Followers

Monday, June 14, 2010

KENAL PERIBADI


Semenjak kawan masuk U,kawan suka sangat mengahbiskan masa ke ceramah-ceramah motivasi/psikologi.Selama zaman sekolah kawan memang tak berapa gemar pergi program-program motivasi ni.Jadi,sekarang bolehlah dikire rajin kan.Lebih-lebih lagi kalau yuran free dan makanan disediakan.Hehe!

Dr Fadzilah Kamsah
Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
* Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. • Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat

- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp

-Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan

- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah,suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri

- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak

-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur

- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)




Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang

- Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat

-Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna

- Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna

- Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi

- Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah

-Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

- Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti
kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...



No comments:

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails