Followers

Sunday, November 27, 2011

IMAN SEMUT DI ZAMAN NABI SULAIMAN




Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah  Sulaiman 


nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan 


bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah- tengah padang pasir 


yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau 


yakin ada makanan cukup untuk kamu?" Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku 


percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini 


ada rezeki untukku."






Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?

Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum

sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong." Nabi Allah Sulaiman pun

mengambil satu bekas, angkat   semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian 

diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian  
                                                                
Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji

gandum selama satu bulan. Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat

gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh

semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada 

aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah

sebulan tapi kamu makan setengah sahaja." Jawab semut, "Aku tidak

berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makanan apapun 


sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri

dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu

masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan

aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua 

bulan. Aku takut kamu lupa." Itulah Iman Semut!!!


IMAN MANUSIA???


Pada zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang 


mati. Kerja korek kubur untuk orang mati bukan kerja yang ganjil. Bila ada orang mati, mayat 


terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini 


ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, 


waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini 


datang ke kubur untuk korek balik kubur tersebut.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah


di"INTERVIEW" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50


kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada


Imam Suffian dan bertanya kepadanya, "Ya Imam,


kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di


dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah


beralih ke belakang?" Jawab Imam Suffian," Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang 


percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan 


Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, 


biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia!!!


Kata Saidina Ali kepada Kamil, " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA
DIBELANJAKAN."


Saturday, November 5, 2011

SALAM EIDUL ADHA

assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh..

penulis sekarang berada di rumah sempena cuti pertengahan semester..
ikutkan tak lah berapa ramai pelajar-pelajar yang berasal dari semenanjung balik..
tidak lain tidak bukan kerana harga tiket..
tapi alhamdulillah rezeki penulis murah, dapat tiket pegi balik RM 100 je..
lagi berbaloi dengan jaraknye yang jauh dan masa yang singkat..
contoh tiket murah


adakalanya kami terpaksa balik dengan bayar harga tiket mahal,sampai tiga ratus ke empat ratus sekali jalan..(penulis sekali kena mahal itupun masa first-first datang sini untuk pendaftaran)..
sekarang penulis kalau nak balik paling mahal kena dalam bawah RM 50 je..

semasa mesyurat halqah kampus penulis selasa hari tu, takaza ada dibentangkan untuk keluar sempena cuti pertengahan semester ni,,(3 hari)

seperti semester-semester sebelumnya, penulis berkelapangan melapangkan masa 3 hari semasa cuti pertengahan semester, kami satu bentuk 1 jemaah dari kolej kami sendiri dibantu oleh beberapa orang awam seterusnya kami bergerak ke route luar halqah kami (sepanggar) ke route yang agak jauh sikit (tuaran dan kota belud) jarak dalam 60 km.
ni lah pintu masuknya




ni gmart tuaran,tempat kawan selalu beli barang taam



memandangkan penulis adalah orang semenanjung, saya merasakan banyak faedah baik apabila kami melapangkan masa keluar di jalan Allah di bumi Sabah ini. (paling seronok keluar di pulau-pulau dan kawasan pedalman)

sepanjang 3 tahun penulis di sini, penulis lazim keluar dan membuat usaha bersama pak cik- pak cik berketurunan bajau. jadi penulis sedikit sebanyak banyak didedahkan dengan bahasa dan adat resam mereka.

kuih penyaram
penulis juga tertarik dengan kuih tradisional mereka yang kat atas tu, biasa penulis beli sampai 3 ringgit sekali makan dekat pekan Kota Belud. kalau seringgit da 4 biji, 3 ringgit da 12 biji. tapi agaklah tak semua penulis makan, kita kena ikram orang bro.

Juga tidak dilupakan bagaimana jemaah penulis 'diganggu' penunggu di sebuah masjid lama. Pada mulanya penulis pelik kenapa orang kampung seperti susah untuk datang ke masjid tunaikan solat berjemaah akhirnya tahu juga kenapa..(bersangka baik kepada saudara seislam adalah hakikat ikramul muslimin yang paling tertinggi so jangan la kita andaikan apa-apa yang buruk pada orang yang tak mahu dengar dakwah kita).

nak cerita memang panjang, tapi kesimpulannya kita kena banyak isbatkan Allah nafikan makhluk.
Barulah takut hilang, berani datang..hantu pun makhluk bah..

oleh kerana cuti kali ni penulis tak dapat keluar 3 hari pasal nak balik beraya,
(dah 4 tahun beraya aji di perantauan ,2 kali time kuar 40 hari, sekali di masjid sri petaling,sekali kat dalam bilik..senget)







Thursday, August 25, 2011

PERJALANAN NABI KE THAIF



Kisah perjalanan Nabi ke bumi Thoif biasa kita dengar dan kita baca semenjak kita di bangku sekolah lagi. Ye la kan, dulu ustazah kita yang bacekan. Kita hanya angguk kemudian jawab soalan latihan yang disediakan dalam buku teks tersebut. Alhamdulillah apabila Allah dengan kasih sayang Nya memberikan kita hidayat untuk membuat usaha atas iman, ia sedikit sebanyak mengingatkan kita tentang apa yang dipelajari 12 tahun dahulu. Dan kita pula didorong untuk mengamalkannya apabila melihat betapa besarnya ganjaran seseorang yang menempa kepayahan dalam membuat usaha agama.

Kisah dakwah Nabi ke Thoif ini membawa penulis kepada memori manis kira kira 3 tahun dahulu ketika penulis membawa ramai rakan- rakan baru untuk menghadiri malam perhimpunan mingguan di Masjid Jame Sri Petaling.

Dan paling penulis ingat pembayan (tukang ceramah) adalah jemaah dari Belanda yang baru sahaja sampai dari bumi Australia untuk membuat usaha dakwah selama kira kira 4 bulan. Pembayan juga merupakan seorang ulama.

Dalam bayannya selain menceritakan sedikit sebanyak laporan di Australia, beliau juga menceritakan kisah agung Nabi kita ke Thoif sehingga membuatkan majmak (hadirin) menangis tersedu sedu. Suara tangisan hadirin yang lain memenuhi setiap ruang masjid besar ini sehingga Penulis juga termenangis mengenangkan penderitaan Nabi untuk hidayat . Allah..

kisahnya seperti berikut

Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW katanya: 'Adakah hari lain u, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku! 'Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa'alib.


Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku: 'Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, niscaya dia akan melakukannya!' Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: 'Hai Muhammad!' Malaikat itu lalu mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril AS tadi. 'Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun niscaya aku akan lakukan!' 'Jangan... jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun... !', demikian jawab Nabi SAW.


Musa bin Uqbah menyebut di dalam kitab 'Al-Maghazi' dari Ibnu Syihab katanya, bahwa Rasulullah SAW apabila pamannya, Abu Thalib, meninggal dia keluar menuju ke Tha'if dengan harapan agar penduduknya akan melindunginya di sana. Maka beliau menemui tiga pemuka Tsaqif, dan mereka itu bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas'ud dari Bani Amru. Beliau menawarkan mereka untuk melindunginya serta mengadukan halnya dan apa yang dibuat oleh kaumnya terhadap dirinya sesudah kematian Abu Thalib itu, namun bukan saja mereka menolakbeliau, tetapi mereka menghalaunya dan memperlakukan apa yang tidak sewajarnya.(Fathul Bari 6:198 - dari sumber Ibnu Ishak, Shahjh Bukhari 1:458, dan berita ini dikeluarkan juga oleh Muslim dan Nasa'i).

Abu Nu'aim memberitakan dengan lebih lengkapl dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Tha'if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Kbubaib dan Mas'ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pengikutnya. Maka berkata salah seorang dari mereka: Aku hendak mencuri kelambu Ka'bah, jika memang benar Allah mengutusmu sesuatu seperti yang engkau katakan tadi?! Yang lain pula berkata: Demi Allah, aku tidak dapat berkatakata kepadamu, walau satu kalimah sesudah pertemuan ini, sebab jika engkau benar seorang Utusan Allah, niscaya engkau menjadi orang yang tinggi kedudukannya dan besar pangkatnya, tentu tidak boleh aku berbicara lagi kepadamu?! Dan yang terakhir pula berkata: Apakah Allah sampai begitu lemah untuk mengutus orang selain engkau? Semua kata-kata pemuka Tsaqif kepada RasuluUah SAW itu tersebar dengan cepat sekali kepada suku kaumnya, lalu mereka pun berkumpul mengejek-ngejek beliau dengan kata-kata itu.


Kemudian ketika beliau hendak pergi meninggalkan Tha'if itu, mereka berbaris di tengah jalannya dua barisan, mereka mengambil batu, lalu melempar beliau, setiap beliau melangkahkan kakinya batu-batu itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka-luka berdarah, dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, beliau terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha'if itu.

Tidak lama kemudian terlihatlah Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah yang baru sampai di situ. Beliau enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bemama Addas untuk datang kepada beliau membawa sedikit anggur untuknya, dan Addas ini adalah seorang yang beragama kristen dari negeri Niniva (kota lama dari Iraq). Apabila Addas datang membawa sedikit anggur untuk beliau, maka beliau pun memakannya, dan sebelum itu membaca 'Bismillah!' Mendengar itu Addas keheranan, kerana tidak pernah mendengar orang membaca seperti itu sebelumnya.

'Siapa namamu?' tanya Nabi SAW 'Addas!' 'Dari mana engkau?' tanya beliau lagi. 'Dari negeri Niniva!' jawab Addas. 'Oh, dari kota Nabi yang saleh, Yunus bin Matta!' Mendengar jawaban Nabi itu, Addas menjadi lebih heran dari mana orang ini tahu tentang Nabi Yunus bin Matta? Dia tidak sabar lagi hendak tahu, sementara tuannya Utbah dan Syaibah melihat saja kelakuan hambanya yang terlihat begitu mesra dengan Nabi SAW itu. 'Dari mana engkau tahu tentang Yunus bin Matta?!' Addas keheranan. 'Dia seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama kepada kaumnya,' jawab beliau. Beliau lalu menceritakan apa yang diketahuinya tentang Nabi Yunus AS itu, dan sudah menjadi tabiat beliau, beliau tidak pernah memperkecilkan siapa pun yang diutus Allah untuk membawa perutusannya. Mendengar semua keterangan dari Rasulullah SAW Addas semakin kuat mempercayai bahwa orang yang berkata-kata dengannya ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah. Lalu dia pun menundukkan kepalanya kepada beliau sambil mencium kedua tapak kaki beliau yang penuh dengan darah itu.


Melihat kelakuan Addas yang terakhir ini, Utbah dan Syaibah semakin heran apa yang dibuat sang hamba itu. Apabila kembali Addas kepada mereka, mereka lalu bertanya: 'Addas! Mari ke mari!' panggil mereka. Addas datang kepada tuannya menunggu jika ada perintah yang akan disuruhnya. 'Apa yang engkau lakukan kepada orang itu tadi?' 'Tidak ada apa-apa!' jawab Addas. 'Kami lihat engkau menundukkan kepalamu kepadanya, lalu engkau menciurn kedua belah kakinya, padahal kami belum pemah melihatmu berbuat seperti itu kepada orang lain?!' Addas mendiamkan diri saja, tidak menjawab. 'Kenapa diam? Coba beritahu kami, kami ingin tahu?' pinta Utbah dan Syaibah. 'Orang itu adalah orang yang baik, dia menceritakan kepadaku tentang seorang Utusan Allah atau Nabi yang diutus kepada kaum kami, 'jawab Addas. 'Siapa namanya Nabi itu?' 'Yunus bin Matta' jawab Addas lagi. 'Lalu?' 'Dia katakan, dia juga Nabi yang diutus!'Addas berkata jujur. 'Dia Nabi?!' Utbah dan Syaibah tertawa terbahak-bahak, sedang Addas mendiamkan diri melihatkan sikap orang yang mengingkari kebenaran Allah.


'Eh, engkau bukankah kristen?' 'Benar,'jawab Addas. 'Tetaplah saja dalam kristenmu itu! Jangan tertipu oleh perkataan orang itu!' Utbah dan Syaibah mengingatkan Addas. 'Dia itu seorang penipu, tahu tidak?!' Addas terus mendiamkan dirinya . Sesudah itu, Rasuluilah SAW kembali ke Makkah dengan hati yang kecewa sekali.
(Dala'ilun-Nubuwah, hal. 103)



(sumber)

KHAIRA UMMATIN DAN USAHA MENJAYAKANNYA BERDASARKAN SIRAH RASULULLAH SAW


OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY
· Dalam hubungan dengan ayat:
كنتم خير امة اخرجت للناس _ال عمران 110
“Kamu umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk faedah umat manusia” dan seterusnya “kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”
Maka dalam “Tafsir al-Qurtubi”
· dinyatakan bagaimana umat Islam terbaik di kalangan umat-umat manusia sebanyak tujuh puluh semuanya.
· Pada Ibn ‘Abbas rd: merujuk kepada mereka yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan menyaksikan perang Badar dan Hudaibiyah;
· Dilaporkan ‘Umar bin al-Khattab rd menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti mereka itu maka jadilah seperti mereka.
· Ada pendapat yang menyatakan mereka umat Nabi Muhammad saw, iaitu orang-orang yang soleh di kalangan mereka dan yang mempunyai kelebihan.Dan mereka yang menjadi saksi manusia di akhirat;
· Kata Mujahid rd : “Kamu umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia…” mengikut syarat-syarat yang tersebut dalam ayat itu;
· Ada pendapat yang menyatakan : maknanya kamu dealam Lauh al-Mahfuz
· Ada pendapat yang menyatakan: kamu bila kamu beriman menjadi umat yang terbaik…
· Antaranya bermakna kamu dengan terkedepannya kamu daripada ahlil-kitab adalah sebaik-baik umat
· dan al-Akhfash rh menyatakan: ahli bagi umat ini, sebaik-baik ahli agama.
· Dari Abu Hurairah rd terdapat riwayat “Kamu umat terbaik yang dikeluarkan bagi umat manusia” , katanya kamu menarik manusia dengan rantai kepada Islam.Kata al-Nahhas rh takdir mengikut huraian ini kamu bagi umat manusia semua sebaik-baik umat.
· Mengikut pendapat Mujahid rh kamu umat yang terbaik bila kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran .
· Ada pendapat yang menyatakan : umat Muhammad saw menjadi umat yang terbaik kerana Muslimin di kalangan mereka paling ramai, dan amar ma’ruf dan nahi munkar di kalangan mereka tersebar dengan meluas.
· Ada pendapat yang menyatakan: mereka sahabat rasulullah saw sebagaimana yang terkandung dalam maksud hadith “generasi yang terbaik generasiku” (qarni), iaitu yang aku dibangkitkan di kalangan mereka.
· Demikian seterusnya kelebihan mereka yang ada dalam dua atau tiga generasi selepas nabi saw.
· Diriwayatkan pula oleh Abu Umamah rd bahawa Nabi saw bersabda :
طوبى لمن رءانى و ءامن بى وطوبى سبع مرات لمن لم يرنى وءامن بى
Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku, dan berbahagialah tujuh kali bahagia orang yang tidak melihatkyu walhal ia beriman kepadaku.
· Dan dalam “Musnad Abi Daud at-Tayalisi” terdapat riwayat dari ‘Umar rd katanya bahawa beliau duduk di sisi Rasulullah saw kemudian Rasulullah saw bertanya maksudnya :Siapakah yang paling afdhal sekali dari segi keimanan? Selepas para Sahabat menyebut para malaikat dan nabi, baginda bersabda:
افضل الخلق ايمانا قوم فى اصلاب الرجال يؤمنون بى ولم يرونى يجدون ورقا فيعملون بما فيه ويؤمنون بى ولم يرونى
“Makhluk yang paling utama sekali dari segi keimanan ialah kaum yang ada dalam sulbi para lelaki yang beriman denganku walhal mereka tidak melihatku, mereka mendapati helai-helai kitab kemudian mereka beramal dengan apa yang ada di dalamnya, mereka itulah makhluk yang paling utama dari segi keimanannya”
· Ringkasnya dalam “:Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan bahawa dalam membuat kesimpulan tentang hadith-hadith berkenaan dengan bab ini ialah: generasi zaman nabi saw ada mempunyai keutamaan kerana mereka asing -ghuraba’- dalam keimanan mereka dengan ramainya para kuffar dan kesabaran mereka dalam menghadapi kesakitan, dan mereka terus menerus berpegang kepada agama mereka; dan mereka yang akhir dalam umat ini pula bila mereka itu mendirikan agama mereka dan berpegang kepadanya serta bersabar dalam mentaati Tuhan mereka dalam masa banyaknya kejahatan, kefasikan, dan pembunuhan yang tidak menentu (al-harj), serta kemaksiatan dan dosa-dosa besar, mereka juga menjadi orang-orang asing (ghuraba’) dan amalan-amalan mereka menjadi murni dan bertambah-tambah sebagaimana murni dan bertambah-tambahnya amalan mereka yang awal itu.Ini dibuktikan oleh hadith yang bermaksud “Islam bermula asing, dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah orang-orang asing (ghuraba’)…”
Dalam “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat ini terdapat kenyataan-kenyataan yang berguna seperti berikut, antaranya:
· Selepas menukil ayat yang bermaksud”kamu umat yang terbaik yang dilahirkan untuk faedah umat manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah; kalaulah Ahlil-Kitab itu beriman maka itu lebih baik bagi mereka; di kalangan mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik derhaka”, beliau menyatakan bahawa dengan ayat ini Allah memberitahu bahawa umat ini- umat Islam- adalah umat yang paling baik.
· dalam al-Bukhari ada riwayat dari Abu Hurairah rd “umat yang paling baik untuk umat manusia” iaitu kerana kamu menyeret umat manusia sehingga mereka masuk ke dalam Islam.
· Maknanya umat yang paling baik itu ialah umat yang paling bermenafaat bagi manusia.
· Ini pula diperkuatkan dengan hadith riwayat Durrah binti Abi Lahab yang menyatakan bila ditanya tentang manusia yang paling baik, Rasulullah saw menjawab di atas minbar”Manusia yang paling baik ialah yang paling tahu membaca Quran, yang paling bertaqwa kepada Allah, yang paling menyuruh kepada yang ma’ruf, yangt paling mencegah kemungkaran dan yang paling menghubungkan silatur-rahim”.
· Dalam hubungan dengan ini semua Ibn Kathir rh menyatakan bahawa yang sahihnya ialah maksud ayat ini ialah umum untuk semua umat Islam ini, tiap-tiap generasinya, dan generasi yang terbaik ialah generasi yang Rasulullah saw dibangkitkan di kalangan mereka kemudian mereka yang berikutnya kemudian mereka yang berikutnya.
Ciri-Ciri Umat Yang Terbaik
· Antaranya ialah menyuruh kepada kebaikan
· mencegah kemungkaran
· Beriman kepada Allah.
Yang menentukan kebaikan dan keburukan ialah kehendak Allah sebagaimana yang ada dalam Quran dan Sunnah dan perkara-perkara lain didasarkan kepada kias mengikut apa yang ada dalam keduanya sebagaimana yang terkenal dalam usul al-Fiqh dalam Ahlis-Sunnah wal-jamaah.
· Sebutan tentang keimanan terakhir itu bukan bermakna ianya terakhir dari segi kepentingannya; ianya disebut terakhir kerana yang kelihatan pada mata manusia ialah amalan-amalan lahiriah seperti amar ma’ruf dan nahi munkar;keimanan yang menjadi dasar kepada kedua-duanya.
· Dalam segi yang berbeza umat yang terbaik itu boleh dilihat dari segi keimanannya kepada Allah yang benar dan betul tanpa kesesatan, kesyirikan, dan kekufuran.Aqidahnya yang disepakati ulama umat ini ialah aqidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah sebagaimana yang awalnya diajarkan oleh nabi saw dan para Sahabatnya, Aqllah meredhai mereka.Kemudian dihuraikan akidah ini oleh para ulama Ahlis-Sunnah yang datang kemudiannya.
· Umat terbaik ini juga boleh dilihat dari segi mereka melaksanakan tugas-tugas kerohanian dalam hubungan degan Tuhannya dan para makhlukNya.Ini antaranya jelas dari maksud ayat: “(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang , menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf, dan mencegah dari perbuatan yang munkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan”.(al-hajj.41).
· Ini boleh dilihat dari segi orang perseorangannya dalam penghayatan hidup pengabdian kepada Tuhan dalam semua perkara sebagaimana yang ada dalam maksud doa iftitah orang yang melakukan sembahyang.dan memang ini bersesuaian denga matlamat kejadian manusia ialah untuk pengabdian kepada Tuhan (al-Dhariat.56).
· Umat terbaik ini juga boleh dilihat dalam akhlaknya yang mulia dan tinggi sebagaimana yang terkandung dalam maksud ayat :”:Demikianlah kami jadikan kamu umat menengah” (ummatan wasata) (al-Baqarah.143) yang memaksudkan umat yang adil dan pilihan.Dan nabi saw sendiri dipujikan oleh Allah berdasarkan akhlaknya sebagaimana yang terkandung dalam maksud ayat “Sesungguhnya akhlak tuan hamba adalah agung” (Nun.4).dan terkenal dalam hadith Abu Daud bahawa baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (makarim al-akhlak).
· Umat terbaik ini juga boleh dilihat dalam ketaatannya kepada Hukum Ilahi yang datang dalam bentuk Syariat yang sempurna yang menyeluruh sifatnya.Ciri-cirinya ialah kesyumulan, keadilan, keseimbangan, perlaksanaan hak-hak pada tempatnya, kesediaan memberi tempat bagi perubahan-perubahan yang diperlukan oleh perubahan tamadun manusia, meletakkan sesuatu mengikut kedudukannya, kesesuaian dengan fitrah manusia dan hukum alam.Tidak ada sistem hukum yang boleh dibandingkan dengannya.
· Ketundukan umat terbaik ini kepada Hukum Islam tergambar dalam Quran dalam ayat yang bermaksud :”Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan tuan hamba sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang tuan hamba berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”(an-Nisa’.65).
· Umat terbaik ini juga kelihatan ciri-cirinya dalam persaudaraan yang dijayakan dalam zaman awal Islam sehingga melalui hubungan persaudaraan dalam keimanan yang kuat itu timbul kegigihan dalam menjayakan Islam dan mengembangkannya sampai ianya tersebar di dunia.
· Selain daripada perpaduan, persaudaraan dan kerjasama yang timbul hasil daripada semangat keagamaanyang murni, Ibn Khaldun rh dalam ‘al-Muqaddimah”nya memberi huraian pada beberapa tempat dalam teksnya itu kepentingan “al-‘asabiyah” atau kesetiakawanan yang positif yang menjadi syarat bagi menjayakan agama dan tamaddun dalam sejarah manusia. (sumber)

hiasan cuma


ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails