarnya syurga Abu Bakar sehinggakan Malaikat Jibril yg pantas dan gagah perkasa itu pun tidak mampu masuk ke dalam syurga Abu Bakar. Seribu tahun Malaikat Jibril terbang tetapi masih berada di halaman pertama syurga Abu Bakar.. Subahanallah besarnya Syurga Abu Bakar.
Jadi tuan-tuan nilai iman adalah syurga. Usahakanlah keyakinan kita, usahakanlah iman kita dengan berdakwah. Banyak2kan bercakap tentang kebesaran Allah,bantuan Allah kepada sahabat r.ahum, perbanyakkan percakapan nafi dan isbat, berceritalah tentang tanda-tanda Ahli syurga.
Zikir sahaja xcukup kita kena betulkan percakapan kita juga. Cuba kita semua renungkan, setiap hari kita berzikir 1000 Subahanallah,1000 Alhamdulillah, 1000  Allahuakbar, 1000 Lailahaillallah dan mcm2 zikir lagi tetapi bila masa lapang kita berborak pasal bola, gosip2, cinta, filem baru, mengumpat dan macam2 lagi. Jd pahala zikir tadi semua habis terbang melayang. Sia-sialah amalan kita, jd untuk menyempurnakan amalan seharusnya kita betulkan percakapan kita.
Cara untuk mamperbetulkan percakapan kita adalah dengan menukarkan topik bola kita kepada cerita2 kebesaran Allah, tukarkan gosip2 kita kepada cerita tanda-tanda orang beriman dan ahli syurga, tukarkan bicara bisnes dunia kita kepada bicara bisnes akhirat kita, tukarkan segala2nya agar hati kita penuh dengan berita2 akhirat, penuh dengan cita2 ke syurga, penuh dengan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya..
Kesimpulannya kalimah Lailahaillallah adalah kalimah iman yg perlu di usahakan dan di sampaikan kepada semua dengan cara berdakwah agar semua manusia terselamat dari api neraka. Asap api neraka sudah cukup untuk menjadikan kita arang. Akhirnya saya ingin membawa satu kisah tentang mencari iman..

Di zaman Rasulullah SAW islam berkembang dengan pesat, dakwah menjadi perkara rutin, suasana agama wujud dimana-mana, semua orang bercita2 ingin memperolehi syurga, semua orang inginkan mati syahid, semua orang ingin meningkatkan iman masing2, semua orang meyakini kata2 Rasulullah SAW, semua orang meyakini janji2 Allah SWT. Tidak terkecuali dengan seorang sahabat yang ingin mencari iman.
Sekian lama sahabat itu memikirkan, bagaimana ingin mengekalkan iman yg ada di dalam hati dan menambahkan iman. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk di rumah berzikir memuji Allah dan membaca kitab2 agama.
Maka bermulalah seberapa lama dia berzikir, mengulangi ayat2 Al-Quran yg dihafalnya dan membaca kitab2 yg berkaitan iman. Suatu hari Allah menghantar Malaikat Jibril untuk memperbetulkan sahabat itu.
Malaikat Jibril pun pergi kerumah sahabat itu dalam keadaan menyerupai manusia dan membuat bising di atas atap rumah sahabat tersebut. Mendengarkan bunyi bising di atas atap rumahnya dia segera naik ke atas dan melihat seseorang sedang mundar-mandir seperti mencari sesuatu, lalu sahabat itu pun bertanya..
"Wahai saudaraku apa yang kau buat di atas atap rumahku ini?"
"Aku sedang mencari untaku yang hilang."
"Bodoh!! Mana mungkin unta kamu berada di atas atap, kamu carilah di padang pasir atau di tempat2 lain."
"Kalau begitu kamu lagi bodoh!! Mana boleh kamu mencari iman dengan hanya duduk di rumah dengan berzikir dan membaca kitab2, kamu kenalah keluar dari rumah dan berdakwah barulah iman akan meningkat."
Tersedarlah sahabat itu akan kesilapan yg dilakukannya. Mulai hari itu sahabat tersebut terus bertaubat dan keluar berdakwah meningkatkan iman.
Situasi ini sebenarnya sama dengan kita di hari ini..Dakwah boleh disampaikan dengan pelbagai cara, internet, nasyid, pendakwah bebas memberi ceramah dan sebagainya namun cara yg terbaik adalah berdakwah dengan cara Nabi, sesiapa ingin menjadi yg terbaik disisi Allah maka ikutilah petunjuk yg terbaik dengan cara yg terbaik. Nabi menggunakan pelbagai cara untuk berdakwah, apa sahaja peluang yg ada digunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan agama, dakwah secara individu, dakwah berjemaah dan sebagainya
Konsep dakwah, dakwah wajib dilakukan oleh semua orang yg beriman, dakwah adalah untuk memperbetulkan diri kita (islah diri) bukan berniat untuk betulkan orang lain. Konsep ilmu ialah ilmu wajib dituntut oleh semua orang dan ilmu untuk dikongsi bukan disimpan untuk diri sendiri. Sekian semuanya semata2 taufik dan hidayat dari Allah.
Astaghfirullahala'zim, Astaghfirullahala'zim, Astaghfirullahala'zim...
DI SURAU MATRIK N.9 satu masa dahulu

3 comments:

ank_ayah said...

salam
suka entry ni.. subhanallah..
:)

Ibnu Mutalib said...

MasyAllah. la ni si zaquan tu ada ke? selamat exam. anta khuruj IPB dop?

misbah said...

ibnu mutalib:bukan..zakuan x de dlm pic ni..sy azam 40 hari negare jiran insyaallah..

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails