Followers

Sunday, June 27, 2010

kisah kawan dan bola sepak..ekoran England tersingkir dari Piala Dunia 2010

                                                                    team England 2010

Rase sikit kecewa malam tadi bile tengok game antara England dengan Jerman dalam saingan pusingan kedua kalah mati..
kene tibai 1-4 lak tu..
hurm,team England ni menyimpan seribu cerita buat diri kawan sebenarnye..
bermula dengan aksi dalam Piala Dunia 1998,team England memang kawan anggap team yang menghiburkan.
mane tak nye,ramai antare diorang pemain terkenal kat alam fana ni..

                                                                 David Beckham

Haha,kawan mula menjadi peminat bola sejak darjah 2 lagi (1998)..
huh,baru 8 taun da jadi pengikut setia perkembangan bola seantero dunia..
cerite dia bermula mase World Cup 1998 yang masa tu berlangsung kat Perancis..
Pemain yang mule-mule dikenali adalah dawid bekam..(mase tu dye tak kawin lagi)..
Dalam kelas masa tu ramai kawan-kawan yang beli  pemadam 20 sen yang bentuk segi 4 sama..kat atas permukaan pemadam tu ade bendera negara-negara siap name sekali.

                  ni la pemadam-pemadamnyer,laku koperasi cikgu zaiton

Dengan pemadam-pemadam yang ade gambar negara-negara menambahkan lagi suasana Piala Dunia ke kelas,sebab diorang main sape yang dapat tindihkan pemadam dia atas pemadam orang lain.
dia dapat pemadam lawan dia..
pendek kate,kecik-kecik da bertaruh beb..
haha,so,pemadam memang laku la kat koperasi..
hari-hari habis.bila kotak baru dibukak,budak-budak ni akan cari negara mana yang paling kuat dalam piala dunia dan percaya pemadam tu memang ade 'kuasa'..
haha.kebanyakan diorang akan berebut beli pemadam Brazil ngan perancis..
kesimpulannya,kawan da rase teruje ngan dunia bola.


Pada waktu dinihari sekitar 2-4 pagi,kawan da rasa semangat bangun untuk tengok game lebih-lebih lagi yang ada Brazil atau England main.Ynag paling kawan ingat masa final Brazil-Perancis,team Brazil kene bantai 3-0..huhu,Ronaldo tak perform time tu sebab kene sawan babi rasenye..begitu juga mase England-Argentina,gol cantik Micheal Owen..

Memang lawak kalau da jadi peminat bola mase kecik-kecik ni..sanggup bangun pagi,pandai beli surat sendiri semata-mata nak tengok berita sukan,beli jersi,sanggup pegi main bola jauh-jauh dari kampung dan paling tak boleh dilupakan,kawan telah mencipta satu game yang dinamakan 'LIPO'..haha,,game ni dimainkan atas meja sekolah..kertas dari buku latihan tu  dilipatkan jadi segi 3..dijentikkan kedalam gol (pakai kedua-dua belah tangan)..kita boleh tulis dan lukis team ape yang kita suka kat atas dan bawah LIPO tu..yang paling kelakar cikgu Baha pun main sekali..haha..fenomena LIPO terus terasa kat satu sekola..budak pempuan pun join sama.

Masa tu,kawan da apal sume name pemain bola yang masyhur sekitar 90-an..ni kawan senarai balik..

England-David Beckham,David Seaman,Gary Neville,Tony Adam,Alan Shearer,Owen,Scholes,Mcmanaman
Brazil-Cafu,Dunga,Ronaldo,Rivaldo,Leonardo,Dida
Argentina-Gabriel Batistuta,Ariel Ortega
Jerman-Mehmet Schol,Olivier Neuvile,Stefen Effenberg,Kahn
Italy-Inzaghi,Paolo Maldini,Toldo,Roberto Baggio,Del Piero
Perancis-Zidane,Barthez,Emmanuel Petit,Lauren Blanc,Dugarry
Crotia-Davor Suker
Denmark-Pter Schimichel,Thomas Able
Spain-Fernando Hiero,Morientes,Raul
Chile-Ivan Zamorano
Belanda-Dennis Berkamp,Van Der Sar,Patrick Kluivert,Marc Overmars.

dan ramai lagi la..sampaikan mak kawan membebel "amboi amboi!name pemain bola apal,Quran tak apal"..hahah..terok kan..cam tu la kawan dizaman sekolah rendah..

ade banyak kenangan pahit tentang team England ni..antarenye ialah:


Piala Dunia 1998


England kalah ngan Argentina 3-4 mase penalti..beckham plak kene buang padang.

Euro 2000


England kalah 2-3 ngan romania,so x dapat lepas ke suku akhir.

Piala Dunia 2002

England kalah ngan Brazil 1-2 mase kat suku akhir.

Euro 2004

England kalah ngan Portugal 2-3 mase suku akhir.

Piala Dunia 2006

Kalah lagi ngan Portugal kat suku akhir,1-3 penalti.

dan sampailah sekarang England x penah pegi jauh..

 
kawan juga juga antara pemain terbaik la mase tu..
wakil sekolah sampai la ke tingkatan 3..
penyerang handalan la konon-kononya..hah,cam mengaryt..tapi erm,btul gak..
kawan memang mudah score,kire mesin cetak gol la jugak..member cakap macam van nistelrooy..eceh..haha
member yang memang bersefahaman buat passing 1-2 tak lain x bukan adalah wawan (syazwan ishak)..
hurm,sampaila sekarang kalau main..senang bikin gol..

tapi keadaan da berubah..bile kawan pindah sekolah mase form 4,kawan da sedikit 'sejuk' dari arena bola ni..
kawan da tak bersemangat nak turun ke padang..
kenape ekk??
kawan lebih suke lepak kat dalam dorm,layan blues ngan leman selamat..haha..
paling sakit hati ada la sorang mamat ni selamba badak je cakap kawan 'kaki bangku'..ade ke patot..dulu mase f3 team dia kene tibai ngan team kawan gak..ye la dia x perasan or x kenal kot mase tu,padahal dia la keeper yang sengal sampai team kawan berpesta gol..aduhai..melayu mudah lupe..haha..
ade gak antare diorang terkejut bile kawan semanat tengok bola,amende la lu ni bhai..tu pon rase pelik..ye la ko bukan kenal aku sebelom ni kan..haha..tak pe,aku tak kesah pon..

Sampai la kawan sambung kat matrik,pon kawan da x join lagi..kat U pon same..cam da malas la..hha..lebih suke berjogging ngan turun gym..

 
 van nistelrooy-kawan yang tiru corak permainan dia atau dia tiru corak permainan kawan??jawab!jawab!

hurm..

              gamba kawan yg latest-susuk tubuh dan gaya permainan macam van nistelrooy..haha

p/s:macam malas nak sokong england..sokong ghana lagi baguih..
aku telah menjadi penyerang yang sudah 'tidur' @ sejuk dalam arena bola yang penuh seni ini..haha

Friday, June 25, 2010

Masya Allahu Kaana


Ramainya ummat Melayu Islam seperti buih, namun tidak menampakkan perpaduan yang diwariskan oleh nenek moyang mereka. Keramaian ini setakat menampakkan anak-anak Melayu seolah-olah tidak indah dan tidak mampu mempertahankan warisan peninggalan orang tua. Adakah Melayu telah kegersangan dari pejuang dan benteng watan mempertahankan dan memperjuangkan warisan?

Legasi agung berusia ratusan bahkan ribuan tahun ini ialah peninggalan nenek-moyang bangsa yang mengibarkan bendera Islam. Pewaris-pewarisnya selepas itu merudum kedalam kealpaan dan kecuaian sehingga bukan sahaja keagungan dan kegemilangan warisan bangsa merosot dan mengecil, malah anak sisa bangsa ditanah air sendiri dipandang remeh dan dihina oleh kaum pendatang.

Yang boleh mengangkat martabat bangsa dan maruah warisan ialah apa yang dikandung oleh dada. Pejuang bangsa sepatutnya berpegang dengan janji Allah bahawa Allah akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu apabila bangsa itu mengubah APA YANG ADA DALAM DADA MEREKA.

Pendabik dada pejuang bangsa setakat mempunyai dada-dada yang gersang dari kebesaran Allah, sebaliknya penuh membuak-buak, berkobar-kobar dan melimpah-limpah dengan cinta hanya akan kehidupan dunia.

Kemenangan mutlak kepunyaan Islam. Maka bangun. Bangkit and give your respect for Allah allmighty first. Penuhkan dada-dada dengan hormat kagum akan Allah dahulu sebelum mengisinya dengan kebesaran kehidupan dunia. Takbir.

Allahu akbar Allahu akbar.
Laailaaha il Allahu Allahu Akbar.
Allahu akbar wa lillahil hamd.

Allahu akbar Allahu akbar.
Laailaaha il Allahu Allahu Akbar.
Allahu akbar wa lillahil hamd.

Allahu akbar Allahu akbar.
Laailaaha il Allahu Allahu Akbar.
Allahu akbar wa lillahil hamd.

Tidak kira dia penjawat sebesar dan setinggi mana, dia tetap the servant of Allahu akbar first. Serve Allah the supreme creator and seek His pleasure first. Begitu rupa bahana kebesaran dan keagungan Allah, jika seseorang penjawat itu boleh naik mi'raj, dia akan naik ke 'arasy untuk mengkumandangkan takbir tersebut, bukan cukup setakat dengan berpijak dibumi rendah sahaja. Sesudah itu baru turun dan mengurus rakyatnya. Dan seterusnya pula alangkah eloknya jika setiap pemimpin itu berkemampuan membawa pengikut-pengikunya naik turun antara bumi dan 'arasy dalam mentadbir bumi Melayu ini bagi pihak Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Anak watan pernah menaruh harapan kepada Nik Aziz untuk memenuhi tugasan ini. Tapi kini .....

Pentadbir bangsa diciptakan sebagai khalifah Allah hanya to serve Allah as Allah meant him to serve; never to serve anybody or anything else. Islam honors these khalifahs and gives them honor to be the servant of Allah. Islam memberinya penghormatan dengan menjadikannya ummat nabi pilihan Muhammad s.a.w. Jadi selepas Allah, khalifah dan ummat ini patut memberi setinggi-tinggi penghormatan kepada hamba Allah yang paling ta'at kepada Alah, yang paling hampir dengan Allah, yang paling kasih kepada dan mengasihi Allah, dengan mengambil contoh mentadbir darinya s.a.w.
Tidak sekali-kali mentadbir secara "as he himself deems it fit" or "to his best ability". Pertama-tama ... Allah itu suka satu. Dia suka hambanya bersatu. Dia tidak suka hambanya, umpamanya yang berbangsa Melayu, berpecah menjadi tiga. Ketiga-tiga ketua bagi puak ini, dalam mentadbir bangsanya bagi pihak Allah, hanya yakin percaya bahawa bangsa Melayu ini rakyat mereka semata-mata; terlupa yang they are to serve atau mentadbir mereka bagi pihak Allah.

Muslims respect one whom Allah respects, one whom Allah endorses his ways, one to whom Allah commands his servants to emulate, one to whom Allah commands His servants to obey as He is obeyed, one to whom Allah commands His servants to love if the servant is to love Allah; these Muslims most love and most respect him: he Muhammad s.a.w. who loves Allah most.

There arose a community among Muslims much appreciated by the enemies of Islam who are ahli bid'ah, ahli syirik, ahli haram, ahli kufur who claims that to accord such respect, love and much obedience to him s.a.w. is committing shirik and is out of Islam. This community is out of syncronisation to Islam. This group is out to destroy Islam. No. Islam would not permit it. Allah would not permit it. They attempt to alienate Muhammad s.a.w. from Islam. Without Muhammad s.a.w. there can be no Islam, there can be no Iman, and there can be no Ikhsan. Do they think roses grow without water?

This group is filtering its way into the folds of "Malays in power". Na'uzubilla. They are to be "recruited" purportedly because of their "excellent" earthly qualification. It does not bode well for budding Muslims.

The sahabah of Rasulullah s.a.w. came close to him s.a.w. not because of earthly qualifications alone. And when they dispersed across the face of the earth to spread the Truth of Allah to mankind, did they bring or work for anything other than Allah? No. They brought for them what Muhammad s.a.w. poured into their chests. And when they were met by the citizens, they distribute this love and truth from Muhammad s.a.w.. Have this particular group of just born anti-hadith and wahabis mercenary ulamak any such love and Truth in their chest except love and "truth" for themselves?

Thursday, June 24, 2010

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL

 
 gambar capati sekadar hiasan.mase ni kawan tengah keluar 3 hari bersama jemaah pakistan semasa di Kota Belud.
1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga
Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral
yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar
Lemak jahat
(LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat
besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol
HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau
bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga
boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk
membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak
yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan
makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar
kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan
vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol
LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,
kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.
8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar
kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung
sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan
khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari,
iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


Tuesday, June 22, 2010

ada sedikit cerita dari masjid merlimau utara

Alhamdulillah semalam kawan baru tangguh dari satu perhimpunan orang-orang Islam peringkat zon selatan di masjid merlimau Utara.

Kawan sampai sana pada pukul 3 pagi ahad,19 jun.

Ramai betul orang datang sini dimana kebanyakan nya datang dari Johor Bharu,Batu Pahat dan Melaka sendiri.

Anggaran yang kawan buat macam dalam 6 atau 7 ribu la.

                                                            mase bayan pelajar

                                                         

Tuesday, June 15, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

Monday, June 14, 2010

ORANG JOHOR!

Artikel dari orang luar kepada orang johor..
lawak gak la..saje kawan masukkan.

Orang Johor tolong jawab! Betul ker erk?
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk
ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-

Ni awak punyer
ekk?
Nama awak saper
ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik
ekk ?


Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR"
as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).

Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar)
dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :

Haa...kau dah ada
endut yer ?
Kau
pergi berendut kat mana ?
Orang
berendut
dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....

Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat
.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .


Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.

Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.

Ampun Tuanku !


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.

(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)


Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!



Apa lagi EKK?



Kamus Johor :

Bongok
- bodoh

Bigor
- gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut
- makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut
- berpasangan.

Pergi berendut
- dating.

Botok-botok, bebotok
- sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca
- tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok
- cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.


KENAL PERIBADI


Semenjak kawan masuk U,kawan suka sangat mengahbiskan masa ke ceramah-ceramah motivasi/psikologi.Selama zaman sekolah kawan memang tak berapa gemar pergi program-program motivasi ni.Jadi,sekarang bolehlah dikire rajin kan.Lebih-lebih lagi kalau yuran free dan makanan disediakan.Hehe!

Dr Fadzilah Kamsah
Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
* Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. • Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat

- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp

-Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan

- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah,suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri

- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak

-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur

- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)




Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang

- Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat

-Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna

- Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna

- Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi

- Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah

-Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

- Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti
kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...



Thursday, June 10, 2010

ZAAAZZZ!

Pada satu malam kawan call la sorang member lama kawan time sekolah asrama dulu..dia sekarang kat ipoh,amek jurusan perubatan.sembang-sembang sikit pasal masalah ummat dan masalah negara..aha..konon-kononnye lah..banyak bende dibualkan,dari cerita study,usaha imaniat sampailah cerita kawan-kawan yang lain..

nak dipendekkan cerita,dia cerita la time sambutan hari guru,yang sume member-member lain turun sekolah dengar ceritanya buat reunion kecil la disamping memeriahkan suasana..
hurm,sekali kawan dengar ade la rase hampa sebab tak dapat join(tak tahu menahu)..hehe..
kawan pon cakap ngan dia, "alamak,RUGI nye aku!"
sekali selambe je dia jawab.."syeikh,mane ade rugi papepun,RUGI ni memang patut dirasai dalam hati jika tak dapat buat 4 perkara;iman,amal soleh,berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..

Hehe!!!
Yup!sekali terkene smash baru kita rase yg sebenarnye hati kita telah jauh dari landasan iman amal soleh..bila hati tak diusahakan dengan baik,maka perbuatan dan percakapan kita secara automatiknya akan kerap 'salah' dan merapu-rapu..mengundang rase janggal jika orang-orang soleh mendengarnye..
sebab tu lah hari ni,kita kene selalu adjustkan hati kita dengan percakapan yang membesarkan Allah,mengingati alam akhirat,mati serta jadikan nasihat ulama ikram sebagai panduan..nah,kalau bende ni dapat kita buat barulah iman yakin kite tak lari selain dari Allah kan?
haha..

banyak lagi contoh yang kawan nak kongsi,contoh bilamana kita sakit mata,kita(sepatutnya 'saya) dengan selamba badak je suruh member pegi kedai belikan eye-mo,haha..siap bagi taw lagi kat member yang eye mo tu je la ubat yang boleh memulihkan.. TENGOK!!!TENGOK!!satu contoh perbuatan dan percakapan kita yang selalu bikin salah..sepatutnye kita kene semayang dua rakaat,doa dulu minta pada Allah,istighfar and sedeqah..barulah cari asbab tuh kan..dah tu kite kene cakap yang bukan eye mo yang bagi pulih sakit mata,tapi kan Alllllaaaaaaaaaaaahhhhh..huhui..

bile kawan pikir dalam kehidupan seharian,memang banyak kawan buat silap dalam percakapan,perbuatan dan niat..
ini sume terjadi sebab kite kureng dari segi ingat-mengingati dalam perkara kebaikan..

dan terakhir,cuba anda si pembaca fikir apa-apa berkaitan 'kesilapan dek hati cinta dunia' sebagaimana yang kawan story-story kat atas dalam kehidupan seharian??

Saturday, June 5, 2010

Budak 2 tahun merokok dirawat


dipetik dari kosmo ahad/6 jun..dahsyat betul budak-budak zaman sekarang ye.

JAKARTA - Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.

Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.

Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.

"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.

"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya. - dpa

Friday, June 4, 2010

kerja-kerja mencuci minyak tumpah di perairan Pengerang





(mak mah,jiran)


ASSAlamulaikum,hah,sebelum ni korang ade bace kan kes minyak tumpah kat perairan Pengerang?hah,antara kawasan yang paling teruk kene tidak lain dan tidak bukan adalah kampung aku sendiri,Kg Langkah Baik yang tak la berapa jauh dari kepulauan Batam Indonesia dan juga Singapura.
so,dengar cerita kapal tu berlanggar(kapal milik syarikat Malaysia gak) pada hari Selasa,25/5/2010 dan akhirnya sampai ke perairan Pengerang dengan dahsyat nya pada hari khamis..tapi aku start keje hari jumaat..
ok lah kan,tak de ape nak di buat aku pun join same la ngan orang kamoung mebersihkan minyak-minyak ni kat tepi pantai..
uuuuuiiiiii,penat woo..nak tercabut pingang..gaji yang kitorang dapat sehari rm50(tapi bos aku bagi rm40,hampeh betul!dia sebat rm10),keje start jam 8.30 abes jam 5 petang..haha..memang penat..aku keje sampai 5,6 hari je..muke da naik itam,Didier Drogba pon boleh kalah woo..haha..


MASUK PULAK TU DALAM PAPER!gambar ketika aku sebok bekerje..(amek dari utusan)



ni lah pekerja-pekerja(bukan mat indon or nepal taw!),anak tempatan tuh!














ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails