Followers

Wednesday, August 25, 2010

SIRI JELAJAH SABAH 2010 (bukan khuruj la)

        Alhamdulillah isnin 23 ogos ari tu lebih kurang jam 4 pagi kawan sampai semula ke kampus.kawan saja menyibukkan diri dengan aktiviti sebigini.hehe..masyaallah,mane tak teruje kalan satu sabah tanpa keluar satu sen pon.kalo tambang dari KK-TAWAU pon da nak RM 50 ++,inikan pusing total,Kudat,Kota Marudu,Sandaqan,Lahad Datu,Tawau,Kalabakan,Keningau,Tenom dan terakhir Beauford.

        rombongan siri jelajah kami ni sempena Bulan Kemerdekaan so salah satu exco MPP U kawan ni .dyorang organize la macam-macam aktiviti dan salah satunye siri jelajah sabah dan sarawak.apa matlamat dia? haha mestilah kene buat roadshow ke sekolah-sekolah sekitar sabah ni kan.

       kawan dilantik jadi kepala AJK teknikal.so ade gak la pening-pening lalat nak handle barang-barang cam
LCD,laptop,PA system..first time la kire ni jadi ajk teknikal.

      berbalik pada cerita,rombongan kami dirasmikan dengan jayanya oleh TNC sendiri,Prof Kasssim.woha,so kami berlepas dari kampus lepas zohor dan terus menuju ke destinasi pertama,Kudat..200km dari KK ..program kat kudat ialah melawat sm teknik kudat,bagi ceramah dan belah..malam tu kawan jumpe satu jemaah jalan kaki dari Kubang Bujuk..dengar cerite 4 bulan..da nak abis pon..

       esoknya bertolak ke sandakan,tapi sangkut pulak kat kota marudu (streng bas rosak).tunggu punya tunggu dalam 3 jam bas pon sampai.Jalan terus ke sandaqan ikut jalan sapinango..huhu..hidayat syeikh jalan nya.kat semenanjung kompem tak de.



Kudat ke Sandakan ni lebih kurang 400 km la(jb-kl).Sekolah seterusnya yang dilawati SMK Elopura..kat asrama diorang jugak la kitorang berbuka,minum malam sampai la bersahur.Aiseh kitorang tak sempat masuk bandar Sandakan da..sebab sekolah tu kat pinggir2 bandar..
Esoknya,jumaat 20 ogos kitorang bertolak ke Tawau..maw tak nak berjabuk dalam bas.dari pukul 8 pagi sampai la kol 3 petang.haha.anggaran jaraknya 500 km kot (johor-perak)..limpas(lalu) beberapa bandar cam Lahad Datu,Kunak tapi tak masuk Semporna..bila sampai Tawau,kawan sedikit kagum la.maju jugak.macam Kota Bharu..besar nya cam Semban..(anggaran je)..
Berbuka pose kat MRSM TaWAU..mrsm baru..kat sane ramai cikgu2 kelantan,so buke nasi kerabu la..malam nye bile abes program kat mrsm tawau kitorang pegi makan nasi lalap..sebab dengo citer antare makanan femes kat sini..rm 6..tapi puas hati la..ayam 2 ketul,telur,sambal,kobis,sup,kcang panjang dlln..mesti korang yang x penah makan blur bile nak imagine..haha..x pe gi sabah makan la..sebot je NASI LALAP..ala kat KK pon ade.
Esok gerak ke Keningau..through Kalabakan..fuh travel paling mencabar..sape yang penah gune jalan ni paham2 la..7 jam..dengan jalan yang berbatu dan berdebu..tiada R &R mcam highway kat semenanjung..tandas lagi la x de..kiri kanan hutan tebal pokok2 balak..hidayat ummat..kalo kawan tengah kua kompem menangis..jarak dia ada la cam dari JB-kemaman..fuh..cube la bayangkan korang dari joho ke ganu ngan jalan berbatu kerikil ngan berdebu..tapi yang heran drebar bas rilek je speed cam kat highway..x pe asalkan jangan rosak..haha..da macam naik kude kitorang dalam bas..ceh padahal tido da bape lap pon x taw..
Bile sampai je kat keningau punye la lege..sebab da x ber kude lagi..baw la rase jalan tar..punye la nikmat..terus ke IPG Keningau..buke sini la paling sedap..
Esok nya (ahad,22 ogos),kitorang bergerak ke Beauford..haha..da nak tamat upenyer..program terakhir kat SMK beauford 1..ok semuanya berjalan dengan lancar..bereh..jam 11.30 malam kitorang gerak balik ke Kampus..
Sampai-sampai dapat tido bape jam je,coz kol 8 da kene ade kat Dewan Kuliah..ade test..30% markah tu..bole la jawab no probs padehal mate merah cam bijik sage..
P/s:ramadhan paling slow tahun ni buat diri kawan..Allah..ampunilah dosaku yang lepas..

Enhanced by Zemanta

Sunday, August 15, 2010

FADHILAT ZIKIR

                                         syok berzikir sampai tertidur-adik bongsuku

Beberapa hadith yg menyatakan fadhilat berzikir:

RasululLah saw bersabda: Allah swt berfirman: "Ketika hambaKu mengingatiKu dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dalam suatu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yg lebih baik dari kelompoknya. Jika dia dekat kepadaKu sejengkal, maka aku dekat kepadanya sedzira'(satu lengan). Jika ia dekat kepadaKu sedzira', maka Aku mendekati kepadanya sedepa. Jika dia berjalan kepadaKu maka Aku berlari kepadanya."

RasululLah bersabda: "Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya. Diantaranya adalah lelaki yg berzikir kepada Allah di tempat sunyi lalu kedua matanya berlinangan kerana takut kepada Allah."

RasululLah bersabda: "Allah SWT berfirman: "Siapa sibuk mengingatiKu dari meminta dri Ku, maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yg meminta."

Dari A'masy, dari Abi Shalin, dari Abi Hurairah dan Abi Said al-Khudri, dari RasululLah saw, beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah swt mempunyai malaikat yg tinggal di bumi. Jika mereka bertemu dgn kaum yg berzikir kpd Allah Azza Wa Jalla, mereka memanggil: "Kemarilah pd keinginanmu." Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka di langit. Maka Allah swt berkata: "Apa yg diperbuat para hambaKu waktu kau tinggalkan mereka?" Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka dlm keadaan sedang memuji, mengagungkan dan menyucikanMu". "Apakah mereka melihatKu?" Tanya Allah. "Tidak", jawab malaikat. "Bagaimana kalau mereka melihatKu?" tanya Allah lagi. Para malaikat menjawab: "Tentu saja jika mereka melihatMu, mereka akan lebih memuji, mengagungkan dan menyucikan Engkau." Allah bertanya: "Dari bahaya apa bahawa mereka mereka memohon perlindungan?" "Dari neraka." "Apakah mereka melihat Neraka?" "Tidak." "Bagaimana seandainya mereka melihatnya?" "Jika mereka melihatnya tentu mereka akan lebih menjauhinya." Kemudian Allah bertanya: "Apa pula yg mereka cari (minta)?" Mereka menjawab: "Syurga." "Apakah mereka itu melihatnya?" "Tidak." "Bagaimana jika mereka melihatnya?" Mereka menjawab: "Jika mereka melihatnya, tentu mereka lebih merindukanya." Kemudian Allah swt berfirman: "Aku saksikan padamu bahawa Aku telah mengampuni mereka."

Monday, August 9, 2010

BERSUARA ATAU DIAM



Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.


Penerangan Hadis:

Mengenal Manusia

Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalaupun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.

Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.

Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sulit bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.

Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)


Tujuan Hidup

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)

Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan.


Riwayat: Sahih Muslim

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails