Followers

Wednesday, March 17, 2010

sekilas daripada bayan akedemik..

Hem,daripada entry ni,aku just nak bagitaw yang kita ni kene banyak syukur pada setiap nikmat kurnia daaripada Allah Taala..Allah yang telah memberi banyak nikmat yang kita gunakan setiap ssat bagi tujuan munafaat dala setiap inci perlakuan dalam kehidupan.DIA juga yang memberikan kita nikmat kehidupan yang di dalamnya terkandung banyak erti..(makan minum,tidur rehat,ibu-bapa yang disayangi,wang ringgit dan banyak lagi)..dan inilah yang dinamakan kasih sayang daripada Allah Taala.dalam erti kata lain,kita sememangnya kene banyak minta pada Allah kerana DIA Maha Pengurnia,tetapi DIA sedikit pun tidak berharap apa-apa daripada makhluk yang diciptakan-Nya..Ya Allah,Kau memang hebat...
Tuan-tuan yang mulia..hoho,cam bayan pulak..
Allah juga telah kurniakan kita dengan kedua belah tangan;kanan dan kiri..yang kita guna untuk makan,cebok,buat assignment dan jutaan lagi functionnya..thats why yang aku paham dan aku apply kan dalam kehidupan sebagai karkun..maksudnye sebagai student,kita telah dinasihatkan oleh alim ulama supaya memegang amanah ibu-bapa yakni belajar dengan bersungguh-sungguh dan juga membuat usaha agama dengan penuh ihtisab,istikhlas dan tawajjuh..apabila hari ni segala nasihat daripada golongan mereka yang faqih dalam agama dijadikan landasan awal,insyaallah segala kesusahan dapat dimudahkan apa lagi menjadi pelajar cemerlang..
Apabila kedua-dua amanah ini telah dipegang dengan baik,maka dengan mudahnya segala percaturan hidup samada kita belajar di universiti,kolej,sekolah mahupun madrasah dapat dijalani dengan penuh sistematik dan efektif apatah lagi dengan pemikiran kita tidak disempitkan dengan apa jua masalah yang remeh temeh dan tidak membawa kepada apa-apa kebaikan untuk tujuan study.Oleh itu,hari ini alim ulama telah menerangkan dan memberkan kita targhib(motivasi) buat semua pelajar untuk berjaya dalam pelajaran dan maksud kehidupan akhirat.
Selain itu,ilmu yang dipelajari adalah sangat penting dalam kehidupan.Banyak kelebihan-kelebihan mempelajari ilmu telah disebutkan oleh Rasulullah sendiri bagi menggalakkan umatnya supaya rajin menimba Ilmu,dan paling penting ilmu tersebut adalah ilmu agama.Ilmu yang tertinggi pula tidak lain dan tidak bukan adalah ilmu yang HAQ..ilmu yang digunakan bagi menjawab soalan Munkar dan Nakir di dalam kubur nanti.Jadi besar faedah jika hakikayt ilmu ini dapat disematkan dalam sanubari kita terutama si penulis yang memilki banyak kelemahan...semoga Allah tutupi dengan segenap kekuatan..kesinambungan dari bab ilmu agama ini adalah ilmu dunia yang hari ni majoriti anak muda(penulis sekali bah) mempelajarinya di Universtii dan sebagainya.Justeru,jangan kita menyangka jika seorang pelajar yang mempelajari ilmu dunia;perubatan,kejuruteraan,sains sosial dan sebagainya adalah mebuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk akhirat.Telah pun kita baca di dalam buku sejarah yang memaparkan ramai ulama-ulama hebat yang berjaya dalam ilmu dunia ini walaupun didada mereka terkandung 30 juzuk ayat-ayat Al-Quran.Perkara inilah yang menimbulkan minat kita(saya la tu) untuk berusaha lebih jitu dalam kemaslahatan ini bagi memberikan faedah buat seluruh ummat.
Wallahualam....
Targhib buat diri sendiri:
Tawajjuh pada pelajaran.Orang sekeliling(di universiti) tak pandang segala kebaikan yang kita ada,,,tapi...pngk...pngk...dan pngk..aku azam sem ni 3.5 above..lagi dan lagi..

No comments:

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails