Followers

Monday, November 22, 2010

BILA SUDAH HABIS EXAM,,,APE LAGI TUNGGU??

SALAM semua..
alhamdulillah kawan tinggal satu paper je lagi (marketing) untuk dijawab pada exam sem 3 ni..

marketing ni just subjek minor buat kawan..major food technology..maybe dia ade kesinambungan antara business dan bidang pemakanan ni so thats why pihak sekolah buat macam tu..

insyaallah sabtu ni kawan akan ke masjid pekan menggatal..(markaz usaha dakwah bagi KK)..bayan hidayat (penerangan dan nasihat-nasihat sebelum keluar di jalan Allah) dan diserapkan pada jemaah-jemaah yang sedang bergerak..(owh ye baru-baru ni ade 10 jemaah dikeluarkan semasa cuti sekolah)..

plan nak kuar 40 hari mungkin tak tercapai dek kerana cuti semester yang tak begitu panjang..apatah lagi nak lepas 40 hari..




dan bila dimesyuaratkan bulan 5 nanti kawan dapat 40 hari insyaallah..keluar semenajung pulak..cuti pon lame ..nak 3-4 bulan kot..tengokla manala taw kawan henjut 4 bulan terus..huhu..insyaallah..amin..


Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam semua..alhamdulillah kawan baru je menunaikan solat sunat aidiladha di masjid universiti..
nampaknya inilah tahun ketiga berturut-turut kawan beraya jauh dari keluarga..

teringat dua tahun lepas semasa kawan still berada di zaman matrikulasi..memandangkan cuti hanya sehari dua,kawan hanya beraya di masjid jamek sri petaling..mase tu tak de teman..mujurlah ade kenal sorang member budak sabah..nama dia nasir(sekang dia fikirman kat UPM,kos Sains Pertanian)..kawan ngan dia stay kat tingkat atas masjid..sambil ulang kaji pelajaran mase dua hari kat sane..ketika jemaah sudah berhimpun untuk sembahyang sunat,kawan tengok majoriti jemaah yang datang ramai orang foreigner..orang arab,afrika,uzbekistan,eropah dan banyak lagi..mungkin mereka pelajar dari luar yang belajar kat IPT sekitar Lembah Klang tu..

Tahun lepas,kawan beraya haji di jalan Allah..kawan dalam rangka keluar 40 hari..di daerah Tuaran.alhamdulillah,meskipun berjauhan dengan keluarga kawan rasa sedikit terhibur dengan kenduri orang kampung...bayangkan setiap rumah akan membuat kenduri masing-masing..dan kuantiti makanan yang mereka hidangkan jauh lebih banyak dari kenduri orang kat tempat kawan..makanan mereka paling terkenal buras..buras ni sebenarnya makanan tradisi orang bugis..buras ni rasa dia cam lemang la,tapi dia tak dibakar dalam buluh, walaupun kampung tu di huni oleh orang-orang bajau bagi mereka tu still amkanan tradisional..alah kawan tak pikir panjang,asal sedap bedal je..

Dan kali ini,kawan beraya di bilik sahaja..tiada lontong,lodeh or apa-apa masakan spesial dari mak..just ditemani magee dan air milo..tu pon ok..sambil tu bace nota..kebetulan insyaallah esok kawan kene jawab paper Biopemprosesan..

oklah..akhir kata..jage iman jage amal..selamat haru raya aidiladha maaf zahir batin..


Monday, November 1, 2010

JORH UMS kali kedua SEM 1 2010/2011


            (gambar diatas;Rosli Baharuddin,seorang karkun hensem, antara  best student yang baru kombo dan baru balik 4 bulan ipb membuat journa sebelum bayan,beliau la yang paling tinggi jazbah,kalau ade masturat yang minat bole la kawan rekmen)

Nahmaduhu wanusolli ala rasulihilkarim..

Ahad,31 oktober 2010 pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang telah diadakan satu perhimpunan@ijtimak @jorh bagi pelajar-pelajar UMS yang bertempat di surau kolej kediaman King Fisher(KF).

Anggaran peserta lebih kurang 70 orang dengan Kolej AB menghantar peserta teramai..tahniah!(tapi kolej kawan kot yang paling sikit).Kene kuatkan usaha nih..

Berbeza dengan sem-sem yang lepas dimana jorh ni selalu dibuat di Kolej Indah Permai atau kat kolej kawan,tapi kali ni KF pula dipilih untuk jadi tuan rumah.

Sebelum jorh dibuat,seperti biasa kami khususi budak-budak..dari kutu ,budak lembut sampai la budak-budak unit pengurusan surau..respon sume ok..ye la point nak ajak cakap bab ade makan-makan  je..haha..
Juru bayan kali ni dari jemaah Sri Lanka yang bergerak selama 40 hari di sekitar KK ni..beliau (maulana) banyak menyentuh tentang tanggungjawab sebagai pelajar untuk menjadi yang terbaik seterusnya menjadi asbab hidayat pada masyarakat..dan tak lupa tentang tanggungjwab anak terhadap kedua ibu bapa..dibantu oleh penterjemah yang fasih menterjemah dan teratur susunan kata membuatkan peserta-peserta tidak jemu..(kalau da name karkun lama ade gak tertidur)..huhu..

Sebelum zohor (12 tengah hari),taskil (minta kesediaan) telah dibuka..dan ramai peserta telah bagi azam untuk keluar 20 hari atau kurang selepas exam nanti (cuti tak cukup 40 hari)..jumlah sebenar nak 30 0rang rasenyer..

Lepas zohor ade sikit lagi bayan akedemik..then..saat yang ditunggu-tunngu..ape dia?..taam la kan..
Insyaallah,kami purata student-student ums akan keluar 21 nov ngan 27 nov..kawan 27 hb..macam dalam 15 hari sebelum balik semenanjung..doakan kami semua dan seluruh alam..

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails