Followers

Monday, March 15, 2010

Surat pertanyaan dari U,K dan jawapan..sedikit motivasi buat student cam aku ni ha..


study group di kmns dahulu bersama sama pelajar 4 flat..
Ni aku(penulis) copy and paste dari blog seorang hamba Allah..yang mana aku hormati kerana ketinggian sifat hikmahnya..semoga beliau dirahmati Allah selalu..
___________________________________________________________________________
From: (Nama Dirahsiakan)
To: Ibn Saad Saad
Sent: Sun, March 14, 2010 4:17:54 AM
Subject: Slm ust..

Assalamualaikum ustaz,
harap ustaz dan keluarga sentiasa dlam keredhaan Allah SWT...
juga harap email ni tak mengganggu kesibukan ustaz insyaAllah.

Ustaz,

Saya percaya yang ilmu yg sebenar bukanlah dlm bidang matematik, bidang sains dan sebagainya. Ilmu yang sebenar adalah ilmu yang membantu kita mendefinasikan hidup kita di dunia, untuk hidup macam mana kita dapat menghadap Allah SWT kelak..ilmu agama lah kiranya ustaz..

jadi macam mana kiranya ustaz, kami yang menghabiskan sebahagian besar masa kami nih ustaz dalam aliran bidang bukan agama....sia2 kah masa kami ustaz? Apa habuan kami di akhirat kelak bilamana kami menghabiskan masa sebegini banyak dalam bidang2 sebegini ( engineering , sains dsb.) makin dekatkah kami dengan Allah ? mujahadah kami dalam bidang sebegini diterimakah di sisi Allah...

ustaz, saya menghadapi masalah untuk mendifinisikan purpose/tujuan saya belajar di universiti sekarang ustaz. bidang saya memerlukan saya bekerja kuat, tapi saya tidak yakin macam mana Allah SWT memandang kerja2 saya dlm bidang ni. Logikkah untuk bekerja keras untuk sesuatu yang sia2 di sisi Allah? sia-sia kah semua ni.Kadangkala saya fikir, saya perlu belajar sambil lewa sahaja.kerana ini bukan maksud hidup saya.

* Dulu saya berkeyakinan seperti jihad ekonomi dsb. bahawa perlu adanya engineer2 muslim untuk kekuatan ummah dsb.
Tetapi setelah join usaha tabligh nih..saya rasakan ini bukan sepatut fokusnya. and saya sudah pun berada dalam keadaan yang mana masa dan keringat saya lebih banyak dihabiskan untuk pembelajaran di universiti. Saya rasa seolah-olah saya menumpukan masa pada perkara yang sia-sia.

Jazakallahukhairan ustaz.
Doakan saya.


JAWAPAN :

Alaikum Salam,

Saudara Yang Dimuliakan,

Di dalam Jemaah Tabligh, kita dinasihatkan berusaha bersungguh-sungguh di dalam usaha agama juga kerja dunia kita yang diamanahkan kepada kita. Malah bagi seorang student, kita dinasihatkan oleh ulama/elders kita untuk berusaha sungguh-sungguh sebagai seorang student. Ingat! jangan lemah, sudah banyak tohmahan yang telah dilemparkan kepada usaha yang mulia ini oleh masyarakat apabila melihat student gagal di dalam pelajaran mereka. Kegagalan kita akan menyebabkan fitnah yang sangat besar kepada usaha agama ini.

Lihat kepada elders kita di Nizamuddin, seperti Prof. Abd.Alim, Prof. Naidar Ali Khan, Prof. Abd.Majid Pasha, Prof.Abd.Rahman, Prof.Munawir Bacha dan banyak lagi. Mereka adalah orang "dunia" namun hasil pengorbanan mereka atas pelajaran "dunia" mereka dengan menggunakan platform akedemik mereka membantu usaha agama di seluroh dunia. Peringkat awal, mereka berfikiran seperti saudara tetapi elder Nizamuddin menasihati mereka bersungguh-sungguh di dalam bidang yang mereka ceburi, akhirnya mereka berjaya menjadikan bidang mereka sebagai "asbab" hidayat seluroh dunia.

Mereka bukan sahaja mahir di dalam bidang mereka, namun pendampingan mereka dengan elders serta penglibatan mereka yang sungguh-sungguh di dalam usaha yang mulia ini menjadikan mereka bertambah maju di dalam bidang mereka juga tidak ketinggalan di dalam bidang agama. Bukan sahaja ilmu agama mereka bertambah malah kefahaman mereka juga bertambah. Hari ini mereka adalah pembayan ijtimak dan Jhord di seluroh dunia. Jika sesaorang mendengar bayan mereka pastinya sukar membezakan adakah itu bayan orang biasa atau seorang alim disebabkan kehebatan dan kerohanian yang tinggi di dalam bayan mereka. Saudara jadikanlah bidang akademik saudara sebagai mana mereka, jadikan ianya asbab hidayat pada seluroh manusia.

Kisah Dr.Sana'ullah :

Pada tahun 1967/1968 seorang student dari India telah dihantar oleh pemerintah India ke Perancis. Beliau bernama Dr.Sana'ullah. Beliau pada peringkat awal tidak mahu pergi ke Perancis kerana suasana di sana begitu dahsyat dengan maksiat serta sukar beliau untuk memelihara usaha agama. Namun begitu setelah beliau bermesyuarat dengan Maulana Inamul Hassan (Amir ke 3) dan elders di Nizamuddin, maka dengan fikir dan tawajuh beliau mengikut keputusan mesyuarat tersebut. Sesampai di Perancis tidak ada satu pun masjid ketika itu, namun beliau terus berusaha menjalankan dakwah setiapa hari tanpa membelakangkan pelajaran beliau. Beliau berusaha berjumpa beberapa orang student Asia dan juga saudara-saudara Arab khususnya dari Afrika Utara. Hasilnya pada 1970 beberapa masjid telah terbina di sana. Selepas itu beberapa gereja telah bertukar menjadi masjid. Hari ini hasil usaha beliau beribu-ribu masjid telah ujud di Perancis. Cerita pengorbanan Dr.Sana'ullah menjadi perbualan sahabat kita di sana.

Kisah Seorang Student Dari India ke U.S :

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1980an mengenai seorang student juga dari India yang tidak disebutkan namanya yang pergi menyambungkan pelajarannya di U.S. Universiti tempat beliau belajar ni ramai dipenuhi oleh student Arab dan juga pelajar dari Asia.. Telah menjadi kebiasaan kakitangan universiti berkenaan akan menjual tubuh kepada student luar berlebih lagi student Arab yang sememangnya kaya raya. Mana-mana student yang baru datang akan disediakan seorang perempuan untuk tujuan tersebut. Begitu juga dengan karkun ini, bila beliau masuk ke biliknya, tiba-tiba beliau mendapati seorang perempuan berada di atas katilnya dengan tidak berpakaian. Beliau begitu terkejut dan mengarahkan wanita itu berpakainan semula dan keluar dari biliknya. Namun wanita itu enggan berbuat demikian dan cuba menggodanya.

Setelah puas memujuk agar keluar dari biliknya dan wanita itu masih lagi enggan keluar. Beliau lansung berwudhuk dan mengerjakan solat 2 rokaat. Setelah solat dua rokaat beliau berdoa sambil menangis terisak-isak. Perbuatanya tersebut telah dilihat oleh wanita berkenaan yang akhirnya ikut sama-sama menangis dan memakai semula pakaiannya serta berlari keluar dari bileknya. Akhirnya perbuatanya itu menjadi asbab hidayat dan perbualan pelajar-pelajar Islam di situ yang akhirnya menggelarkan beliau sebagai "waliAllah".Kisah ini diceritakan oleh Amir Jemaah Sri Langka yang datang ke marhalah sebelah taman saya beberapa tahun yang lalu.

Saudara,

Teruskan usaha agama dan dalam masa yang sama saudara perlu bersungguh-sungguh di dalam bidang saudara sekarang ini. Yakinlah Isyaallah, Allah akan membantu saudara dan memajukan saudara di dalam kedua-dua bidang. Dunia tidak akan tercicir dan akhirat akan dipermudahkan.

Sekian. Doakan untuk saya yang lemah ini.

Wallahu'alam.

No comments:

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails