Followers

Thursday, March 18, 2010

saidina Ali yang kuat..

ni la bende yang pernah menjadi pujaan hatiku..
Masih lagi aku ingat zaman budak-budak dulu,aku minat sesangat kat power rangers yang membuat usaha menentang kezaliman secara 'berjemaah'..ade 5 orang(putih,biru,merah,merah jambu.kuning)..haha,ingat lagi..setiap hari sabtu,aku ngan abang-abang aku..(am dan min,nasib la name korang da diketahui)..akan tercegat depan tv dari kul 10 pagi sampai 11 untuk menyaksikan drama yang sangat syiok ni di channel 5 Tv singapura..ye la dah umah aku sipi2 ngan singapore,so siaran jelas bukan main la..menerusi citer ni,secara tuntasnya,aku meminati power rangers yang warna merah..sebab dye ketua ngan paling ensem kot..name dye Adam..dan aku rase mamat ni la yang paling power @ kuat dalam dunia..

Tapi bile da besar,baru aku taw sebenarye manusia-manusia perkasa ramai datang dari para sahabat..contoh mudah adalah Saidina Ali..satu malam di masjid Seri Petaling(malam markaz),ketika dalam majlis bacaan kitab hayatussahabah versi Arab(warne ijau)..yang dibacakan sendiri oleh mudir madrasah,beliau menterjemahkan kisah kepahlawanan Saidina Ali dalam perang Khaibar..
Cerita awal penaklukan kota Kahaibar,bilaman Raulullah sendiri berada di sana,Ali ditimpa sakit kepala,maka dia tidak ikut serta bersama tentera Islam dalam peperangan hari pertama..Hari pertama bendera tentera Islam dipegang Abu Bakar untuk menggempur benteng tentera Yahudi namun x dapat-dapat nak tembus.
Hari kedua,bendera dipegang Umar.Dia berusaha bersungguh-sungguh,,tapi tak berjaye gak..So,sahabat bagi la karkugazari(LAPORAN) kat nabi,maka Nabi membuat pengistiharan bahawa besok hari,baginda akan menyerahkan bendera tentera Islam kat seorang pahlawan yang mencintai Allah dan RasulNYA,dan dia dicintai Allah dan RasulNYA..yang mana nanti Insyaallah kemenangan di tangan nya.So,ape lagi gembira la sahabat-sahabat yang lain.Maka tidurlah sahabat-sahabat yang lain dekat dengan Nabi serta mengharapkan kemenangan tentera Islam.
Bila selesai solat Subuh pada pagi hari,Rasulullah lalu mencari Ali dan ternyata dia pon tidak ada di situ dan teman-teman yang ain bagi tahu yang Alisedang menangunng derita yang kuat(x dapat jeluar dari khemah).Lalu,Nabi perintahkan Sahabat bawa Ali pada masa tu juge,dan Ali akhirnya dipimpin sahabat-sahabat yang laim.Maka Nabi pun mengusap kedua mata Ali dan dengan izin Allah mata Ali pulih dan lebih terang dari biasa..(mukjizat Nabi)..Nabi bersabda “berangkatlah ke benteng khaibar dan tawanlah dengan izin Allah”.
Maka Ali pun mengatur taktik nak tawan benteng Yahudi lahanat tu.Bile mana Ali maju ke hadapan benteng,maka keluarlah Marhab(top pahlawan yahudi) dengan bersajak...
Akulah Marhab perwira yahudi
Jagoan bertanding pahlawan terbilang
Sekali kupukul bergelimpangan mati
Marilah kehadapan kita bertarung
So,Saidina Ali menjawab dengan ayat yang lagi puitis..
Akulah yang dinamakan ibuku singa
Siapa yang datang aku menyerang
Sekali pukulan mati ternganga
Kalau berani marilah menentang
Maka perlahwanan pon bermula dan seperti biasa jagoan mana hebat sekalipon tetap kalah ngan Ali.So,kaum2 yahudi yang berlindung disebalik benteng2 ni terus kecut,,kemudian Ali pon menyeru supaya tentera Islam menggempur benteng yahudi tu.Bila maju kehadapan,ade sorang lagi pahlawan yahudi ni datang dan menjatuhkan perisai Ali ddari tangan nya,dan terus menyerang Alai dan hendak membunuhnya,,tapi Ali terus mempertahankan diri dengan berteriak Allahuakbar!lalu MENCABUT PINTU GERBANG KOTA Khaibar!!pahlawan tu punye lah terkejut bile tengok pintu gerbang da kene cabut.Sedang pikirkan hal yang x logik tu,Ali terus bagi satu pukulan kat mamat tu,lalu dia pon mati.
So,tentera Islam terus mara dan tentera Yahudi terus panik,x lama kemudian kota tersebut teris ditawan,dan orang2 yahudi menyerah diri.
Jadi,benarlah kata Nabibahawa benteng2 Yahudi akan jatuh kepada tangan pahlawan yang mencintai Allah dan dicintai Allah.
Semua orang-orang kat situ hairan bagaimana pintu gerbang tu bole dicabut Ali dan dijadikan perisai(tangan kiri).Akhirnya,dia membuang ditepian jalan dan bilamana sahabat-sahabat yang berjumlah 8 orang nak cuba mengangkat..mereke2 x mampu..Subhanallah
Targhib buat diri sendiri:
Ulama yang menterjemahkan kisah ini bagi tau,kehebatan luar biasa ini Allah bole bagi kat sape2 yang DIA suka jika kita bersungguh dalam membuat kerja Agama.
Sambil menunjukkan pintu besar ke deawan solat Masjid seolah-olah besar pintu gerbang tu,aku mule rase ajib dengan bantuan Allah kepada orang beriman...
mAsyaallah..
Sahabat-sahabat bila mana mereka solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan mereka dikabulkan,itu adalah perkara biasa.. bila mana mereka solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan mereka tidak dikabulkan,itu adalah perkara luar biasa...mereka sumanya kan hairan..
Tetapi hari ni, bila mana kita solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan kita tidak dikabulkan,itu adalah perkara biasa.. bila mana kita solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan kita dikabulkan,itu adalah perkara luar biasa...kita akan hairan..sampai masuk majalah..hurm..salah aku gak..

No comments:

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails