Followers

Thursday, July 1, 2010

Pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam



 2010/07/01
KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan.

Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf.

Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki).

Sumber itu berkata, bagi program lepasan SPM/setaraf, 21,032 atau 58.50 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 14,919 atau 41.50 peratus lelaki, Cina (351 atau 58.50 peratus perempuan dan 249 atau 41.50 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (205 atau 58.74 peratus perempuan dan 144 atau 41.26 peratus lelaki).

Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini.
Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki.

Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.

Katanya, bilangan pelajar perempuan mengatasi lelaki bagi permohonan dalam semua kategori kaum yang meliputi 44,305 Bumiputera, Cina (12,342) serta India dan lain-lain (4,581).

Bagi kategori Bumiputera, 68.8 peratus atau 30,471 permohonan diterima daripada perempuan berbanding 31.2 peratus atau 13,834 lelaki, Cina (62.4 peratus atau 7,701 perempuan, 37.6 peratus atau 4,641 lelaki), manakala India dan lain-lain (62.7 peratus atau 2,874 perempuan dan 37.3 peratus atau 1,707 lelaki).

Malah, bilangan calon perempuan jauh mengatasi lelaki bagi permohonan program lepasan SPM/setaraf dalam semua kategori kaum dengan Bumiputera 60.25 peratus, Cina atau 62.87 peratus dan India serta lain-lain 61.56 peratus.

Sementara itu daripada jumlah tempat ditawarkan IPTA bagi program ijazah pertama, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahului senarai dengan mengambil seramai 4,392 pelajar baru, diikuti Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717).

Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973), Universiti Malaya (UM) (2,819) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406).

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia/UDM) (881), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260).berita harian.

Targhib buat diri sendiri:
Sejak dari dulu lagi,secara mutlaknya keputusan budak perempuan lebih perform dari budak lelaki..sebagaimana yang kita tahu,budak lelaki bukan tak cerdik ataupun kata kasarnya buduh,tapi mereka telah didorongi oleh virus M (malas)..hurm,kawan pon same gak..tapi kadang-kadang la..berbalik pada cerita,sebenarnya budak lelaki ni diorang lebih advanced dari segi IQ tapi terbelakang dari segi kerajinan dan ketekunan.Padahal budak perempuan jarang-jarang dijumpai mereka yang betul-betul cerdas dari segi IQ,tapi secara keseluruhannya mereka lebih maju dari asperk kerajinan dan ketekunan..belajar siang malam,asyik stay library,bace buku pada malam hari lepas tahajud(amboi bagusnya,ni yang teruje ni) dan sebagainya..tapi tengokla budak laki,mereka memang power dari aspek ‘tangkap’ apa yang cikgu di depan ajar,tapi lingkup bila nak ulangkaji..cepat bosan dan sebagainya,,adus,kawan pun lebih kurang la..

Tapi bila kenangkan balik peristiwa setahun lalu masa minggu orentasi ataupun Minggu Suai Mesra(MSM) di UMS ni,banyak tempat duduk di dalam Dewan Canselor dipenuhi oleh mereka-mereka yang lemah gemalai ini..dan jantan jiwa perkasa tidaklah berapa..(salah kawan gak)..tapi apa yang kawan tahu masa register tu,budak lelaki yang berdaftar just 29% je dari 4 ribu.gulp..patotla dalam bas penuh pempuan,kafe penuh pempuan,library apatah lagi dan tidak ketinggalan mereka-meraka yang ingin turun berbelanja di hujung minggu ke 1 BORNEO( kalau nak tahu 1B ni port shopping dan tengok wayang terhangat bagi budak UMS) semuanya dimonopoli oleh mereka..haha..korang tengok!bukan dari segi akedemik je,bersosial pon diorang beb..hehe..

So,kawan menyeru pada diri sendiri,bangunlah budak lelaki,tunjukkan kejantanan anda..(tu je yang mampu)


p/s:budak laki kene ingat,bile da kerja dan berumah tangga...duit si suami boleh jadi untuk si suami dan isteri tetapi duit ISTERI tidak boleh jadi duit si suami..pesanan ni dibuat kepada pelajar lelaki kuliah Hayat 2  sesi 08/09 daripada Mr Shatri,otai mathematics KMNS..

2 comments:

farid said...

plajar laki2 perlu disuntik virus K...iaitu virus karkunism, insyallah slamat dunia akhirat.

misbah sobah said...

benar...huhu

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails