Followers

Thursday, June 24, 2010

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL

 
 gambar capati sekadar hiasan.mase ni kawan tengah keluar 3 hari bersama jemaah pakistan semasa di Kota Belud.
1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga
Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral
yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar
Lemak jahat
(LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat
besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol
HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau
bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga
boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk
membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak
yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan
makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar
kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan
vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol
LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,
kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.
8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar
kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung
sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan
khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari,
iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


No comments:

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails