Followers

Thursday, April 8, 2010

(dedikasi buat diri sendiri sebenarnya)..sikit-sikit nak marah,ingat Allah bro..




Kepada orang yang suka marah...sebab suasana kehidupan aku dikelelilingi oleh orang pemarah...aku pun sedang mengusahakan diri sendiri supaya tak marah-marah..kene cool..kadang-kadang rasa nak pancung je mamat or minah yang suka marah-marah nih..benda kecik je kot padahal..
1.Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain. Bersolat dan jaga solat ni lain bro...situasi dia macam orang-orang nak jaga diet diorang ngan yang tak jaga;makan dan jaga makan..jadi macam tu la solat,kite usahakan diri sendiri supaya dapat solat di awal waktu,dimana azan diazankan dan secara berjemaah..hah,macam tu la baru power!
2.sentiasa bersangka baik terhadap semua orang( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa) ..ni kes husnuzzon la..tahap tertinggi ikramul muslimin..banyak kelebihan yang boleh kita tahu bila kita amalkan husnuzzon nih..hati tenang,tak kusut-kusut,asyik nak maki orang tak memasal jeer..
3.sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita. Senyum banyak-banyak bro..senyum awet muda,tak gitu ke bro??ataupun yang selalu kita dengar,senyyum sedeqah..ha macam tu la,,ini tak,muke berkerut je..rase cam nak seligi pon ada..
4.banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan..baru aku cakap,senyum tu bagus..nak tahu banyak lagi ko bole beli je terus fadilat sedeqah..nah,baru ada UMMPPSSS..
5.sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang....iya benar,nabi pun penah menasihati seorang sahabat,ketika mana sahabat tu minta nasihat@wasiat pada Nabi yang mulia,lalu Nabi bersabda “La Taghdab”..lalu sahabat tu minta lagi nasihat yang lain,Nabi pun ulang lagi bende yang sama “La Taghdab”...(jangan marah)..
6.sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita...hah,ceria tu penting bro..jangan emo je memanjang,,
7.pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain.
8.bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita...maksud dia,ko jangan la asyik tendang-tendang meja ke,sepak pintu jamban ke,or paling heavy ko capai microphone,ko melantak nyanyi lagu rock kat depan dewan kuiah tempat lecturer bagi lecture..hampeh,bajet nak jadi cam OLAN,BPR,ELLA dan sebagainya..
9.jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
10.amalkan sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita...apa yang ko paham tentang sunnah bro??kawin banyak??aha..nak tahu apa dia sunnah,ko kene belajar lagi dan lagi..you should spend your holiday’s time in order to understand what is sunnah practically and theoratically..
11.sentiasa bersyukur dan redha di atas pemberian Allah.
12.sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama muslim...bagi la sikit salam bro jumpa bila jumpa orang,ni tak,jumpa pempuan baru nak bagi salam(bajet lu alim sangat la bro,nak bagi pempuan terpikat hah??hehehe)
13.pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan prihatin.
14.jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15.sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan dan keburukan orang lain.
16.sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi dengan doa..doa nangis-nangis everynight..

3 comments:

KiTa_KaWaN said...

aku pun macam nak seligi ja yang marah tak tentu pasal ni..pergh..

haha..abg misbah berbicara..terkesan gue..ekeke

snowcap@kopiah.blogspot.com said...

hoho..blaja-blaja tuan huu..

ira =) said...

salam..
bagus tips ni..
tp..saya memang tak suka marah2..
nanti cepat tua..hehe

btw..seligi tu apa..
huhuT_T

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails