Followers

Thursday, July 29, 2010

SIAPA MAHASISWA DINAMIK ACUAN AGAMA?

kenapa banyak kita jumpa slogan-slogan ni kat kampus kita,ataupun jika kalian yang membaca artikel ni bekas pelajar-pelajar universiti pasti ingat lagi ekk..ade satu kes ni..

Kita  sering diwar- warkan sebenarnya kita telah memasuki satu alam transformasi dari zaman persekolahan mahupun matrikulasi kepada satu alam yang memerlukan anjakan drastik samada mempunyai kredibiliti 'soft skill' contohnya terer berucap di khalayak ramai,berhujah,berdebat soal dasar-dasar auku,memimpin persatuan dan gerakan underground seterusnya masuk pilihanraya kampus samada Pro-A ataupun Pro-M ataupun malas nak pikir panjang-panjang korang pon jadi bebas...Hahaha..(kan senang)

Lalu korang pon terkesan lagi dengan cerite menarik senior-senior yang dengan bersemangat suruh join pape program untuk stay kolej pada sem-sem akan datang..nak mudah cakap jadi mahasiswa dinamik dan aktif!

Yang bekas-bekas ajk kerohanian di zaman sekolah ataupun matrik mahupun poli ape lagi terus join student islamic association or kat kampus kawan gerakan 'x' dengan harapan dapat menjadi mujahid dan mujahidah yang berjuang di landasan Islam bertunjangkan Al-Quran dan Hadis..(fuh ayat x bole bla)
Apatah lagi akak-akak dan abang-abang senior gune slogan puitis "kearah mahasiswa progresif wadah revolusi Islam"..

Ape lagi seronok bkan main sebab dapat kawan baru yang sangat alim,kaki dalil,kopiah rm49 yang ade lambang kat tepi,penah ikut demo dan sebagainya..tambahan lagi kenalan-kenalan baru yang sememangnya seorang kaki internet islamik yang banyak mengeluarkan artikel-artikel menarik buat tatapan pengunjung..
wow!macam best..

..
lalu  nampak pulak ramai siswi yang bertudung labuh bak kata pepatah sejuk mara memandang..ceh..yang mamat ni boleh berangan lagi nak 'baitul muslim' bila da jadi tahun 3 nanti..ada azam?bagusla kot..
mamat ni pon ade intention selain nak join persatuan,nak jadi AJK jugak!!haha..ye la kan best dapat jadi amir persatuan,orang kenal,waro',siswi alimah ramai kenal..wow sekali lagi..

selain tu juga,dapat banyak artikel berkaitan agama dan memandangkan korang sebagai ajk,so kene la jadi tukang tampal kat blok-blok asrama,bus stand,masjid surau dan juga sebelah kafe..(dengan harapan arikel yg ditampal dapat menyedarkan mahasiswa-mahasiswa yang dilambung ombak dunia)..
hui,sekali imbas,korang pon cakap,akulah jundullah!!wow kali ketiga!

bila kemana-mana pakai jaket yang kat belakangnye tertera persatuan mahasisawa xxxxx..pergh orang tengok kompem cakap,inilah dia mahasiswa islamik harapan negara..lalu ko pon dengan 'zuhud' nye tundukkan pandangan..ye la kan,ade muslimat gak la tengok!!!

kejap-kejap!baik kwan tukar dari korang ke mamat..tak la rasa bersalah sangat..

Jadi bila korang@mamat ni semakin lama join macam-macam aktiviti,kepala dia@korang semakin ligat dengan semangat jihad dan kalau boleh on the spot nak pergi Palestin.Dalam laptop punye la banyak e-book islamik.Macam - macam tokoh ade,yang da syahid,yang meninggal dunia atas pembaringan mahupun yang still hidup lagi berjuang atas dunia yang fana ini ataupun nak sedapkan ayat lagi dunia caca marba.
Belum lagi tengok kat rak-rak dalam bilik dia,fuh lagi kaw.Siap tukar-tukar lagi ngan member satu jemaah.Silibus-silibus usrah pun banyak yang da khatam.Alhamdulillah la kan.Setakat mazayakni....siap bole kupas satu-satu rangkap.Wah untungnye anak sape la tu ekk??

bila mamat ni da naik syeikh mentang-mentang la da nak jadi presiden gerakan sauh kapal.dia pon ade satu feel yaktu suke tengok salah orang.Lebih-lebih lagi kalau ade mane-mane yang individu yang tak satu kepala.Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang bermanhaj lain.Kire mamat ni ade sifat assobiyah la kan.Istighfar tuan..

tibe-tibe rase nyampah pulak bila tengok ade segelintir budak-budak lain buat usrah cap lain.so,kene ikut usrah cap sauh kapal yang totally bagus cap dia..apatah lagi tengok budak-budak yang membuat usaha ziarah bilik ke bilik..peh,apa barang..selamba badak je tuduh usaha ziarah tu berasal dari usaha missionary (astaghfirullahalazim) sebab mamat ni penah bace buku karangan elders-elders beliau yang mengatakan cara itu milik missionary dan tidak relevan dengan mase..

pergi tamrin,muktamar da biase,muwasafat tarbiyah jadi pegangan,tapi nak gi semayang berjemaah punye la susah..kenape ekk?..adus susah nek beliau cerite,tapi kalau ostat-ostat bagi kuliah yang ade unsur-unsur politik or menghentam individu lain bukan main suke lagi..hehe..silap resolusi kot..ye la kan,solat dhuha seminngu sekali,turun subuh pon seminggu sekali,qiamullail 2 bulan sekali..hurm..
melalui aktiviti-aktiviti 'kemahasiswaan dinamik cara islam' akhirnya mamat ni telah terperangkap jua,..bab cinta ngan muslimat waro,jawatan,of course la study sumenye lingkup..
menyesal akhirnya..

tak salah kalau kite nak aktif sampai matlmat mahasiswa dinamik tercapai,tapi kita sering memandang remeh kepada benda yang sepatutnya dipandang tinggi cam semayang berjemaah dan paling mudah mengamalkan sunnah-sunnah nabi dari segi penampilan;bela janggut,cukur misai,isbal,amalkan bersugi,minyak wangi..apatah lagi sebagai student yang membawa imej agama Islam yang mulia..aspek pelajaran perlu kita tekan kerana pelajaran adalah dakwah yang utama bagi mahasisawa..ni usrah sampai berpagi-pagian,kelas tinggal..tak manis la kan.so mane pegi aulawiyatnya wahai sang mahasiswa??

kita perlu memandang tinggi usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh rakan-rakan yang lain walaupun kita tidak berada dalam usaha yang sama bukan menjadikan mereka target-target atas alasan tidak sama-sama duduk satu halaqah..mahaupun tak satu fikrah..

jauhilah cinta-cinta islamik dek hari-hari tengok movie KCB sebab kita akan menabur putik-putik fitnah kepada mereka-mereka yag baru nak dekat pada agama yang mulia.Carilah kebenaran bukannya kemenangan.dan paling penting,jangan terlampau syadid...coz it is poisonuos..

jadi pikir-pikirkan lah..gambar kat atas tu setakat hiasan.x mewakili mana-mana badan.

p/s:ade sorang member ni dia cakap kat kawan,’aku nak jugak jadi mahasiswa yang dinamik2 ni,tapi TNC reject plan aku la..baw nak aktif sikit tak bole..haha”






Saturday, July 17, 2010

KIMCHI

Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemeraman yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untunk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Sejarah

Kimchi mengalami diperam dalam gentong
Sayuran masin berwarna hijau merupakan bentuk awal kimchi sewaktu cili belum dikenali di Korea. Setelah dicampur dengan garam, sayuran dimasukkan ke dalam bekas tanah liat setelah diberi garam dan diperamm di dalam tanah sebagai persediaan makanan sewaktu sayuran segar tiada ketika musim sejuk. Orang Korea mula mengenali cili ketika pedagang Portugis dari Jepun yang datang ke Korea pada abad ke-16.
Pedagang Portugis menyebarkan cili ke seluruh dunia. Kapal-kapal Portugis berlayar melewati Tanjung Harapan di Afrika hingga ke India pada tahun 1498. Kemudian, cili yang berasal dari Amerika Selatan dibawa ke Asia melalui pelbagai pelabuhan di Afrika atau terus menyeberangi Lautan Pasifik. Pada tahun 1500-an, pedagang Portugis sudah berdagang di Tanah Melayu dan cili dibawa ke China beberapa tahun kemudian. Pedagang Portugis sampai di Jepun dan Korea pada tahun 1549. Filipina mula mengenal cili pada tahun 1564 oleh perdagangan kapal Sepanyol yang membawa cili ke kepulauan Melanesia dan kawasan Mikronesia.
Resepi sayuran dan labu masin sudah dimuatkan ke dalam buku resepi terbitan tahun 1670, tetapi tidak menggunakan cili. Dalam catatan sejarah abad ke-17 ditulis tentang 11 jenis kimchi, sedangkan cili sebagai bahan kimchi mungkin baru terkenal bertahun-tahun kemudian (menurut perkiraan 200 tahun kemudian) [1]. Sebelum abad ke-19, kimchi hanya dibuat dari sayuran asli Korea kerana sawi putih berkemungkinan besar tidak dikenali di Korea hinggalah abad ke-19[2]
Kimchi adalah makanan terkenal di China dan Jepun. Kimchi versi Jepun sudah disesuaikan dengan selera tempatan, kurang pedas dan lebih manis.

Kesihatan

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah.[1] Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.
Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.[2]
Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

SIHAT CARA ORANG KOREA

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN



KIMCHI dianggap makanan terbaik di dunia kerana memiliki lima elemen penting yang diperlukan oleh tubuh.



PADA usia 76 tahun. Dr. Muhammad Kim masih aktif melakukan rutin senaman pagi dengan berjoging sekurang-kurangnya dua kilometer setiap hari.
Selesai beriadah, Muhammad bersiap-siap untuk ke pusat perawatan tradisional miliknya yang terletak di Kelab Golf Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk memenuhi temu janji dengan pesakit-pesakitnya.
Sebelah malam pula, adakalanya bekas pegawai tentera berpangkat kolonel dari Seoul, Korea Selatan ini perlu menghadiri majlis rasmi melibatkan ekspatriat Korea.
Padat dengan jadual seharian, lelaki bertubuh kecil tetapi bertenaga ini tidak lokek berkongsi tiga rahsia untuk memiliki kesihatan yang sejahtera.
“Saya bersenam, mengambil herba ginseng dan makan kimchi hampir setiap hari, itu rahsia kecergasan saya,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di pusat rawatannya baru-baru ini.
Muhammad menjelaskan beliau sangat sukakan aktiviti yang mengeluarkan peluh terutama joging.
“Setiap pagi saya akan berjoging selama sejam. Sekiranya hujan, saya tidak menolak untuk keluar bersenam.
“Saya akan berjalan kaki dengan memegang sekaki payung,” katanya.
Ramuan wajib
Mengagumi khasiat ginseng yang dianggap sebagai penyumbang kesihatan dan awet mudanya, Muhammad bagaimanapun mengamalkan rutin mengambil serbuk ginseng secara tidak berlebihan.
“Saya ambil sedikit demi sedikit selang beberapa hari untuk membantu peredaran darah yang lebih baik,” akuinya.
Di Korea, ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.


GINSENG merah ini melalui proses rebus dan pemanasan selama empat.



Terdapat lima negara yang memiliki ginseng iaitu Korea, China, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat namun penghasilan ginseng secara komersial di Korea menjadikan ginseng dari negara tersebut sebagai yang terbaik.
Bahkan, para pengkaji menyifatkan ginseng Korea adalah lebih berkhasiat kerana ia tidak pernah dipalsukan seperti ginseng China.
“Sejak dahulu lagi, budaya masyarakat Korea dan ginseng sangat rapat malah setiap hari rakyat Korea akan mengambil ginseng. Tidak hairanlah, Korea mendapat jolokan ‘Negara Ginseng.’
“Tradisi ini turut diamalkan sehingga hari ini. Bahkan bagi sesetengah orang, ginseng adalah ramuan wajib dalam masakan Korea supaya makanan lebih berkhasiat, contohnya sup ginseng dan telur goreng,” kata Muhammad.
Tambahnya, belum ada kajian yang menyatakan khasiat ginseng sebagai penambahan ghairah seks lelaki.
Sebaliknya amalan mengambil ginseng sama ada dalam bentuk pati, serbuk, teh dan lain-lain bertujuan untuk menjaga kesihatan.
Ajaib
“Dalam satu kajian oleh para doktor antarabangsa, pengambilan ginseng secara konsisten mampu mengurangkan risiko Alzheimer, menangani kencing manis, mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan menguatkan sistem imunisasi badan.
“Malah, ginseng juga banyak digunakan untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental, memberi tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kolesterol dan mencegah penyakit kanser,” jelasnya yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman menggunakan ginseng.


Ginseng yang berusia enam tahun sudah boleh dituai dan diproses untuk dijadikan makanan .



Mendapat jolokan ‘Herba Ajaib Dari Timur’, pengkaji Rusia berpendapat tumbuhan yang dianggap sempurna ini boleh menormalkan tekanan di saluran arteri dan berkesan dalam mengubati tekanan darah tinggi mahupun darah rendah.
“Ginseng adalah alternatif terbaik untuk melancarkan peredaran darah sekali gus meneutralkan asid dalam darah,” ujar Muhammad yang merupakan pakar akupuntur dan gingseng bertauliah.
Tidak hanya diambil sebagai makanan kesihatan, pemilik nama saintifik Panax yang bermaksud tubuh manusia itu turut dijadikan sumber kajian di Institut Kajian Universiti Nasional Seoul dan berfungsi sebagai agen penyembuh kanser serta diabetes di Hospital Pusat Kanser Korea.
Selain mengambil herba ginseng, Muhammad turut mengamalkan memakan makanan tradisional Korea iaitu kimchi yang disifatkan makanan terbaik di dunia.
“Saya selalu percaya pada prinsip makan sedikit dan berjoging sejam setiap hari.
“Saya juga memastikan makanan yang diambil perlu memiliki lima elemen penting iaitu manis, masam, masin, pahit dan pedas.
“Sebab itu, rakyat Korea amat menggemari kimchi dan memakannya setiap hari dalam saiz sederhana,” ujarnya yang mengelak untuk mengambil nasi lemak dan roti canai.

DIREMBAT DARI AKHBAR KOSMO..

ulasan:
kepada penggemar drama atau filem korea,janganlah setakat meminati hero dan heroinnya sahaja,malah makanan mereka juga perlu minat woo!! 

Wednesday, July 14, 2010

KAIN @ SELUAR ATAS BUKU LALI


Sumber asal dari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Tentu masih ramai di antara kita yang mungkin tidak mengetahui bahkan mungkin juga sama sekali tidak pernah mendengar perkataan "Isbal". Atas sebab tidak tahu dan tidak pernah mendengar itu jugalah, ramai dari kalangan kaum lelaki muslim yang tidak mengendahkannya. Sekaligus tidak mengetahui bahawa ia merupakan suatu perbuatan yang terlarang dari sudut pandangan agama. Malah sudah menjadi trend (budaya), bahawa isbal adalah suatu bentuk wajah masa kini yang barang siapa tidak melakukannya, maka akan kelihatan seakan-akan ketinggalan zaman dan tidak moderate.

Dari itu, tulisan kali ini akan sekali lagi mengupas isu berkenaan isbal dari sudut al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih serta berpandukan kefahaman para ulama bermanhaj Salafus Soleh.
Maksud Isbal: المسبل إزاره هو الذي يطول ثوبه ويرسله إذا مشى

Maksud: Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari'at (melebihi mata kaki), dan perkara tersebut tidak terhad kepada isbal dengan niat sombong. Apabila membahaskan berkenaan fenomena isbal ini, para ulama sebahagiannya mengklasifikan di antara hadis-hadis yang menyentuh isbal dengan disertai kesombongan dan juga perbuatan isbal yang tidak disertakan dengan niat sombong. Dengan itu, untuk membolehkan para pembaca dapat melihat hadis-hadis tersebut dengan lebih baik berdasarkan perbahasan yang dimaksudkan, maka di sini diletakkan dua sub-tajuk yang membawakan hadis-hadis tersebut berdasarkan pembahagian di antara isbal dengan niat sombong dan juga isbal tanpa disertai niat sombong.

Isbal Tanpa Niat Sombong

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
Maksud: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa beliau berkata: Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341) Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab: بَاب مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ


وعن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بحجزة سفيان بن أبي سهل فقال يا سفيان لا تس إزارك فإن الله لا يحب المسبلين
Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata: Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564.
Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/88.Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan Ibnu Majah, 8/74, no. 3574. dan Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)

عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ عَاصِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ الشَّرِيدَ يَقُولُ أَبْصَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَأَسْرَعَ إِلَيْهِ أَوْ هَرْوَلَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَإِنَّ كُلَّ خَلْقِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ فَمَا رُئِيَ ذَلِكَ الرَّجُلُ بَعْدُ إِلَّا إِزَارُهُ يُصِيبُ أَنْصَافَ سَاقَيْهِ أَوْ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ
Maksud: Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata: Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya: "Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala". Maka orang tersebut pun berkata: "Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan". Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap menyatakan: "Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah bagus". Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)

Daripada hadis ini, ia turut menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam datang menegur kepada pelaku isbal tanpa menanyakan terlebih dahulu sama ada si pelaku itu melakukan isbal dengan sombong atau pun tidak. Tetapi, apa yang jelas dari zahir hadis tersebut adalah, Nabi terus sahaja menegurnya supaya meninggalkan isbal, biar pun si lelaki tersebut telah memberikan alasan.

ulasan:
teringat zaman tengah josh dulu..(^_^)

Friday, July 9, 2010

CORETAN SI TABLIGH YANG JAHIL (KESINAMBUNGAN ENTRY LEPAS)


Assalamualaikum….penulis rasa terpanggil utk berkongsi coretan sbg kesinambungan dari coretan sahabat seperjuangan yg menyebut nama penulis dlm entry blog beliau….sayalah hamba Allah, yg dimaksudkan dlm entry yg lepas….alhamdulillah, Allah swt masih sudi utk mentaufiqi penulis utk hidup n bernafas dalam keadaan iman dan islam.. rasa segan la plak bile kisah silam penulis diceritakan balik oleh junior Smka dulu….penulis pun rase terpanggil utk bercerita pengalaman penulis semasa blajar kt sekolah tu…

sebenarnya penulis dihantar ke sekolah agama pasal kenakalan penulis…penulis ni mcm black sheep of the family la….kene tgkap polis la, belasah anak org la, ponteng la…..n mmg betul, penulis adalah hip hoper terhebat di rantau penulis…. huh, segan nk tulis lagi….oleh kerana kehidupan yg masih tak terkawal, ibubapa penulis mghantar penulis ke SmkaBP, sbg langkah berjaga2 sblum nasi jd bubur….minggu pertama penulis di sekolah tu, dipenuhi jemputan2 breakdance oleh senior2…seingat penulis, skill penulis yg paling gempak adalah headspin without using helmet. huh, mmg famous la penulis mase tuh…sampai atas stage dewan Alfalah la penulis menari.. dipendekkan cerita, abg2 PRS mase tuh mmg panas la dgn penulis…so penulis di”brainwash” oleh mrk…mase tuh penulis rase nk flying kick je sorg2…rase nk panggil je back up penulis yg rata2 stay sekitar Adela…rase dh hebat sgt la mase tuh… dipendekkan cerita lagi, penulis ni mmg seorg yg jahil…xtau solat..xpandai bace quran,..yg penulis tau penulis adalah seorg islam yg dh berkhatan….hehe..

Segala pujian bagi Allah swt, zat yg dgn rahimnya, telah mengutip penulis dari dunia dosa dan kejahilan dgn menyuluh hidup penulis dgn cahaya hidayahnya..sekali ruangan telinga penulis diperkenalkan dgn perkataan dakwah tabligh, maka terus terbayang di akal penulis satu golongan manusia ala- ala padang pasir, yg buang dunia, selekeh, tinggal anak bini, kotorkan masjid…ini semua hasil tarbiyah sonsang org2 kampung penulis…suatu malam, penulis didatangi mmbr satu batch, mustaqim sukor yg telah dakwah penulis…mase tuh penulis xphm satu ape pun yg die ckp…yg penulis harap mase tu die akn bhenti ckp, so penulis boleh tido…hari2 sebelum penulis tido, die akn datang dakwah penulis dulu…


selalunye lepas asar penulis lihat die n sorg lg senior, abg feroz akan dduk berdua n menulis sesuatu pd buku..hari demi hari, penulis tgk makin ramai yg join halqah tu…n pada waktu malam makin ramai kwn2 yg jmpe n dakwah penulis…huh, rimas sungguh..penulis mmg xsuke dgn diorg ni..mcm bagus je…tp mmg diorg baik2 pun…keegoan penulis menafikan segala kebaikan pada diri mereka..satu hari selepas asar, dgn merangkak-rangkak, penulis cube bace quran, slh seorg dr mereka mngajak penulis dduk dlm majlis ta’lim..penulis rase segan tersipu-sipu..alamak! abg feroz dh pandang aku, nnti xpg kene marah plak…tp bile penulis dduk je majlis tuh, subhanallah, tenangnya hati sehingga nk menitis air mata penulis..bile menjelang magrib, pertama kalinya penulis menangis bkn sbb kene pukul dgn ayah, tp kerna nur hadith nabi saw yg penulis dgr masa majlis ta’lim..buat pertama kalinya penulis menangis dalam solat..

Setelah setahun penulis buat usaha tabligh, ketika penulis melangkah masuk ke surau, terkenang di hati penulis, bahawa kali pertama aku pandang halqah mesyuarat tu, hanya ada 2 org, iaitu abg feroz n mustaqim..tp skrg dh mencecah 200 org..subhanallah…hari demi hari program harian disusun mengikut tertib dakwah pelajar…selepas isyak, ade halqah mesyuart harian,..utk bentuk kerja dakwah dan khidmat pada esoknya. Khidmat yg jadi rebutan adalah khidmat tandas..psl semua nk blajar buang sifat sombong dan keakuan..josh!!!...lps asar ade ta’lim fada’il..n ade dakwah door to door…

smpai satu ketika semua dom aspura ade jemaah dakwah khususi ni…xtau nk masuk dom mne..last2 penulis terpaksa tunggu org dpn tandas…sape keluar je tandas, terus kene dakwah…gengster ke, mat lembut ke, KP ke..semua kene dakwah..hehe, josh!!!..hari rabu ade ghast n bayan..n tiap2 bulan keluar 1hari…akhir tahun wat jorh(perhimpunan), n keluarkan jemaah sebyk mungkin..jorh dikendalikan jemaah tasykil setiap form…masyaAllah…pengaruh jemaah ni mmg kuat..kebyakan org2 kuat semuanyer best student..mase penulis form 3, hampir semua keluar jalan Allah.kelas kitorg kelas harapan sekolah...sebelum PnP bace quran n sorg akan bagi zihin…ustaz ustazah pelik je dgn kelas kitorg, bile masuk je, macam tenang je tgk muka kami tanyalah ustazah bahasa arab kami, smpai beliau pun berazam utk keluar jalan Allah swt.. Ade jgk ust2 yg x suka dgn usaha ni..ade yg kate bidaah la, gnaggu pelajaran la, jahil la…

penulis jgk pernah rase ragu2 dgn usaha ni apabile ramai ust n ustazah pandang negatif, tp penulis pujuk hati sendiri..”ko kenal islam dgn jalan ni, n ko mesti mati dgn jalan ni”..josh!!!. mase tu kami terdidik utk mhormati org alim..kami x mnentang mrk..bahkan kami hormati mrk…mrk kenal kami bkn sbb pakaian kami, atau ape2 sbb lain..tp pasal hubungan baik kami dgn mrk..kami lah yg khidmat mereka, smpai mrk kenal rapat dgn kami…mase tu KP pun wat usaha tabligh, Aman ali khan name die..bile ust bg kuliah kt surau, diorg tgk kami join jemaah tabligh…xleh ckp ape la ust2 ni..nk kate salah, kami ni anak murid kesyangan mrk.hehe..mase tu sape2 ust yg kutuk jemaah je, terus kami ziarah n bg hadiah….lame2 ust2 yg xsuke tu diorg pusing ckp diorg..ust2 kate, klu xde tabligh, hancur sekolah…mane tak nyer, pernah sekali sebelum usaha ini dihidupkan, penulis pg ke surau waktu magrib, xde sorg pun dtg..bile penulis masuk bilik imam, 2 3 org senior tgh tgk TV..innalillah..mase tu tahi cicak lebih byk dari jemaah yg dtg surau…

tp bile usaha dakwah dibuat, Allah ubah segala galanya..shingga hampir 24jam ade saje jemaah dlm surau..n penulis pernah rasai malam di mana ramai yg iktikaf..dan penulis mendengar suara tangisan mrk2 yg bangun tahajjud yg menangis utk umat ini….ramai yg jd hafiz quran dan alhamdulillah, penulis adalah sebahagian drp mereka..subhanallah… Hasil tarbiyah inilah, penulis teringin utk jd spt sahabat2 nabi saw…jd ulama n hafiz alquran…pernah suatu hari masa penulis form 4 , sahabat seperjuangan( Khaanaz Anz) yg cerita ttg diri penulis,.. tegur jubah yg penulis pkai cantik..n mintak izin penulis utk pinjam bawa pg mekah utk tunaikan umrah..penulis pun amk kesempatan mintak shabat penulis ni doakan spy Allah terima doa penulis utk jd ulama, doctor n hafiz quran..alhamdulillah berkat doa bdk josh cm beliau, 2 permintaan penulis dimaqbulkan Allah..

penulis ditaufiqi Allah utk menghafal 30 juz quran n sekrg tahun kedua kuliah perubatan di sebuah uni. tempatan..tp hajat penulis nk jadi ulama x kesampaian,,,jd ular dalam semak pun jadilah..alhamdulillah.. Inilah manfaat kerja dakwah..dgn dakwah tidak mustahil akan lahir seorg alim walaupun dari benih seorg yg jahil…tp tanpa dakwah tidak mustahil akan lahir seorg yg jahil walau dari benih seorg yg alim…Allah swt tidak akn islah ummat ini, selagi ummat ini tidak buat keputusan utk islah diri mereka…atas maksud itu, setiap dari diri ummat ini, perlu bangun dgn kerja dakwah, kerja yg diamanahkan oleh nabi saw…

setiap dari diri ummat ini bertanggungjawab di atas setiap titisan darah nabi saw, yg telah tumpah kerana kerja ini..dgn perantaraan pengorbanan, Allah akan bentuk iman yg sohih, dan amal yg soleh dalam diri ummat ini..dan Allah berjanji di dlam alquran(annur-55), bahawa Allah akn jadikan merka yg beriman dan beramal soleh, sebagai khalifah di atas muka bumi ini..kini pemerintahan dunia dikuasai oleh org2 kafir, kerna org2 islam telah tinggalkan kerja ini…atas maksud tu, saya, tuan2 dan seluruh ummat ini, perlu bertaubat dan bangun utk sungguh2 buat pengorbanan utk agama Allah swt..

ulasan: penulis entry diatas adalah member kawan yang dimaksudkan dalam entry lepas.Beliau menceritakan sedikit sebanyak kisah kehidupan beliau,dimana bukan sahaja si KHannaz Ann sahaja yang mengagumi,malah ramai daripada pelajar-pelajar SMKA BP.Hidayat ya Allah,

Wednesday, July 7, 2010

USAHA AGAMA DI SMKA BANDAR PENAWAR

AGA
 Kawan dapat satu mesej kat fb kawan,dari member lame juga merupakan seorang pikirman time sekolah menengah dulu,dengan dia juga Allah jadikan beliau asbab bagi kawan  membuat usaha suci murni.Kepada rakan-rakan yang membaca entry terbaru kawan ni,bacalah dengan minda terbuka..

Khannazz Anz 06 July at 15:58

tibe2 Allah mengingatkan aku mase aku baru masuk smka bandar penawar,taun 2004,mase tu aku tga semangat gile nk blaja Agama.....bila masuk sekolah tu,rupenyer ramai dak tabligh r...yg boy r....gurlz x....aku lak mase tu dalam atie ni tga kuat pas n keadilan walopun ramai orang pas xsuke gn tabligh bukan sb ape,sb tabligh x undi dy,tabligh hanya wat politik Nabi yg Allah ceritakan d akhir juz 8...buka sendiri r ngk....tu masing2 r...tp ad gak org tblgh kuat pas.....bez gak r aku masuk skola tu....ada usrah,ada bace ma'thurat,sb pengetua smka tu us sakijan muri tu kuat abim n mgkn bekas arkam n mgkn aktivis anwar ibrahim,,,,,,,jd smka tu ada program ala-ala ikhwan muslimin punyer mahhaj r....tp majoriti dak nyer da sebati gn tabligh nyer usaha,mesyuarat untuk fikir umat tiap2 hari lepas prep,taklim lpas asar,khususi dakwah pintu ke pintu,individu ke individu hari2,gash hari rabu,6 sifat sahabat muzakarah hr ahad,muzakarah adab n sunah hr sabtu n kuar 1hr tiap bulan....

mase tu senior2 aku yg tabligh baek sgt.....akhlak mulia sgt....sampai ustaz,ustazahpun xleh kutuk dak tabligh kat skolah mase tu sb bez student bnyak yg kuat tabligh,,,,,ada sorang senior ni,nme dy SYAFIQ OSMAN skrg da AL Hafiz da tp ntah la hdp lg k x,lme aku xdgr kabar....dy mg bek r....bayan@ceramah dy peh mane buku ntah apa dy bace,semua tajuk ada je cerite dy,dy ni dulu bekas kutu sampah,budak hip hop yg pakai sluar mcm nk terlondeh tu....bila dy masuk smka tu dy dapat hidayat bila di dakwah oleh sorg senior ni nme mustaqeem sukor pun da Al Hafiz skrg ni kat Darul Quran,jd si syafiq ni berubah twus 100%.....dgn berkat didikan orang tabligh yg orang ramai tuduh jahil,bodoh,selekeh tu dapat merubah khdpn dy shgga kini da jd hafiz Quran.....

bodoh2 si tabligh tu dapat gak jd asbab hidayat sampai si kutu sampah tu pun jd hafiz.dy ni suke crita gn aku,sekali tu tga lepak2 kat surau smka,dy crita ada sorg member dy ni,kutu gak,tp lg setan r...mbe dy dak skin head,pale botak mcm upin ipin,,,dak ni mg kaki arak,bohsia,hidup dgn disko,mg setan giler r.....tp umo mude ag...bese r...setan mude2 mane pg skola....ade sekali,orang tabligh yg orang kata jahil tu,yg orang kata si selekeh hina tu tga wat dakwah,tibe2 jumpa si budak ni...apa lagi,tanggal r telinga ko kene ceramah free.....tp dak tu tak lari pun...dy dgr je.....dy suke sgt.....dy ni cerita Nabi pun xpna dgr sb bapaq dy pun jenis wat hal sendiri...Islam tp mgucap pun x tahu....tu lah penting nya dakwah rumah ke rumah ni,individu ke individu ni,kalo kite dakwah pakai tv@majalah je,bukan smua orang tgk tv n bace majalah,,,,

kalo kite jumpe mnsia,baru la kite dapat tahu ada lg orang Islam yg xpandai mengucap,kita ni taw nak kata tabligh tu bodoh je,xg dakwah orang kafir,sibuk2 nak dakwah orang Islam,dy kan da Islam wat pe jumpe lg....tp dah kalau orang Islampun xreti mengucap,ape kehal ko,,,,yg ko taw kerajaan,ekonomi,negara...tu j dalam otak ko...orang xsolat,xpandai mengucap ko x pk......sibuk memanjang pk kerajaan,ekonomi,negara smpai solat pun dah x brjemaah,subuh pun da xbgn.....apa r matlamat hidup ko.....ko xtaw ke maksud hidup ko,kenape Allah hantar n lahirkan ko kat dunia ni...ko xmalu ke gn ALLAH...

pastu budak tu pun bg azam nak keluar Jalan Allah 3hari....bila dy keluar,baru dy kenal Agama,dy seronok jadi Islam,pdhal dr dulu lg dah Islam tp dy kata dy ngk orang Islam asyik kutuk mengutuk je...orang umno kutuk orang pas,orang pas kutuk orang umno....dy ingat Islam mcm tu....jd dy xsuke r,,,bek jd skin head,xpayah kutuk sape2.....kesian orang mcm ni,di sebabkan kesalahan kita kutuk sesama Islam,orang Islam pun jauh dari Islam,apatah lagi orang bukan Islam,mcm mane kita kata saya pejuang Islam sedangkan kita penyebab orang jauh dari Agama...dak tu pun dgr taklim,seronok nyer dy kata,dy xpernah kenal n dgr pun name sahabat ni n xpernah taw pun apa tu sahabat Nabi....lame kelamaan,si tabligh yg di tuduh jahil td cerita gn dak ni tntg Agama,jamu dy makan...dy kata tenang sgt hati dy......dy pun azam untuk pergi 40hr pulak......bile balik,dy dah jd karkun(pemikir@pekerja Agama).hari2 dy wat dakwah,lagi2 pegi jumpe kawan2 dy yg botak mcm upin ipin....

ibu dy dah meninggal....ayah dy je yg ada...ayah dy baru dapat taw yg dy ikut tabligh,amal sunah Nabi n jage solat jemaah...ayah dy mara sgt....hari2 cerita tentang buruk orang tabligh....orang tabligh mcm ni r...mcm tu r.....smua xkene....pdhal tu org tabligh bukan apa yg tabligh bawa n ajarkan....jgn la ikut org tabligh tu tp ikut apa yg dy bawak,Quran Hadis....

pelik ek,ada gak bapak yg bodoh nak mampos mcm ni,dulu ank dy setan,skrg da jd malaikat,dy xsuke,alasan dy sb tabligh.....si tabligh jahil tu r yg tebal muka susah payah pg jumpa ank dy sampai anak dy brubah,bkn ustaz2 yg duduk belakang microphone,dalam aircond,tidur tilam tebal,kereta besar2,cukup bulan amek gaji...org xsolat k,xpndai mengucap k,xknal Quran k,apa aku peduli...aku da wat dakwah dalam masjid n tulis dalam majalah tntg Agama...cukup la..dah tu kalo orang xpg masjid,mcm mane nak tahu Agama,lg plak tu masjid cuma aktif waktu solat 5 waktu je,lepas isyak siak pun tutup masjid,kalo dy xbce majalah mcm ne,lgpun dak skin head mane nak bace majalah Agama.....

dakwah bukan terhad...bukan hanya dalam masjid n majalah jer.....hari2 bapak dy membebel n kutuk tabligh sb dy dgr dari sorang ustaz pas ni yg tabligh xbagus.....dak ni bukan dak baik tp dy baru nak berubah jadi baik,jadi hati dy belom kuat,hari2 kene bebel,sape tahan telinga....buat jahat dulu,xkene bebel...wat baik kne bebel...

satu hari budak skin head ni tension sgt da xtahan n lari dari rumah.....duduk kat taman bunga nak tenangkan fikiran...tibe2 datang sekor missionary(mubaligh kristian) jmpe dy nak cakap apa ntah kat dy,ayat ape ntah dy hushar....twus dy ikut....skrg dak tu dah hilang,ntah dalam malaysia k luar negara sedang sibuk berdakyah mengembangkan Agama kristien.....bapa dy hari2 nangis n menyesal dgn sikap bodoh nk mampos dy tu......seram je aku dgr crita ni...semoGa Allah bagi taufiq pada Aku n slmtkan aku n smua umat dr jd mcm dak ni.....smoga Allah buka balik pintu hati dak tu untuk terima Agama Islam sblm dy mati.....amin... 
ulasan:
SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi Johor,satu sekolah jenis SMKA yang salah satu matlamatnya bagi melahirkan generasi ulul albab di mana dapat menjadi seorang ulama yang bukan sahaja mahir dari aspek duniawi,tetapi juga ukhrawi.

Bila kawan mendaftar masuk sebagai pelajar baru,rasa sedikit terkejut dengan cara dan style pelajar-pelajar lelakinya di mana mereka ini ada sedikit perbezaan dari budak-budak SMKA kebiasaan.Sebab mereka ni ada fikir dan usaha untuk menghidupkan sunnah nabi dari aspek surah (penampilan),sirah (jalan hidup) dan sarirah (fikir risau).

Merekalah yang digelarkan orang ramai sebagai jemaah tabligh.Masa tu kawan agak-agak janggal kerana mereka ni sebagaimana yang disebutkan dalam entry diatas mempunyai banyak 'extra X' contohnya akhlak mulia,perform pelajaran (10,11,12A keatas dalam setiap ujian besar menjadi perkara biasa),handsome,digilai perempuan,banyak menghasilkan teori sains dalam P&P dan banyak lagi.Seringkali juga nama-nama mereka disebut-sebut oleh guru-guru dalam ceramah mahupun dalam P&P.

Merekalah yang mula-mula mengajak saya berbual bila sahaja saya selesai mendaftar,dan membuatkan saya agak gembira.Memang benar ramai dari mereka mempunyai latar belakang hidup yang agak dahsyat tetapi Alhamdulillah telah berubah dan akedmik mereka terus maju,ada diantara mereka yang sudah melayakkan diri ke universiti-universiti dalam mahupun Luar Negara dengan jurusan-jurusan yang 'tough' macam doktor perubatan,kejuruteraan dan sebagainya.

Di sekolah inilah bermula kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang suka mengamalkan sunnah-sunnah nabi yang asas-asas seperti memuliakan mulallim,pakai penutup kepala,bersopan santun,kadang-kadang pakai serban,celak dan banyak lagi kerana banyak hadis-hadis nabi yang menceritakan tentang faedah dan galakan-galakan.

Selain SMKA Bandar Penawar,ada juga sekolah-sekolah berasrama yang lain yang rata-rata pelajarnya membuat usaha tas iman sebagaimana kami contohnya smka sultan muhammad melaka,smka jb,sm teknik jb,mrsm muadzam shah,smka nibong tebal dan beberapa lagi berkat pengorbanan guru-guru mereka yang turut sama berusaha.

Kadang kala ada juga pelajar permpuan yang seakan-akan memahami usaha mereka.
Haha.Agak kelakar la
.Ada yang mengikut menggunakan kayu sugi,cara bercakap dan juga mengangkat tangan ketika azam dibuka semasa bayan hari rabu.
Jadi,itulah sedikit sebanyak kenangan semasa saye bersekolah dan sehingga kini kawan tetap istiqamah dalam usaha iman dan amal.

p/s:kepada rakan-rakan yang,jemaah tabligh bukan nya satu gerakan ataupun kumpulan  tetapi kerja tabligh adalah satu usaha yang perlu dilakukan ke atas setiap manusai yang ada kalimah syahadatain.Mereka yang membuat usaha tabligh tidak pernah menggelarkan diri macam tu,tetapi itu (mereka yang mengejek) yang semua adalah salah faham sahaja.Wallahualam.

Thursday, July 1, 2010

Pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam



 2010/07/01
KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan.

Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf.

Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki).

Sumber itu berkata, bagi program lepasan SPM/setaraf, 21,032 atau 58.50 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 14,919 atau 41.50 peratus lelaki, Cina (351 atau 58.50 peratus perempuan dan 249 atau 41.50 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (205 atau 58.74 peratus perempuan dan 144 atau 41.26 peratus lelaki).

Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini.
Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki.

Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.

Katanya, bilangan pelajar perempuan mengatasi lelaki bagi permohonan dalam semua kategori kaum yang meliputi 44,305 Bumiputera, Cina (12,342) serta India dan lain-lain (4,581).

Bagi kategori Bumiputera, 68.8 peratus atau 30,471 permohonan diterima daripada perempuan berbanding 31.2 peratus atau 13,834 lelaki, Cina (62.4 peratus atau 7,701 perempuan, 37.6 peratus atau 4,641 lelaki), manakala India dan lain-lain (62.7 peratus atau 2,874 perempuan dan 37.3 peratus atau 1,707 lelaki).

Malah, bilangan calon perempuan jauh mengatasi lelaki bagi permohonan program lepasan SPM/setaraf dalam semua kategori kaum dengan Bumiputera 60.25 peratus, Cina atau 62.87 peratus dan India serta lain-lain 61.56 peratus.

Sementara itu daripada jumlah tempat ditawarkan IPTA bagi program ijazah pertama, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahului senarai dengan mengambil seramai 4,392 pelajar baru, diikuti Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717).

Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973), Universiti Malaya (UM) (2,819) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406).

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia/UDM) (881), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260).berita harian.

Targhib buat diri sendiri:
Sejak dari dulu lagi,secara mutlaknya keputusan budak perempuan lebih perform dari budak lelaki..sebagaimana yang kita tahu,budak lelaki bukan tak cerdik ataupun kata kasarnya buduh,tapi mereka telah didorongi oleh virus M (malas)..hurm,kawan pon same gak..tapi kadang-kadang la..berbalik pada cerita,sebenarnya budak lelaki ni diorang lebih advanced dari segi IQ tapi terbelakang dari segi kerajinan dan ketekunan.Padahal budak perempuan jarang-jarang dijumpai mereka yang betul-betul cerdas dari segi IQ,tapi secara keseluruhannya mereka lebih maju dari asperk kerajinan dan ketekunan..belajar siang malam,asyik stay library,bace buku pada malam hari lepas tahajud(amboi bagusnya,ni yang teruje ni) dan sebagainya..tapi tengokla budak laki,mereka memang power dari aspek ‘tangkap’ apa yang cikgu di depan ajar,tapi lingkup bila nak ulangkaji..cepat bosan dan sebagainya,,adus,kawan pun lebih kurang la..

Tapi bila kenangkan balik peristiwa setahun lalu masa minggu orentasi ataupun Minggu Suai Mesra(MSM) di UMS ni,banyak tempat duduk di dalam Dewan Canselor dipenuhi oleh mereka-mereka yang lemah gemalai ini..dan jantan jiwa perkasa tidaklah berapa..(salah kawan gak)..tapi apa yang kawan tahu masa register tu,budak lelaki yang berdaftar just 29% je dari 4 ribu.gulp..patotla dalam bas penuh pempuan,kafe penuh pempuan,library apatah lagi dan tidak ketinggalan mereka-meraka yang ingin turun berbelanja di hujung minggu ke 1 BORNEO( kalau nak tahu 1B ni port shopping dan tengok wayang terhangat bagi budak UMS) semuanya dimonopoli oleh mereka..haha..korang tengok!bukan dari segi akedemik je,bersosial pon diorang beb..hehe..

So,kawan menyeru pada diri sendiri,bangunlah budak lelaki,tunjukkan kejantanan anda..(tu je yang mampu)


p/s:budak laki kene ingat,bile da kerja dan berumah tangga...duit si suami boleh jadi untuk si suami dan isteri tetapi duit ISTERI tidak boleh jadi duit si suami..pesanan ni dibuat kepada pelajar lelaki kuliah Hayat 2  sesi 08/09 daripada Mr Shatri,otai mathematics KMNS..

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails