Followers

Wednesday, January 26, 2011

KARGUZARI SEORANG PENYANYI MASYHUR


Ketika awal tahun 2008,penulis telah melapangkan masa cuti selepas SPM untuk keluar selama 40 hari di Penanti Pulau Pinang.

Jemaah kami pada ketika itu Cuma 2 orang awam dan 7 lagi pelajar yang baru selesai SPM dan STPM.Amir sahb penulis pada waktu itu adalah Uncle Azizul,muda lagi hehe dari Indera Makhkota,Kuantan.time tu beliau belum 40-an lagi.

Pada hari ke 17 kalau tak silap ada seorang Professor bidang kejuruteraan dari sebuah Universiti terkemuka kat Malaysia ni join Jemaah kami selama 10 hari.Memandangkan beliau juga bersal dari Johor,so penulis kamceng la sikit ngan beliau.Partner khidmat,khususi dan lain-lain.Jadi banyak jugalah benda yang penulis belajar.Even beliau seorang yang busy (average setiap 10 minit jawab telifon),beliau still bahagi masa untuk keluar.Beliau juga seorang yang tidak pernah marah walaupun masalah yang penulis lihat berat.
Pada waktu penulis khidmat masak vbersama beliau,kami memasak lauk kari.Kerana telah lama menetap di Utara Tanah Air ini,beliau pun memasak kari style mamak punyer.(x yah letak santan).hoho..penulis x kesah asal sedap belasah..

Jadi sambil khidmat kami banyak bertukar-tukar cerita.Antara cerita yang masih penulis ingat ialah cerita RICHARD TAYLOR!!!

Agak-agak korang kenal ke x erkk??
SAPE DIA?

Mase tu penulis pon haram tak kenal..wrestler ke,player football ke,or just seorang penjual bugger tepi jalan di UK tempat Dr sahb(panggilan kami kepada beliau) belajar satu masa dahulu.

Menurut cerita beliau,Richard Taylor ni adalah salah satu ahli dalam sebuah band yang agak famous kat US satu masa dahulu..kumpulan MANHATTAN..Lagu yang paling menjadi kegilaan ramai adalah Kiss and Say goodbye..lagu ni biase kita dengar kat corong radio.(penulis baru teringat dan download la terus).

Sekitar tahun 80-an Richard Taylor ni telah datang ke Malaysia!!dan Dr Sahb juga mengekorinya!!!haha..korang ingat mesti Dr Sahb datang konsert nye kan..silap besaw la weyh..

Beliau datang ke Malaysia bukanlah untuk menyanyi,tetapi untuk keluar 40 hari bagi tujuan usaha atas iman dan amal.(Beliau memeluk Islam pada tahun 1974).Nama beliau selepas convert adalah Rashid Abdullah.
Jadi dipendekkan cerita Dr Sahb telah ambil tanggunjawab untuk nusrah jemaah Richard Taylor ni yang ketika itu membuat usaha di sekitar Lumut,Perak.

Satu masa beliau telah membawa Richard Taylor ke kem tentera laut untuk dakwah khususi.(paham-pahamla orang-orang navy ni ramai minat band beliau).

Jadi!!apa lagi!terkejut berukla mamat-mamat navy tu..penyanyi kegilaan mereka berada depan-depan batang idung mereke.Selepas melakukan usaha ziarah sekelompok kecil daripada mereka,RT dapat jemaah cash (penulis lupa berapa orang) dan paling penting ramai dari mereka yang jauh dari agama telah kembali pada agama.hidayat bah itu!!

Dan satu cerita lagi dimana RT telah menjadi asbab seorang  apek tua masuk Islam.(apek tu pon peminat Manhattan).Dr sahb bagi taw seperti mustahil seorang apek yang sudah lanjut umur boleh tertarik untuk masuk Islam yg murni ini.Ye la kan,normally mestilah dyorang pikir nak mati je.Mane la ade pikir nak convert-convert ni,Tapi memandangkan semuanya adalah Allah punya kuasa,so berjayalah si apek tu..

Ketika RT bergaul dengan orang ramai semasa keluar di jalan Allah,ramai yang memanggilnya Richard Taylor..akan tetapi beliau seperti tidak senang dan menjawab “he’s died”..barangkali beliau tidak suka dengan kehidupan beliau semasa belum Islam..


Selepas beberapa tahun RT tangguh,Dr sahb terdengar khabar yang RT@RA ni da kembali ke rahmtullah dengan cara yang luar biasa.Dimana beliau telah koma dan terlantar di hospital dalam masa yang agak lama.Dengan secara tiba-tiba beliau telah bangkit dan melaungkan kalimah syahadah “ASSYHADUALLAILAHAILLALLAH WA ASYHADUANNAMUHAMMADARRASULULLAH” lantas baring dan disahkan meninggal dunia.

Subahanallah.Itulah kesan baik seseorang yang semasa hayatnya membuat usaha dakwah kalimah tayyibah sesama manusia.
Benarlah kata-kata hikmah..mana-mana pekataan yang diusahakan semasa hidup akan terpacul ketika di akhir hayat..

Dr Sahb juga ada memberitahu sepanjang hayat RT,beliau telah mengislamkan lebih 1000 orang,dimana beliau telah berjumpa ramai orang dan mendakwahkan Kalimah Lailahaillallah..

lirik lagu THE MANHATTAN LETS JUST KISS AND SAY GOODBYE LYRICS


[Spoken]
This has got to be the saddest day of my life
I called you here today for a bit of bad news
I won't be able to see you anymore
Because of my obligations, and the ties that you have
We've been meeting here everyday
And since this is our last day together
I wanna hold you just one more time
When you turn and walk away, don't look back
I wanna remember you just like this
Let's just kiss and say goodbye

[Song]
I had to meet you here today
There's just so many things to say
Please don't stop me 'til I'm through
This is something I hate to do
We've been meeting here so long
I guess what we done, oh was wrong
Please darlin', don't you cry
Let's just kiss and say goodbye (Goodbye)

Many months have passed us by
(I'm gonna miss you)
I'm gonna miss you, I can't lie
(I'm gonna miss you)
I've got ties, and so do you
I just think this is the thing to do
It's gonna hurt me, I can't lie
Maybe you'll meet, you'll meet another guy
Understand me, won't you try, try, try, try, try, try, try
Let's just kiss and say goodbye (Goodbye)

(I'm gonna miss you)
I'm gonna miss you, I can't lie
(I'm gonna miss you)
Understand me, won't you try
(I'm gonna miss you)
It's gonna hurt me, I can't lie
(I'm gonna miss you)
Take my hankerchief, wipe your eyes
(I'm gonna miss you)
Maybe you'll find, you'll find another guy
(I'm gonna miss you)
Let's kiss and say goodbye, pretty baby
(I'm gonna miss you)
Please, don't you cry
(I'm gonna miss you)
Understand me, won't you try
(I'm gonna miss you)
Let's just kiss
And say goodbye 
...

Sunday, January 23, 2011

LAILAHAILLALLAH 2


Disaat kita menghadapi sakaratul maut syaitan akan berusaha 100% untuk menyesatkan kita berbanding dengan hari2 biasa syaitan hanya menggoda kita sebanyak 10% je. 10% ni pun dah banyak menyesatkan manusia dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka jahanam jd bagaiman dengan usaha 100% syaitan? pasti lebih dahsyat lagi.
Syaitan akan menjelma menjadi orang yg kita sayang,orang yang kita sanjung, binatang ternakan kita serta ap2 sahaja yg kita sayang sepanjang hidup kita. Syaitan akan menggoda dengan sedahsyat-dahsyatnya sehingga kita mati tanpa iman. Nauzubillah. Ketika ini hanya kuasa Allah sahaja yg dapat membantu kita. Hanya orang2 yg dipilih sahaja akan dapat mati di dalam iman.
Ganjaran orang2 yg mati di dalam iman adalah syurga yang penuh nikmat. Sesiapa yg datang bertemu dengan Allah dengan membawa iman walaupun sebesar zarah maka Allah akan mengganjarkannya dengan syurga sebesar 10 kali ganda dunia. itu untuk iman sebesar zarah, jika iman lagi besar maka semakin besarlah syurga kita.
Syurga adalah satu tempat yg kita xdapat bayangkan,xpernah terlintas difikiran dan nikmatnya xpernah kita rasa. Kita cuba bayangkan 1 tempat yg indah seperti hawaii,borneo serta tempat2 pelancongan yg cantik2, semuanya tidak setanding dengan syurga ciptaan Allah SWT.
Didalam syurga mengalir sungai susu,sungai arak, lumpur2nya berbau kasturi, lantainya dihiasi batu2 permata dengan nyanyian2 yg indah xpernah kita dengar didunia, buah-buahan tumbuh mekar dengan rasa yg berlainan.. Didalam syurga kelak ada seorang hamba yg makan pisang sehinggakan kulit2 pisang bertimbun setinggi gunung. setiap kali suapan kesedapan akan bertambah sebanyak 70kali ganda. Ahli2 syurga akan terpegun di pintu syurga selama 40 tahun kerana indahnya pintu syurga.
Nikmat yang paling besar di syurga ialah ahli syurga dapat melihat wajah Allah SWT. Di dalam syurga kita minta apa2 sahaja pasti terkabul, jika kita nak makan burung maka burung yang beterbangan akan jatuh di hadapan kita dengan cara hidangan yang kita inginkan. Jika kita inginkan hiburan maka pokok2,burung2, segala hidupan di dalam syurga akan turut menyanyi.
Apabila Nabi Daud mula membaca Quran, seluruh penduduk syurga akan terpegun, air sungai akan berhenti mengalir,pokok2 beralun menunduk ke bawah, burung2 berhenti beterbangan, semuanya terpegun dengan bacaan yg merdu dan mendayu2.
Banyak lagi nikmat yg disediakan untuk ahli syurga, nikmat yg tak dapat kita gmbarkan di dunia. Untuk mendapat ganjaran syurga kita semua mesti buat usaha atas iman, usahakan iman kita sehingga iman kita betul hanya kepada Allah dan semakin besar iman maka semakin besar syurga kita kelak. Syurga yang paling besar adalah syurga Abu Bakar As-Siddiq r.ahu.
Satu hari malaikat Jibril meminta izin dari Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, Allah mengizinkan dan menambahkan sayap malaikat Jibril, 300 sayap sebelah kanan dan 300 sayap sebelah kiri.
Semasa Nabi Yusuf dicampak kedalam perigi Allah memerintahkan malaikat JIbril menyambut Nabi Yusuf, Malaikat Jibril dengan sepantas kilat menyambut Nabi Yusuf tetapi Malaikat Jibril lupa cara nak menyambut Nabi Yusuf maka dilepaskan semula Nabi Yusuf dan Malaikat Jibril bertemu dengan Allah semula. Apabila sudah mengetahui cara untuk menyambut Nabi Yusuf maka terus Malaikat JIbril menyambut kembali Nabi Yusuf. Ketika itu Nabi Yusuf xsampai lg ke dasar perigi, lihatlah betapa pantasnya Malaikat Jibril dengan sayapnya yg sedia ada belum ditambah dengan 300 sayap kanan dan 300 sayap sebelah kiri.
Malaikat Jibril pun terbang ingin memasuki Syurga Abu Bakar, 500 tahun terbang masih xsampai lagi maka Malaikat Jibril berhenti sekejap rehat, 500 tahun lagi Jibril terbang masih lagi xnampak pintu masuk kesyurga Abu Bakar, Malaikat Jibril terbang lagi mencari2 pintu Syurga Abu Bakar, terbang,terbang dan terbang. Akhirnya Malaikat Jibril terjatuh keletihan sambil menangis-nangis.
Bidadari yg berada di syurga Abu Bakar terdengar tangisan yg sangat2 dahsyat, maka mereka beramai2 keluar mencari punca tangisan itu dan akhirnya bertemu dengan Malaikat Jibril. Bidadari itu pun bertanya kepada Malaikat Jibril.
"Wahai Jibril kenapa kamu menangis?"
"Aku meminta kepada Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, tetapi sampai sekarang aku belum lagi menemui pintu masuk ke syurga Abu Bakar,"
"Kembalilah kamu wahai Jibril, kamu sekarang masih lagi berada di halaman pertama syurga Abu Bakar... Pintu Syurga Abu Bakar tidak akn tercapai olehmu,"
Malaikat Jibril pun kembali dengan kehampaan.
Lihatlah betapa besarnya syurga Abu Bakar sehinggakan Malaikat Jibril yg pantas dan gagah perkasa itu pun tidak mampu masuk ke dalam syurga Abu Bakar. Seribu tahun Malaikat Jibril terbang tetapi masih berada di halaman pertama syurga Abu Bakar.. Subahanallah besarnya Syurga Abu Bakar.
Jadi tuan-tuan nilai iman adalah syurga. Usahakanlah keyakinan kita, usahakanlah iman kita dengan berdakwah. Banyak2kan bercakap tentang kebesaran Allah,bantuan Allah kepada sahabat r.ahum, perbanyakkan percakapan nafi dan isbat, berceritalah tentang tanda-tanda Ahli syurga.
Zikir sahaja xcukup kita kena betulkan percakapan kita juga. Cuba kita semua renungkan, setiap hari kita berzikir 1000 Subahanallah,1000 Alhamdulillah, 1000  Allahuakbar, 1000 Lailahaillallah dan mcm2 zikir lagi tetapi bila masa lapang kita berborak pasal bola, gosip2, cinta, filem baru, mengumpat dan macam2 lagi. Jd pahala zikir tadi semua habis terbang melayang. Sia-sialah amalan kita, jd untuk menyempurnakan amalan seharusnya kita betulkan percakapan kita.
Cara untuk mamperbetulkan percakapan kita adalah dengan menukarkan topik bola kita kepada cerita2 kebesaran Allah, tukarkan gosip2 kita kepada cerita tanda-tanda orang beriman dan ahli syurga, tukarkan bicara bisnes dunia kita kepada bicara bisnes akhirat kita, tukarkan segala2nya agar hati kita penuh dengan berita2 akhirat, penuh dengan cita2 ke syurga, penuh dengan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya..
Kesimpulannya kalimah Lailahaillallah adalah kalimah iman yg perlu di usahakan dan di sampaikan kepada semua dengan cara berdakwah agar semua manusia terselamat dari api neraka. Asap api neraka sudah cukup untuk menjadikan kita arang. Akhirnya saya ingin membawa satu kisah tentang mencari iman..

Di zaman Rasulullah SAW islam berkembang dengan pesat, dakwah menjadi perkara rutin, suasana agama wujud dimana-mana, semua orang bercita2 ingin memperolehi syurga, semua orang inginkan mati syahid, semua orang ingin meningkatkan iman masing2, semua orang meyakini kata2 Rasulullah SAW, semua orang meyakini janji2 Allah SWT. Tidak terkecuali dengan seorang sahabat yang ingin mencari iman.
Sekian lama sahabat itu memikirkan, bagaimana ingin mengekalkan iman yg ada di dalam hati dan menambahkan iman. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk di rumah berzikir memuji Allah dan membaca kitab2 agama.
Maka bermulalah seberapa lama dia berzikir, mengulangi ayat2 Al-Quran yg dihafalnya dan membaca kitab2 yg berkaitan iman. Suatu hari Allah menghantar Malaikat Jibril untuk memperbetulkan sahabat itu.
Malaikat Jibril pun pergi kerumah sahabat itu dalam keadaan menyerupai manusia dan membuat bising di atas atap rumah sahabat tersebut. Mendengarkan bunyi bising di atas atap rumahnya dia segera naik ke atas dan melihat seseorang sedang mundar-mandir seperti mencari sesuatu, lalu sahabat itu pun bertanya..
"Wahai saudaraku apa yang kau buat di atas atap rumahku ini?"
"Aku sedang mencari untaku yang hilang."
"Bodoh!! Mana mungkin unta kamu berada di atas atap, kamu carilah di padang pasir atau di tempat2 lain."
"Kalau begitu kamu lagi bodoh!! Mana boleh kamu mencari iman dengan hanya duduk di rumah dengan berzikir dan membaca kitab2, kamu kenalah keluar dari rumah dan berdakwah barulah iman akan meningkat."
Tersedarlah sahabat itu akan kesilapan yg dilakukannya. Mulai hari itu sahabat tersebut terus bertaubat dan keluar berdakwah meningkatkan iman.
Situasi ini sebenarnya sama dengan kita di hari ini..Dakwah boleh disampaikan dengan pelbagai cara, internet, nasyid, pendakwah bebas memberi ceramah dan sebagainya namun cara yg terbaik adalah berdakwah dengan cara Nabi, sesiapa ingin menjadi yg terbaik disisi Allah maka ikutilah petunjuk yg terbaik dengan cara yg terbaik. Nabi menggunakan pelbagai cara untuk berdakwah, apa sahaja peluang yg ada digunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan agama, dakwah secara individu, dakwah berjemaah dan sebagainya
Konsep dakwah, dakwah wajib dilakukan oleh semua orang yg beriman, dakwah adalah untuk memperbetulkan diri kita (islah diri) bukan berniat untuk betulkan orang lain. Konsep ilmu ialah ilmu wajib dituntut oleh semua orang dan ilmu untuk dikongsi bukan disimpan untuk diri sendiri. Sekian semuanya semata2 taufik dan hidayat dari Allah.
Astaghfirullahala'zim, Astaghfirullahala'zim, Astaghfirullahala'zim...
DI SURAU MATRIK N.9 satu masa dahulu

LAILAHAILLALLAH


Lailahaillallah, iman dan dakwah..

Dakwah terbahagi kepada 2, yg pertama adalah dakwah kepada orang2 kafir dan yg kedua adalah dakwah untuk orang2 islam yg telah pun beriman. Bezanya ialah dakwah kepada orang kafir dipanggil dakwah kalimah iaitu mendakwahkan kalimah Lailahaillallah, dakwah supaya beriman kepada Allah. Dakwah kepada orang yg telah memeluk islam pula dipanggil dakwah iman dimana mendakwahkan perkara2 yg dapat meningkatkan iman seperti bercakap tentang kebesaran Allah, bercerita tentang bantuan Allah terhadap para sahabat, tanda2 ahli syurga serta menafikan makhluk dan membesarkan Allah.
Nabi Muhammad SAW meyeru agar semua umat islam berdakwah tidak kira pada sesiapapun, namun Nabi lebih menekankan agar kita berdakwah kepada sesama islam agar iman akan sentiasa meningkat dan mudah untuk melaksanakan amal ibadah.
Dakwah iman sangat2 penting kerana iman adalah sesuatu perkara yang tidak dapat kita tampung dengan amal ibadah yang lain contohnya jika sembahyang fardhu kita ada cacat cela maka akan ditampung oleh sembahyang2 sunat, begitu juga dengan puasa,zakat dan amal yg lain2. Semuanya boleh ditampung oleh amal yg lain tetapi tidak bagi iman.
Allah menuntut kita beriman 100% hanya kepada Allah. Jikalau iman kita sebesar gunung uhud tetapi ada sedikit syirik kepada Allah maka iman kita terbatal, iman kita xkan dipandang langsung oleh Allah.
Tetapi jika iman kita sempurna kepada Allah biarpun hanya sekecil debu maka iman itu akan diterima oleh Allah. Jangan pandang rendah pada masalah iman ini, Allah mahukan kita beriman 100% bukan 99.9% bukan 50%.. Allah mahukan kita semua hanya beriman kepada Allah.
Jadi masalahnya macam mana nak dapat iman 100% ney?  Jawapannya, dakwah iman.
Dakwah iman.
Pertama sekali untuk berdakwah kita tidak digalakkan bercerita tentang azab dan perkara yang menakutkan, peringatan dan azab hanyalah untuk diri sendiri tidak digalakkan untuk dijadikan bahan dakwah.
PERTAMA::  Nafi makhluk dan Menisbatkan Allah SWT. Kalimah Lailahaillallah itu sendiri telah menunjukkan Nafi makhluk dan menisbatkan Allah SWT. Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.
Kita kena nafikan semua kekuasaan makhluk contohnya ubat xboleh bg sembuh,makanan tidak boleh bagi kenyang, kayu kokka xboleh datangkan apa2 manfaat, kerja xboleh berikan rezeki,gula xboleh bagi manis, garam xboleh bagi masin. Seterusnya Kita menisbatkan Allah hanya Allah yg berkuasa Allah yg bg manis,masin dan pelbagai rasa lagi, Allah yg berikan kesembuhan,Allah yg berikan kita kenyang,berikan rezeki dan segala2nya datang dari Allah.
Semuanya datang dari Allah tetapi kita jangan salah faham contohnya "oh aku xnak makan nasi la, sebab bukan nasi yg bagi kenyang, oh aku xnak makan ubat la sebab bukan ubat yg bg kita sembuh,".. Ini jahil namanya!!
Kita tetap kena makan nasi, tetap kena makan ubat tetapi jangan yakin yg makanan 2 bg kenyang dan jangan yakin ubat yg bagi sembuh sebaliknya yakinlah Allah yg berikan kenyang dan kesembuhan. contohnya 2 orang pesakit dengan penyakit yang sama jumpa doktor yg sama dapat ubat yang sama tetapi seorang sembuh dan seorang lagi mati.. sebab apa keputusan berlainan? sebab ubat nk bg sembuh hanya dengan izin Allah, jika Allah xizinkan maka ubat 2 xblh beri kesan apa2.
KEDUA::   Perbanyakkan bercerita tentang kebesaran Allah. Allah xperlukan bantuan  dari sesiapapun untuk cipta dunia ni, Allah ciptakan cakerawala, Allah ciptakan semua planet2, Allah ciptakan bulan dan matahari tanpa bantuan dari sesiapa pun. Allah jadikan bermacam2 rasa didunia ni, rasa manis rambutan,manis tembikai, manis madu, manis susu semuanya Allah jadikan berlainan. Itu baru manis macam mana dengan rasa masam,masin,tawar,kelat,pahit dan macam2 lg rasa. Subahanallah mampu ke manusia untuk mencipta rasa??
Allah cipta lautan luas terbentang,Allah cipta padang pasir, Allah cipta gunung ganang, Allah cipta rumput2 dan tumbuh-tumbuhan, Allah cipta haiwan2, Allah cipta manusia dari setitis air!! Manusia walaumacam mana cerdik pun xdapat cipta setitis air,xdapat cipta sebutir pasir, xdapat cipta batu batuan, xdapat cipta hatta sehelai daun pun. Lemahnya kita..
Buah-buahan apabila masak akan bertukar warna, dari hijau ke kuning,merah,hitam dan sebagainya, semua ni menandakan kekuasaan Allah.. xde org pun pergi cat buah pisang jadi kuning,buah rambutan jadi merah, semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah.. Banyak lagi bukti kebesaran Allah SWT Insya-Allah nanti sy akan buat tajuk khas untuk bab ni.
KETIGA::  Bantuan Allah kepada para sahabat. Disini cukup saya mengambil contoh peperangan Badar, dimana 313 orang melawan seribu orang kafir Quraisy. 313 orang islam tanpa senjata yang lengkap dan bilangan yang sedikit melawan 1000 orang kafir lengkap dengan senjata.
Pada asalnya jemaah dibentuk untuk menghalang rombongan Abu sufian yg membawa barang dagangan serta senjata ke Mekah, tetapi orang kafir telah mengetahui rancangan ini dan menghantar 1000 orang tentera lengkap bersenjata untuk memerangi Nabi Muhammad SAW.
Di malam sebelum peperangan Badar Nabi telah berdoa dengan doa yg sangat2 sedih. sy xingat doa 2. Merintih dan meminta pertolongan dari Allah. Keesokkan harinya Nabi mengumpul semua 313 ahli Badar dan bersiap sedia menghadapi kafir Quraisy yang ingin manghancurkan seluruh umat islam yg ada pada ketika itu.
Ahli-ahli Badar pun berkumpul lalu mengambil pelepah2 tamar untuk dijadikan senjata, pedang2 patah dikumpulkan dan talam2 tempat mereka makan dijadikan perisai. Keadaan tentera islam ketika itu sangat2 daif tetapi hati-hati mereka penuh dengan keyakinan terhadap Nabi Muhammad SAW dan janji2 Allah SWT. Iman mereka ketika itu telah pun sempurna.
Doa Nabi Muhammad SAW dimakbulkan, Allah SWT menurunkan ribuan malaikat untuk membantu Nabi. Ketika itu pelepah tamar menjadi senjata yg sangat2 ampuh, kepala tentera Quraisy dengan sendirinya terpancung seolah2 ada sesuatu yang memancungnya, perisai2 tidak tembus dengan senjata tentera kafir. Allah mencampakkan ketakutan di hati-hati musuh islam dan Allah semarakkan keberanian kepada ahli2 Badar.
Akhirnya tentera islam menang melawan kafir Quraisy dan peristiwa itu menjadi kenangan pahit kaum kafir Quraisy.
Banyak lagi kisah2 bantuan Allah kepada para sahabat. Insya_Allah sy akan menulis lagi tentang kisah para Sahabat pd masa akan datang. Kisah-kisah sahabat adalah kisah benar dan kita akan dapat banyak pengajaran dari kisah Sahabt.
KEEMPAT:: Tanda-tanda ahli syurga.. Diantara tanda2 ahli syurga ialah mencintai ilmu, sukakan kelebihan,banyak menangis kerana takutkan Allah, banyak amal ibadahnya. Cintakan Nabi Cintakan Allah, berakhlak mulia, tidak menyakiti sahabat,tidak menyekutukan Allah, sentiasa berlapang dada sesama manusia dan banyak lagi.
Jadi inilah perkara yang perlu kita sampaikan dan menjadi topik perbualan kita sehari-harian. Iman akan meningkat bila kita banyak bercakap tentang perkara ni. Dengan bercakap tentang kebesaran serta bantuan Allah terhadap sahabat akan mewujudkan ketakjuban serta kekaguman akan kekuasaan Allah.
Inilah yang kita nak masukkan dalam hati kita, yakin terhadap Allah supaya di akhir kalam kita dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Kalimah syahadah ni amat2 senang dihafal tetapi dapatkah kita mengucapkan kalimah ini ketika kita semua hampir mati??
Semua ini bergantung kepada keyakinan kita dan apa yg berada di hati kita pada saat2 kematian. Jika iman yg berada di hati maka senanglah untuk mengucap 2 kalimah syahadah tetapi jika kebesaran makhluk yg berada di hati maka susahlah untuk mengucap 2kalimah syahadah.
Pada ketika ini hati bergantung pada apa yg kita sering ingat dan sering kita lakukan semasa kita hidup di dunia. Jikalau kita sering ingat tentang kerja maka kalimah kerja yg berada dihati kita, jikalau kita sering mengingati bola maka kalimah bola yg berada di hati kita, jika kita sering mengingati kekasih kita maka nama kekasih kitalah yg berada di hati kita.. Tetapi jikalau kita sentiasa mengingati Allah maka Allah lah yg berada di hati kita dan Insya-Allah mudah untuk kita mengucap 2 kalimah syahadah.

Sunday, January 9, 2011

BERDIAM DIRI

salam semua..
bukan senang sebenarnye nak jage diri kite dari banyak cakap..
banyak cakap ni ok,tak de masalah..tapi bila da banyak sangat cakap so banyak silap..
teringat kawan satu mase dulu ade sorang masturat ni dia hantar surat layang..
ape dia sound?
dia pesan pasal bab bercakap..ayat dia berbunyi cam ni..
"kata-katamu laksana ubat,sedikit digunakan memadai untuk menyembuhkan penyakit..
tetapi jika dirimu meggunakan terlalu banyak ubat,nescaya kelak akan menambahkan barah yang sedaia ada"..
Nah!!!dramatiskan??
hehe..
berani jugak dia sound kawan even pakai surat layang..(surat tu kawan simpan nak 4 tahun,tapi baru-baru ni kawan bakar sebab x nak buat kecah nak pindah rumah)..Terkejot woo!!
walau kawan ni bukan banyak mulut or mulut murai,tapi cam ne plak masturat ni berani tegorr..maybe dia nampak kot..walau tu je sekali kita buat..walauweyhh..
terima kasih wahai ukhti(ceh aku x penah guna perkataan ni,hehe) kerane menegur kawan..
kalau lah ko bace artikel ni ukhti(kali kedua aku pakai),anggaplah ni kejayaan besar kau ye...
saye seorang budak yang pendiam..(konon la)..tapi kalao tengah josh bising gak

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


azam untuk kurangkan cakap yang sia-sia!!
apekah kate2 yang tidak sia-sia?
jawapannye adalah dakwah ilallah!!
nah azam!

p/s:kawan sedar ramai follower yang da x follow blog kawan ni..jawabannye sebab kawan ni mmg malas  nak update blog..

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails