Followers

Saturday, March 27, 2010

kem paramedik semester 2..

serba sedikit berkaitan pertahanan awam..(JPA)..
salah satu kursus yang aku ambil di UMS ni adalah Paramedik..dalam JPA gak la..selain,Bencana Alam,Brassband,Kembara,Bomba Penyelamat..
Civil defense, civil defence (see spelling differences) or civil protection is an effort to prepare non-combatants for military attack. It uses the principles of emergency operations: prevention, mitigation, preparation, response, or emergency evacuation, and recovery. Programmes of this sort were initially discussed at least as early as the 1920s but only became widespread after the threat of nuclear weapons was realized.

Since the end of the Cold War, the focus of civil defense has largely shifted from military attack to emergencies and disasters in general. The new concept is described by a number of terms, each of which has its own specific shade of meaning, such as crisis management, emergency management, emergency preparedness, contingency planning, emergency services, and civil protection. In some countries, the all-encompassing nature of civil defense is denoted by the term "total defense" such as the Swedish word totalförsvar. The name suggests committing all resources, hence the term total, of the nation to the defense.




bertempat di outdoor development centre(ODEC),UMS..
kitorang ade la wat perkhemahan santai-santai..
haah,memang bez..
sekali imbas da cam bukan kem..
macam perkhemahan keluarge ade la..
x de raging-meraging dari jurulatih,
khemah aku pon berdua jer..

hah,lagi satu ni la kelebihan UMS berbanding universiti-universiti yang lain,UMS ade pantai,jeti,dan laut sendiri..jadi memang saving giler la kalo time-time peruntukan tengah kiok ni an..

macam2 bende blaja kali ni dan senang-senang sumer,ye la nak berpuluh kali bljar,mane x master an..

dihaap kem-kem yang bakal dilalui akan terus cam ni..(hehe,pemalas)..idup paramedik..


berjaya pakaikan KED..


Buat CPR pada bayi tiruan..





cantik bah kan?



azlan banzai sedang 'menghenyak' patung..

Sunday, March 21, 2010

Laporan hari ni dan semalam bah..

ni la ceritenyer



huh..cuaca Sabah especially KK ni makin mencanak-canak sekang..






haha..serombong



ni la panorama belakang surau tu..stesen jana kuasa yang busy 24 jam






Alhamdulillah,pas jorh selesai..kami semua berpecah ke 5 masjid @ surau..
aku pegi ke ARL...stesen jana kuasa melawa..10 minit dari kampus...sangat selesa..

Friday, March 19, 2010

jorh student ums


adakah begini suasanenyer??



pAgi ni jam 8 bertempat di surau Al-Munawwarah,Tman Indah Permai(kolej kediaman luar)..ada jorh(perhimpunan) bagi pelajar-pelajar dimana pengisiannya adalah nasihat supaya maju dalam akedemik dan maju dalam usaha agama.Selepas berakhirnya,jorh ini akan dibuka tasykil(minta kesediaan) untuk sama-sama khuruj 1 hari setengah begitu juga memberi azam untuk bagi nama keluar 40 hari dan 4 bulan mei ni..insyaallah!

Thursday, March 18, 2010

masjid universiti

ni ha gambar dalam masjid UMS..
cantik,besar dan selesa..
sangat tenang kalo datang cam jam2 orang tengah x de..
masjid dijaga ataupun diselia dengan jayanye oleh seorang pak cik yang sangat aku hormati(x ingat name),namun suare pak cik ni memang merdu kalo dia azan ikut rentak RTM..


nampak x kelibat seseorang yg sedang bace quran,hah tu la tok siak masjid







(GAMBA DALAM)

saidina Ali yang kuat..

ni la bende yang pernah menjadi pujaan hatiku..
Masih lagi aku ingat zaman budak-budak dulu,aku minat sesangat kat power rangers yang membuat usaha menentang kezaliman secara 'berjemaah'..ade 5 orang(putih,biru,merah,merah jambu.kuning)..haha,ingat lagi..setiap hari sabtu,aku ngan abang-abang aku..(am dan min,nasib la name korang da diketahui)..akan tercegat depan tv dari kul 10 pagi sampai 11 untuk menyaksikan drama yang sangat syiok ni di channel 5 Tv singapura..ye la dah umah aku sipi2 ngan singapore,so siaran jelas bukan main la..menerusi citer ni,secara tuntasnya,aku meminati power rangers yang warna merah..sebab dye ketua ngan paling ensem kot..name dye Adam..dan aku rase mamat ni la yang paling power @ kuat dalam dunia..

Tapi bile da besar,baru aku taw sebenarye manusia-manusia perkasa ramai datang dari para sahabat..contoh mudah adalah Saidina Ali..satu malam di masjid Seri Petaling(malam markaz),ketika dalam majlis bacaan kitab hayatussahabah versi Arab(warne ijau)..yang dibacakan sendiri oleh mudir madrasah,beliau menterjemahkan kisah kepahlawanan Saidina Ali dalam perang Khaibar..
Cerita awal penaklukan kota Kahaibar,bilaman Raulullah sendiri berada di sana,Ali ditimpa sakit kepala,maka dia tidak ikut serta bersama tentera Islam dalam peperangan hari pertama..Hari pertama bendera tentera Islam dipegang Abu Bakar untuk menggempur benteng tentera Yahudi namun x dapat-dapat nak tembus.
Hari kedua,bendera dipegang Umar.Dia berusaha bersungguh-sungguh,,tapi tak berjaye gak..So,sahabat bagi la karkugazari(LAPORAN) kat nabi,maka Nabi membuat pengistiharan bahawa besok hari,baginda akan menyerahkan bendera tentera Islam kat seorang pahlawan yang mencintai Allah dan RasulNYA,dan dia dicintai Allah dan RasulNYA..yang mana nanti Insyaallah kemenangan di tangan nya.So,ape lagi gembira la sahabat-sahabat yang lain.Maka tidurlah sahabat-sahabat yang lain dekat dengan Nabi serta mengharapkan kemenangan tentera Islam.
Bila selesai solat Subuh pada pagi hari,Rasulullah lalu mencari Ali dan ternyata dia pon tidak ada di situ dan teman-teman yang ain bagi tahu yang Alisedang menangunng derita yang kuat(x dapat jeluar dari khemah).Lalu,Nabi perintahkan Sahabat bawa Ali pada masa tu juge,dan Ali akhirnya dipimpin sahabat-sahabat yang laim.Maka Nabi pun mengusap kedua mata Ali dan dengan izin Allah mata Ali pulih dan lebih terang dari biasa..(mukjizat Nabi)..Nabi bersabda “berangkatlah ke benteng khaibar dan tawanlah dengan izin Allah”.
Maka Ali pun mengatur taktik nak tawan benteng Yahudi lahanat tu.Bile mana Ali maju ke hadapan benteng,maka keluarlah Marhab(top pahlawan yahudi) dengan bersajak...
Akulah Marhab perwira yahudi
Jagoan bertanding pahlawan terbilang
Sekali kupukul bergelimpangan mati
Marilah kehadapan kita bertarung
So,Saidina Ali menjawab dengan ayat yang lagi puitis..
Akulah yang dinamakan ibuku singa
Siapa yang datang aku menyerang
Sekali pukulan mati ternganga
Kalau berani marilah menentang
Maka perlahwanan pon bermula dan seperti biasa jagoan mana hebat sekalipon tetap kalah ngan Ali.So,kaum2 yahudi yang berlindung disebalik benteng2 ni terus kecut,,kemudian Ali pon menyeru supaya tentera Islam menggempur benteng yahudi tu.Bila maju kehadapan,ade sorang lagi pahlawan yahudi ni datang dan menjatuhkan perisai Ali ddari tangan nya,dan terus menyerang Alai dan hendak membunuhnya,,tapi Ali terus mempertahankan diri dengan berteriak Allahuakbar!lalu MENCABUT PINTU GERBANG KOTA Khaibar!!pahlawan tu punye lah terkejut bile tengok pintu gerbang da kene cabut.Sedang pikirkan hal yang x logik tu,Ali terus bagi satu pukulan kat mamat tu,lalu dia pon mati.
So,tentera Islam terus mara dan tentera Yahudi terus panik,x lama kemudian kota tersebut teris ditawan,dan orang2 yahudi menyerah diri.
Jadi,benarlah kata Nabibahawa benteng2 Yahudi akan jatuh kepada tangan pahlawan yang mencintai Allah dan dicintai Allah.
Semua orang-orang kat situ hairan bagaimana pintu gerbang tu bole dicabut Ali dan dijadikan perisai(tangan kiri).Akhirnya,dia membuang ditepian jalan dan bilamana sahabat-sahabat yang berjumlah 8 orang nak cuba mengangkat..mereke2 x mampu..Subhanallah
Targhib buat diri sendiri:
Ulama yang menterjemahkan kisah ini bagi tau,kehebatan luar biasa ini Allah bole bagi kat sape2 yang DIA suka jika kita bersungguh dalam membuat kerja Agama.
Sambil menunjukkan pintu besar ke deawan solat Masjid seolah-olah besar pintu gerbang tu,aku mule rase ajib dengan bantuan Allah kepada orang beriman...
mAsyaallah..
Sahabat-sahabat bila mana mereka solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan mereka dikabulkan,itu adalah perkara biasa.. bila mana mereka solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan mereka tidak dikabulkan,itu adalah perkara luar biasa...mereka sumanya kan hairan..
Tetapi hari ni, bila mana kita solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan kita tidak dikabulkan,itu adalah perkara biasa.. bila mana kita solat dua rakaat dan doa,minta pada Allah dan permintaan kita dikabulkan,itu adalah perkara luar biasa...kita akan hairan..sampai masuk majalah..hurm..salah aku gak..

Wednesday, March 17, 2010

sekilas daripada bayan akedemik..

Hem,daripada entry ni,aku just nak bagitaw yang kita ni kene banyak syukur pada setiap nikmat kurnia daaripada Allah Taala..Allah yang telah memberi banyak nikmat yang kita gunakan setiap ssat bagi tujuan munafaat dala setiap inci perlakuan dalam kehidupan.DIA juga yang memberikan kita nikmat kehidupan yang di dalamnya terkandung banyak erti..(makan minum,tidur rehat,ibu-bapa yang disayangi,wang ringgit dan banyak lagi)..dan inilah yang dinamakan kasih sayang daripada Allah Taala.dalam erti kata lain,kita sememangnya kene banyak minta pada Allah kerana DIA Maha Pengurnia,tetapi DIA sedikit pun tidak berharap apa-apa daripada makhluk yang diciptakan-Nya..Ya Allah,Kau memang hebat...
Tuan-tuan yang mulia..hoho,cam bayan pulak..
Allah juga telah kurniakan kita dengan kedua belah tangan;kanan dan kiri..yang kita guna untuk makan,cebok,buat assignment dan jutaan lagi functionnya..thats why yang aku paham dan aku apply kan dalam kehidupan sebagai karkun..maksudnye sebagai student,kita telah dinasihatkan oleh alim ulama supaya memegang amanah ibu-bapa yakni belajar dengan bersungguh-sungguh dan juga membuat usaha agama dengan penuh ihtisab,istikhlas dan tawajjuh..apabila hari ni segala nasihat daripada golongan mereka yang faqih dalam agama dijadikan landasan awal,insyaallah segala kesusahan dapat dimudahkan apa lagi menjadi pelajar cemerlang..
Apabila kedua-dua amanah ini telah dipegang dengan baik,maka dengan mudahnya segala percaturan hidup samada kita belajar di universiti,kolej,sekolah mahupun madrasah dapat dijalani dengan penuh sistematik dan efektif apatah lagi dengan pemikiran kita tidak disempitkan dengan apa jua masalah yang remeh temeh dan tidak membawa kepada apa-apa kebaikan untuk tujuan study.Oleh itu,hari ini alim ulama telah menerangkan dan memberkan kita targhib(motivasi) buat semua pelajar untuk berjaya dalam pelajaran dan maksud kehidupan akhirat.
Selain itu,ilmu yang dipelajari adalah sangat penting dalam kehidupan.Banyak kelebihan-kelebihan mempelajari ilmu telah disebutkan oleh Rasulullah sendiri bagi menggalakkan umatnya supaya rajin menimba Ilmu,dan paling penting ilmu tersebut adalah ilmu agama.Ilmu yang tertinggi pula tidak lain dan tidak bukan adalah ilmu yang HAQ..ilmu yang digunakan bagi menjawab soalan Munkar dan Nakir di dalam kubur nanti.Jadi besar faedah jika hakikayt ilmu ini dapat disematkan dalam sanubari kita terutama si penulis yang memilki banyak kelemahan...semoga Allah tutupi dengan segenap kekuatan..kesinambungan dari bab ilmu agama ini adalah ilmu dunia yang hari ni majoriti anak muda(penulis sekali bah) mempelajarinya di Universtii dan sebagainya.Justeru,jangan kita menyangka jika seorang pelajar yang mempelajari ilmu dunia;perubatan,kejuruteraan,sains sosial dan sebagainya adalah mebuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk akhirat.Telah pun kita baca di dalam buku sejarah yang memaparkan ramai ulama-ulama hebat yang berjaya dalam ilmu dunia ini walaupun didada mereka terkandung 30 juzuk ayat-ayat Al-Quran.Perkara inilah yang menimbulkan minat kita(saya la tu) untuk berusaha lebih jitu dalam kemaslahatan ini bagi memberikan faedah buat seluruh ummat.
Wallahualam....
Targhib buat diri sendiri:
Tawajjuh pada pelajaran.Orang sekeliling(di universiti) tak pandang segala kebaikan yang kita ada,,,tapi...pngk...pngk...dan pngk..aku azam sem ni 3.5 above..lagi dan lagi..

Monday, March 15, 2010

Khabbaab bin Al-Art..cerita sahabat yang meningkatkan iman..


gambar masa selipar si irwan ilang kat masjid taman bukit intan solat jumaat..
budak2 ni josh gile angkat..huhu

_______________________________________________________________________________
(Shahabat wafat pada tahun 37 H. dalam usia 73 tahun) Penuh Derita di Jalan Allah

Ia masuk Islam sebelum Rasulullah membina para sahabatnya di Darul Arqam. Ia orang ke enam yang masuk Islam.
Thariq bin Syihab menjelaskan bahwa suatu ketika serombongan sahabat Nabi SAW datang kepada Khobbaab, sambil berkata : "Bergembiralah hai Abu Abdullah. Sambutlah saudara mu besok!". Tiba-tiba ia menangis dan berkata, "Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi karena kalian telah menyebutkan suatu kaum yang kalian namakan/anggap sebagai saudara sendiri. Mereka telah berlalu dengan memperoleh ganjaran masing-masing. Aku khawatir kalau-kalau tidak akan tersisa amal (yang membuahkan pahala) setelah mereka." (maksudnya, para shahabat adalah orang-orang yang rajin beramal shaleh, sampai-sampai Khobbaab khwatir tidak ada lagi amal shalwh yang tersisa buatnya, wallahu a'lam).

Qais bin Abi Hazim berkata, "Kami datang menjenguk Khabbaab r.a. Pada perutnya terdapat 7 luka bakar. Ia berkata, 'Seandainya Rasulullah SAW tidak mencegah kita untuk mengharapkan kematian, pastilah aku akan mengharapkan kematian tersebut. Sudah lama sakit yang saya derita ini".
Setelah itu kami datang dan melaporkan kepada Rasulullah SAW. Ketika itu ia sedang berselimutkan dengan sorban. Kami berkata, 'Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak meminta pertolongan kepada Allah?' Seketika itu wajah beliau memerah. Beliau berkata, 'Demi Allah, sesungguhnya orang-orang sebelum kalian pernah ditangkap dan lalu kepalanya digergaji, sehingga terbelahlah badannya menjadi dua bahagian'. Namun semua itu tidak membuat mereka berpaling dari dien (agama) ini.

"Sungguh, Allah akan menyempurnakan / memenangkan agama ini sehingga seorang yang bepergian antara Shan'a (Yaman) dan Hadharal Maut tidak takut sesuatupun kecuali kepada Allah, dan srigala yang bakal memakan dombanya
." (diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Al-Ikrah).
Thariq bin Syihab menjelaskan bahwa Khobbaab r.a. merupakan salah seorang Muhajirin (yang berhijrah) pertama, dan termasuk orang yang disiksa karena (memperjuangkan agama) Allah SWT.
Riwayat dari Asy-Sya'bi mejelaskan, bahwa suatu saat Umar bin Al-Khattab r.a. bertanya kepada Khobbaab r.a. tentang pengalamannya melawan orang-orang Musyrik. Khobbaab menjawab, 'Wahai Amirul Mukminin, lihatlah punggungku ini.'

Umar berkata, 'Saya tidak pernah melihat seperti yang saya lihat hari ini'. Khobbaab r.a. berkata, 'Nyalakan api untukku yang tidak akan padam kecuali setelah tertindih punggungku.' (maksudnya untuk mengobati rasa sakitnya).
Beliau adalah shahabat yang pertama kali dikebumikan di Kufah.
(Disarikan dari Shifatu Ash-Shofwah, 1223-224)
Oleh :
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

motivasi buat diri sendiri:
satu bayan di malam hari raya Qurban 1430 di masjid sri petaling yang disampaikan sendiri oleh Mudir Madrasah,beliau bagai tahu para sahabat sentiasa memilik jazbah agama yang tinggi..(mase tu dye beliau cakap 'josh')..para sahabat telah korban habis-habisan untuk agama..dan sentiasa terbaik dalam melakukan setiap amalan agama dengan bersungguh-sungguh..tapi hari ni beliau berpesan jika ada rakan seusaha kita yang 'josh' sikit pon kita dah bising..cth:semyang sunnat berpuluh rakaat dlln.keluar di jalan Allah..baru sikit kita dah bising..hal ini juga tejadi memandangkan zaman kita telah terlalu jauh dengan zaman sahabat..dan dunia juga telah mengelabui mata hati kita..
aku insaf dan mahu menangis masa dengan bayan yang penuh bermakna tu..

Surat pertanyaan dari U,K dan jawapan..sedikit motivasi buat student cam aku ni ha..


study group di kmns dahulu bersama sama pelajar 4 flat..
Ni aku(penulis) copy and paste dari blog seorang hamba Allah..yang mana aku hormati kerana ketinggian sifat hikmahnya..semoga beliau dirahmati Allah selalu..
___________________________________________________________________________
From: (Nama Dirahsiakan)
To: Ibn Saad Saad
Sent: Sun, March 14, 2010 4:17:54 AM
Subject: Slm ust..

Assalamualaikum ustaz,
harap ustaz dan keluarga sentiasa dlam keredhaan Allah SWT...
juga harap email ni tak mengganggu kesibukan ustaz insyaAllah.

Ustaz,

Saya percaya yang ilmu yg sebenar bukanlah dlm bidang matematik, bidang sains dan sebagainya. Ilmu yang sebenar adalah ilmu yang membantu kita mendefinasikan hidup kita di dunia, untuk hidup macam mana kita dapat menghadap Allah SWT kelak..ilmu agama lah kiranya ustaz..

jadi macam mana kiranya ustaz, kami yang menghabiskan sebahagian besar masa kami nih ustaz dalam aliran bidang bukan agama....sia2 kah masa kami ustaz? Apa habuan kami di akhirat kelak bilamana kami menghabiskan masa sebegini banyak dalam bidang2 sebegini ( engineering , sains dsb.) makin dekatkah kami dengan Allah ? mujahadah kami dalam bidang sebegini diterimakah di sisi Allah...

ustaz, saya menghadapi masalah untuk mendifinisikan purpose/tujuan saya belajar di universiti sekarang ustaz. bidang saya memerlukan saya bekerja kuat, tapi saya tidak yakin macam mana Allah SWT memandang kerja2 saya dlm bidang ni. Logikkah untuk bekerja keras untuk sesuatu yang sia2 di sisi Allah? sia-sia kah semua ni.Kadangkala saya fikir, saya perlu belajar sambil lewa sahaja.kerana ini bukan maksud hidup saya.

* Dulu saya berkeyakinan seperti jihad ekonomi dsb. bahawa perlu adanya engineer2 muslim untuk kekuatan ummah dsb.
Tetapi setelah join usaha tabligh nih..saya rasakan ini bukan sepatut fokusnya. and saya sudah pun berada dalam keadaan yang mana masa dan keringat saya lebih banyak dihabiskan untuk pembelajaran di universiti. Saya rasa seolah-olah saya menumpukan masa pada perkara yang sia-sia.

Jazakallahukhairan ustaz.
Doakan saya.


JAWAPAN :

Alaikum Salam,

Saudara Yang Dimuliakan,

Di dalam Jemaah Tabligh, kita dinasihatkan berusaha bersungguh-sungguh di dalam usaha agama juga kerja dunia kita yang diamanahkan kepada kita. Malah bagi seorang student, kita dinasihatkan oleh ulama/elders kita untuk berusaha sungguh-sungguh sebagai seorang student. Ingat! jangan lemah, sudah banyak tohmahan yang telah dilemparkan kepada usaha yang mulia ini oleh masyarakat apabila melihat student gagal di dalam pelajaran mereka. Kegagalan kita akan menyebabkan fitnah yang sangat besar kepada usaha agama ini.

Lihat kepada elders kita di Nizamuddin, seperti Prof. Abd.Alim, Prof. Naidar Ali Khan, Prof. Abd.Majid Pasha, Prof.Abd.Rahman, Prof.Munawir Bacha dan banyak lagi. Mereka adalah orang "dunia" namun hasil pengorbanan mereka atas pelajaran "dunia" mereka dengan menggunakan platform akedemik mereka membantu usaha agama di seluroh dunia. Peringkat awal, mereka berfikiran seperti saudara tetapi elder Nizamuddin menasihati mereka bersungguh-sungguh di dalam bidang yang mereka ceburi, akhirnya mereka berjaya menjadikan bidang mereka sebagai "asbab" hidayat seluroh dunia.

Mereka bukan sahaja mahir di dalam bidang mereka, namun pendampingan mereka dengan elders serta penglibatan mereka yang sungguh-sungguh di dalam usaha yang mulia ini menjadikan mereka bertambah maju di dalam bidang mereka juga tidak ketinggalan di dalam bidang agama. Bukan sahaja ilmu agama mereka bertambah malah kefahaman mereka juga bertambah. Hari ini mereka adalah pembayan ijtimak dan Jhord di seluroh dunia. Jika sesaorang mendengar bayan mereka pastinya sukar membezakan adakah itu bayan orang biasa atau seorang alim disebabkan kehebatan dan kerohanian yang tinggi di dalam bayan mereka. Saudara jadikanlah bidang akademik saudara sebagai mana mereka, jadikan ianya asbab hidayat pada seluroh manusia.

Kisah Dr.Sana'ullah :

Pada tahun 1967/1968 seorang student dari India telah dihantar oleh pemerintah India ke Perancis. Beliau bernama Dr.Sana'ullah. Beliau pada peringkat awal tidak mahu pergi ke Perancis kerana suasana di sana begitu dahsyat dengan maksiat serta sukar beliau untuk memelihara usaha agama. Namun begitu setelah beliau bermesyuarat dengan Maulana Inamul Hassan (Amir ke 3) dan elders di Nizamuddin, maka dengan fikir dan tawajuh beliau mengikut keputusan mesyuarat tersebut. Sesampai di Perancis tidak ada satu pun masjid ketika itu, namun beliau terus berusaha menjalankan dakwah setiapa hari tanpa membelakangkan pelajaran beliau. Beliau berusaha berjumpa beberapa orang student Asia dan juga saudara-saudara Arab khususnya dari Afrika Utara. Hasilnya pada 1970 beberapa masjid telah terbina di sana. Selepas itu beberapa gereja telah bertukar menjadi masjid. Hari ini hasil usaha beliau beribu-ribu masjid telah ujud di Perancis. Cerita pengorbanan Dr.Sana'ullah menjadi perbualan sahabat kita di sana.

Kisah Seorang Student Dari India ke U.S :

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1980an mengenai seorang student juga dari India yang tidak disebutkan namanya yang pergi menyambungkan pelajarannya di U.S. Universiti tempat beliau belajar ni ramai dipenuhi oleh student Arab dan juga pelajar dari Asia.. Telah menjadi kebiasaan kakitangan universiti berkenaan akan menjual tubuh kepada student luar berlebih lagi student Arab yang sememangnya kaya raya. Mana-mana student yang baru datang akan disediakan seorang perempuan untuk tujuan tersebut. Begitu juga dengan karkun ini, bila beliau masuk ke biliknya, tiba-tiba beliau mendapati seorang perempuan berada di atas katilnya dengan tidak berpakaian. Beliau begitu terkejut dan mengarahkan wanita itu berpakainan semula dan keluar dari biliknya. Namun wanita itu enggan berbuat demikian dan cuba menggodanya.

Setelah puas memujuk agar keluar dari biliknya dan wanita itu masih lagi enggan keluar. Beliau lansung berwudhuk dan mengerjakan solat 2 rokaat. Setelah solat dua rokaat beliau berdoa sambil menangis terisak-isak. Perbuatanya tersebut telah dilihat oleh wanita berkenaan yang akhirnya ikut sama-sama menangis dan memakai semula pakaiannya serta berlari keluar dari bileknya. Akhirnya perbuatanya itu menjadi asbab hidayat dan perbualan pelajar-pelajar Islam di situ yang akhirnya menggelarkan beliau sebagai "waliAllah".Kisah ini diceritakan oleh Amir Jemaah Sri Langka yang datang ke marhalah sebelah taman saya beberapa tahun yang lalu.

Saudara,

Teruskan usaha agama dan dalam masa yang sama saudara perlu bersungguh-sungguh di dalam bidang saudara sekarang ini. Yakinlah Isyaallah, Allah akan membantu saudara dan memajukan saudara di dalam kedua-dua bidang. Dunia tidak akan tercicir dan akhirat akan dipermudahkan.

Sekian. Doakan untuk saya yang lemah ini.

Wallahu'alam.

Friday, March 12, 2010

Abu Ubaidah Al Jarrah

Kepercayaan ummat

Tubuhnya kurus tinggi dan berjanggut tipis. Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kualitinya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi SAW :"Sesungguhnya setiap ummat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan ummat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah."
Kehidupan beliau tidak jauh berbeda dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Dien Islam. Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyeertai perjuangan Rasulullah SAW , mengikuti setiap peperangan sejak perang Badar.

Pada saat perang Uhud, lagi-lagi Abu Ubaidah menunjukkan kualiti keimanannya. Dalam kecamuk perang yang begitu dasyat, ia melihat ayahnya dalam barisan kaum musyrikin. Dan melihat kepongahan ayahnya, tanpa ragu lagi, ia mengayunkan pedangnya untuk menghabisi salah satu gembong Quraisy yang tidak lain adalah ayahnya sendiri.
Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin kucar-kacir dan banyak yang lari meninggalkan pertempuran, justeru Abu Ubaidah berlari untuk mendapati Nabinya tanpa takut sedikitpun terhadap banyaknya lawan dan rintangan. Demi didapati pipi Nabinya terluka, yaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berupaya mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW .

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itupun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW . Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak takut. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah SAW hingga terlepas. Dan kali inipun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi seri sahabat ini patah kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak terperikan.

Sisi lain dari kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin Umar r.a, Abu Ubaidah menjadi pemimpin didaerah Syria`. Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah dirumahnya, tak terlihat sesuatupun oleh Umar r.a kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umarpun lantas berkata,"
Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya ?" Beliau menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan."

Lelaki mulia ini wafat ketika terjadi wabah penyakit tho`un di Syam. Selamat atasmu wahai Abu Ubaidah, semoga kami bisa meneladani perilakumu. Wallahu a`lam.
( Adaptasi dari Shifatu Shofwah : I/154 dll )
( Disarikan dari Shifatush Shofwah, Ibnu Jauzi dan Qishhshu An-Nisa Fi Al Qur`an Al-Karim, Jabir Asyyaal )
Oleh :
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia



targhib buat diri sendiri:
sahabat-sahabat telah buat pengorbanan yang besar dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi,,jadi aku bila lagi??
x payah la sampai nak berperang...jumpe manusia cakap agama pon x berani,,ehem2..

Wednesday, March 10, 2010

promosi "jom ke surau"?????

ini kisah seorang sahabat Nabi yang buta,Abdullah Bin Maktum..cerita yang sering kita dengar tapi dalam masa yang sama malas gak nak pegi surau semayang berjemaah..

Beliau rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang
dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid
ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah
balik,untuk salin baju yang bersih.
Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik
semula untuk bersalin baju.
Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi
tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang
tersebut,siapakah dia. Orang
itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya,
kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan
menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain
terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah
ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu
diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh
dosa
umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?

Targhib buat diri sendiri:
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat
berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang
halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam
menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

p/s:cakap hebat pasal gerakan islam tapi malas gi surau x gune gak..

Suara hati lelaki penghuni syurga……



ni aku berjaye dapatkan dari seorang member rapat..bakal doktor..seorang hafiz al-quran(karkun lak tu)..wacaya sama lu bro..

Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah....

Sabda Rasulullah saw
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata,
ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan,
dan tidak kurang juga pada keturunan,
tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya,
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa..


Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita
walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya...
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar
tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
. dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.
Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi,
begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing.
Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya..dari hujung rambut hingga hujung kaki..
termasuklah wajahnya, suaranya,senyum tawanya,jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun..
wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat..
Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah anNur,30..
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya..ulama syafie berpendapat makna “apa yang zahir daripadanya” adalah muka dan tapak tangan.tapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah,ia tetap menjadi aurat..Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat..lalu mengenakan purdah pada wajahnya.mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum spt frienster.facebook dan lain-lain

suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi.kerna memahami perintah Allah swt padanya dalam surah alAhzab ayat33.”Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya”...Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi..


Muasyarat(pergaulan) yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur.Hajat mereka tidak kesampaian.Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka.apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa .as dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah alQasas,23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum.Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan)..
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang..Khalwat juga adalah bunga – bunga perzinaan..Berbual – bual di telefon atau sms antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua – duaan..fikirkanlah...

Saidina Umar r.a berkata, “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita”.Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya.kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.bagaimana keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya..Jadi labuhkanlah tudung sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahutentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab..seseorang telah menegurnya,”mengapa engkau tidak berjilbab,adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?”.lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya..Beliau berkata,”aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt”.. Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab..Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam..Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam..bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...

Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang
mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya.. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan – jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah..oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dgn berjihad dan syahid di jalan Allah… Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan - papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam..Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum..Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, Dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?”..sedang ia menjawab,”saya tidak tahu”..

Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt..”Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah alAhzab_33)..
ya,memang benar...Islam itu mudah..
tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam..dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,Rasulullah saw bersabda, “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang”
.


Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya(ghaddul basar)
kerna ia adalah perintah dari Allah(anNur,30-31),
ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi
pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran.
oleh itu, tundukkanlah pandangan, ibarat mencari sesuatu yang hilang..
apa yang selalu hilang dari kita..tak lain tak bukan,,adalah iman dan keikhlasan
kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja’ul aqro..
sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi,
maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh..
dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta..

Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian
wanita yang menjaga pendengarannya di dunia,
maka di syurga kelak
dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur..
di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya..
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga,
iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...


......................................................................................................



saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula..
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
Yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas..
saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja..
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya..
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,,
kalau senang, senang yang sementara..
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia.
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya..
saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat..
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
“sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki..
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan.
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya...
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja..

saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah saw..
“barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka”
lihatlah penampilanmu,pecakapanmu,ataupun akhlakmu..
moga – moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a..
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu..
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah?...

saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dgn Tuhanmu..
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan..
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu..
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah saw..
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti..
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya..
saudariku...
ajarlah jiwamu utk bersahabat dgn tuhan..
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian..
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dgn keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan...
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dgn zikir LailahaillaAllah..
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da’ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah..
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a…
di mana seorang yg buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akn bertemu syurga Allah…
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn


semoga penulis ayat-ayat ini dirahmati Allah...

kisah orang-orang buta dan gajah


Kisah ni selalu aku dengar dalam setiap kali taqrir mase time ghast..

Diseberang sungai,ada satu kota..Semua penduduk dalam kota tu buta.Seorang raja dengan satu angkatan tenteranya yang besar lalu ke tempat tersebut.Raja tersebut juga membawa seekor gajah yang besar dan perkasa..
Penduduk kota tu yang buta,tersangat la masyuk nak tengok gajah tersebut(walau x nampak,azam tu ade)..orang-orang buta tu berlari-larian bagaikan badut-badut..dan diorang sume berusaha nak dekat ngan gajah raja tuh..
oleh kerana x mengetahui bentuk sebenar gajah,dyorang pon pegi la meraba-raba tubuh gajah tu..sambil cuba bayangkan gume pikiran masing cam ne rupe gajah tu..ade yang raba belalai maka dia rasakan gajah tu bentuknya memanjang,ade pulak yang meraba kaki,so dye rase gajah ni macam tiang..ade juge yang yang meraba part ekor gajah,considered pulak gajah ni cam tali kapal..yang raba telinga rase la telinge tu cam ne..(pikirla sendiri)..
setelah puas meraba gajah,dyoang pon balik la ke tempat tinggal dyorang lalu dyorang wat sikit ijtimak(himpunkan semua orang-orang bute)..and then masing-masing bagi karguzari(laporan) tentang bentuk gajah yang mereka telah raba..so,masing-masing pon berbalah..x puas hati sebab rase part dia la je yg btol..
orang yang tangan pegang telinge,dye bagi taw kat hadirin yang gajah ni lebar,besar,kasar dan luas..
pulak yang pegang kaki dye cakap gajah ni kuat,kukuh cam tiang konkrit..

jadi,pokok masalahnye sekarang,sumue antare mereka ni x tahu keaddan sebenar..kalau ade seorang je yang celik dalam perhimpunan tersebut da cukup untuk terangakn keadaan sebenar gajah..gajah ade kepala,ade belalai,ade telinga luas,ade 4 kaki,,,kerana mereka ni x tahu,jadi mereka telah wat penafsiran sendiri yang salah dan hentam orang lain yang x sependapat..

sebenarnye,ni la natijah dalam kehidupan kita semua apabila kita x paham agama dalam kehidupan..
ade orang lihat agama ni dari sudut kekuasaan,maka dia akan paham bahawa agama ni sememangnya dibangunkan dengan kekuatan ketenteraan@p#$^^ik semata-mata.
jika ade segelintir manusia melihat agama ni datang dengan kemewahan,maka dia akan paham yang agama ni selayaknya diusahakan dengan mengumpulkan harta-harta dunia semata-mata..
nah,jika seseorang tu melihat agama ni dibangunkan melalui asbab pengorbanan dari segi perasaan,mujahadah yang tinggi dari sahabat2,tinggalkan keluarga,rumah dan kebun2,dengan linangan air mata,maka Allah akan bagi dia paham dari sudut tu,,
semoga Allah bagi kita paham agama,mirip2 care nabi dan sahabat..

orang yang celik tentang agama ni tidak lain dan tidak bukan adalah nabi dan para sahbat..jadi apabila kita jadikan mereka ni sebagai tauladan dan contoh ikutan..pasti dan pasti..kejayaan haqiqi menanti..

Tuesday, March 9, 2010

dedikasi buat para sahabat...


takilm taklum waktu di sueau KMNS dulu..


Inilah dia cerita utama...
-orang-orang suci...sahabat Nabi yang dimuliakan
Tokoh-tokoh terbilang..
-sepuluh semuanya..nama-namanya tetap akan dikenangkan
Awal pertama Abu Bakar namanya...
-teman di gua cemerlang orangnya..sering benar diutamakan
Berikutnya Umar..
-tegas orangnya..antara haq dan batil pandai membezakan
Kemudian Usman...
-orangnya lembut..hingga malaikat malu dan memuliakannya
Yang keempat Ali..
-singa Allah..pabila di medan perang dapat terbuktikan
Merekalah yang dikenal Khulafaur-Rashidin...
-orang-orang utama manusia pertama yang patut diingatkan
Pengganti Nabi...
-perintahnya ditaati..peraturannya diikut dan dianjurkan
Yang lain pula Az-Zubair namanya...
-orangnya benar mengagumi kebenaran biarpun disalahkan
Juga kawannya Thalhah namanya...
-orangnya lurus..jiwanya disediakan untuk dikorbankan
Siapa yang dapat menandingi Abdur Rahman...
-tidak disimpan semua hartanya habis didermakan
Sesudah mereka Abu Ubaidah pula...
-perajurit Allah..jasanya bayak terus dihargakan
Barulah Said namanya...
-yang mengenali Islam lalu mencarinya sebelum diserukan
Muliakanlah mereka ingatlah mereka...
-hormatilah mereka sanjungilah mereka jangan disesiakan!
Sepuluh yang utama...
-sahabat yang mulia..kekal di syurga sudah dijaminkan
Contohilah mereka..dalam hidupmu...
-mana yang baik dijadikan tauladan dan diturutkan
Mana yang keliru..menjadi peribgatan...
-jangan dicela..yang demikian itu tidak disengajakan
Qada’ Tuhan suatu ketentuan...
-buat kita suatu pengajaran untuk diperhatikan
Semuanya itu..catitan azali...
-apakah patutu dikomen lagi kemudian ia dipersalahkan?
Jangan terkhilaf..jangan tersalah...
-lidah yang salah badan pula yang akan disiksakan
Itulah pesan syariat agamamu...
-jangan dicaci janagan disiakan dan jangan dihinakan
Moga-moga dapat keredhaan Nabi mu
-sehingga tergolong kumpulan orang yang disyafaatkan!
Memohon restu tangan diangkat...
-supaya doamu segala harapanmu dapat dikabulkan
Tuhan berkuasa senantiasa tahu...
-apa yangdihati dan apa yang ada dikata serta diucapkan!
Moga-moga kita dirahmati selalu...
-supaya semua tergolong orabg yang diselamatkan
Dijagai pula dengan KurniaMu...
-wahai tuhan yang amat diagungkan!
Berkat Nabi Mu penghulu manusia...
-kita semua dibimbing menuju jalan yang disejahterakan
Salam dan selawat ke atas Nabi Mu..
-serta sahabat juga keluarga yang dibahagiakan
Kemudian tabi’-tabiin...
-orang yang menjejak Nabi yang dibesarkan!


Ya ALLAH,aku inginkan 6 sifat sahabat hadir dalam diri yang lemah ini..

hurm...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian >dan
hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah
satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita
akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita
tidak nampak pintu >yang
telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita
boleh duduk didalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak tahu apa
yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang....memberi seseorang seluruh
cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan
menyintai kita kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di
dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati kita.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati
pada seseorang, satu jam
untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan
seseorang. Jangan pandang
kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan
kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang membuatkan hati kita tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehingga kita >ingin
menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan
sebenar.Mimpilah apa >yang
ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang
ingin kita tujui dan >jadilah
> >apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki
>satu kehidupan dan satu
> >peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin
>kita lakukan.
> >
> >Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
>membuatkan diri kita
> >menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita
>kuat, kesedihan yang
> >cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan
>dan harapan yang cukup
> >untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan
>diri kita di dalam kasut
> >seseorang.Jika kita rasa ianya menyakitkan kita,
>fikirlah ia mungkin
> >menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang
>manusia tidak >semestinya
> >dalam memiliki segala yang terbaik. Dengan hanya
>membuat yang terbaik >dalam
> >hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan
>hidup mereka.
> >
> >Kebahagiaan terletak kepada sesiapa yang menangis,
>sesiapa yang terluka,
> >sesiapa yang telah mencari dan sesiapa yang boleh
>menghargai kepentingan
> >sesama manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
>Cinta bermula dengan
> >senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
>tangisan. Masa depan yang
> >cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
>telah dilupakan. Kita
> >tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan
> >kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa kita
>dilahirkan, kita menangis
> >dan orang lain tersenyum. Teruskanlah hidup kita
>supaya apabila kita mati
> >nanti, kita yang akan tersenyum dan orang
>sekeliling kita pula yang akan
> >menangis.
> >
> >Sampaikan pada orang yang tersayang,tanda
>peringatan kita pada mereka.

Monday, March 8, 2010

cerita imam besar...

Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri


HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih
apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling
kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan
ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat
seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh,
sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang
Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam
hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak
sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di
belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab
Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu
berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau
kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh
cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu
kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di
dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh
tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan
mempesonakan orang.”

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia
gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata
kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu
terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan
menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk
meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara
tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa
yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan
menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di
dalam syurga.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik,
maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh
kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku
akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada
setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta
bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan
hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud
dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang
wali dan kekasih Allah.

motivasi buat diri sendiri:usaha atas iman sanga penting buat saya,"usaha agama tidak memerlukan saya,tapi saya yang memerlukan usaha agama".

BEZA KEINGINAN DAN KEPERLUAN~

Abdullah bin Umar, khalifah yang terkenal sebagai pembangun Bait al Maqdis,
suatu hari terserang oleh suatu penyakit. Para pembantunya, sangat khuatir
umur khalifah karena penyakitnya itu.
Ternyata Allah SWT belum berkenan memanggil Abdullah keharibaanNya. Khalifah
berangsur-angsur pulih. Setelah agak mendingan keadaannya, Abdullah berniat
hendak menyantap ikan panggang. Khalifah kemudian mengutarakan keinginannya
itu kepada salah seorang asistennya.
Pembantu yang setia itu, segera berusaha untuk memenuhi selera
junjungannya. Ia pergi mencari ikan dan setelah mendapatkannya segera
dipanggangnyalah ikan tersebut.
Abdullah bin Umar menghadapi ikan panggang yang baru saja diturunkan dari
panggangannya. Aromanya begitu memikat, sehingga bertambah seleranya dan
ingin segera menyantapnya.
Dalam keadaan yang siap santap itu, tiba-tiba muncul seorang musafir yang
tampak sangat kelaparan. Serta merta Abdullah menyuruh pembantunya untuk
segera mengangkat hidangan yang ada di hadapannya itu kepada sang musafir.
Merasa jerih payahnya tidak dinikmati oleh Abdullah, pembantu itu mengeluh.
Ia keberatan kalau makanan tersebut diberikan kepada musafir tadi. " Tapi
ini makanan yang dengan sengaja saya buatkan untuk tuan dan sesuai dengan
pesanan tuan." " Wahai, pembantuku ! Tahukah kamu bila aku memakan makanan
ini, maka sebetulnya itu aku lakukan karena aku suka. Karena aku
menyenanginya. Tetapi, bila musafir itu memakannya, maka itu ia lakukan
karena memang ia perlu. Jadi makanan itu lebih berharga bagi dia daripada
untukku. Jangan lupa, Allah SWT berfirman : " Kalian sekali - kali tidaklah
memperoleh kebajikan sehingga kalian menyedekahkan apa - apa yang kalian
senangi ".

Sunday, March 7, 2010

my report about what i have done....@karguzari

Alhamdulillah…setelah berkali-kali aku bagi azam untuk keluar di Sabah/Sarawak,akhirnya Allah telah pilih juga untuk keluar bagi belajar-belajar membuat usaha yang mirip-mirip menyerupai Nabi dan Para Sahabat..bermula dengan pembentukan jemaah di Masjid Pekan Menggatal,akhirnya jemaah kami telah dapat disempurnakan dengan jayanya beserta dengan 7 jemaah lain dan syura-syura telah bersetuju memutuskan kami untuk membuat usaha bairuni selama 20 hari di Tuaran dan 20 hari di Kota Belud..daripada keseluruhan masjid ataupun surau di halqah Tuaran tidak kami hadapi kesukaran ataupun mujahadah kerana kemudahan air bersih dan elektrik yang normal.Di Halqah Tuaran ni tiada langsung jemaah cash yang dapat dikeluarkan..

semua ni asbab kesilapan dan kelemahan aku la..kurang doa la tuh..setelah menghabiskan 20 hari di tuaran,kami bersafar pulak ke kota belud..ksmi terus menuju ke masjid jamek kampong Pirasan(markaz mini kota belud),kami telah transit selama sehari sementara menunggu route-route diputuskan oleh syura KB.Setelah tu.jemaah aku pon gerakla ke masjid seterusnya,kat masjid ke 9 ni mujahadah siot,atas bukit,kene naik tangge tinggi,dikelilingi kubo’-kubo’,tandas prob and paling dasat benyak jin..haha..banyak gak kes jemaah aku kene kacau..termasuklah aku..hurm,dulu bukan setakat jin respek sahabat,setan pon takut…ade cerite sahabat Nabi cam Saidina Umar..nampak sangat la iman aku ni lemah kene kuar lagi dan lagi la nampaknye..kene kacau cket da kecah tulis-tulis dalam blog..hehe..paling terase mestilah orang khidmat masak yang tengah syok masak sorang-sorang kat bawah masjid..haha..
sekali tengok ade orang temankan masak sekali baru tau..pas tu jemaah aku mula bergerak ke area-area belah jalan nak ke tuaran balik.Masjid je 10 tu ok..tapi anehnye mase semayang jumaat dye..aku expectla kalau korang tengok,lebih-lebih lagi orang semenanjung, confirm tercengang semalaman..”Ya Allah Ya Ar hamarrahimin,ampunilah dosakami kerana kelamaham diri kami..

sesungguhnye mereka tidak tahu”

3 hari aku di kem kemahiran insaniah di membakut

hari jumaat,5 mac 2010 aku ngan 130 lagi budak2 UMS SEJATI ni telah pergi ke Mmembakut,about 80 kilometres from KK and the duration just around 2 hours only..
fuh!!many of fascinating scenes that i looked during on the way..terutamnye kebakaran..



haha..bile sampai,,program terus la dimulakan..sampai la ari ketiga,,
oh ye,aku termasuk dalam group CTPS..crtical thinking problem solving..

ucapan sambil lewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails