Followers

Monday, March 8, 2010

cerita imam besar...

Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri


HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih
apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling
kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan
ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat
seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh,
sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang
Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam
hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak
sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di
belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab
Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu
berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau
kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh
cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu
kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di
dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh
tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan
mempesonakan orang.”

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia
gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata
kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu
terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan
menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk
meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara
tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa
yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan
menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di
dalam syurga.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik,
maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh
kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku
akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada
setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta
bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan
hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud
dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang
wali dan kekasih Allah.

motivasi buat diri sendiri:usaha atas iman sanga penting buat saya,"usaha agama tidak memerlukan saya,tapi saya yang memerlukan usaha agama".

No comments:

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails