Followers

Wednesday, March 10, 2010

promosi "jom ke surau"?????

ini kisah seorang sahabat Nabi yang buta,Abdullah Bin Maktum..cerita yang sering kita dengar tapi dalam masa yang sama malas gak nak pegi surau semayang berjemaah..

Beliau rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang
dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid
ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah
balik,untuk salin baju yang bersih.
Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik
semula untuk bersalin baju.
Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi
tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang
tersebut,siapakah dia. Orang
itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya,
kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan
menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain
terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah
ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu
diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh
dosa
umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?

Targhib buat diri sendiri:
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat
berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang
halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam
menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

p/s:cakap hebat pasal gerakan islam tapi malas gi surau x gune gak..

No comments:

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails